Wajah paderi yang berada di hadapan mataku dipandang sepi, walaupun nampak ceria wajah paderi tersebut tetap tak boleh menceriakan hati aku.
"Hari ini akan terjadinya penyatuan dua hati. Byun Baekhyun dan juga Jung Sarang."
Masih sempat ke untuk aku patah balik? Atau perlu ke aku membatalkan majlis ini? Sepatutnya aku mengupah seseorang untuk membatalkan majlis perkahwinan ini daripada terus berlangsung. Seperti dalam novel atau drama di kaca televisyen, ada yang tiba-tiba datang mengganggu majlis dengan mengatakan anak yang berada di dalam kandungannya adalah anak pengantin lelaki.
Tapi, itu akan menampakkan Baekhyun jahat. Dan aku tak nak buat sebegitu. Itu semua kerja kotor.
"Sila berpegangan tangan." Seperti dalam drama yang aku lihat. Berpusing menghadap pasangan masing-masing dan berpegangan tangan. Begitu erat sekali pegangan Baekhyun di tangan aku. Takut benar yang aku akan jadi runaway bride. Kalau aku nak lari, dah lama aku cabut. Semalam aku dah lari. Tak perlu nak tunggu sekarang.
"Byun Baekhyun, adakah kamu berjanji akan mencintai pasangan kamu dan terus bersamanya dalam keadaan susah dan senang?"
Mata Baekhyun bertentang denganku. Pandangannya yang lembut memunculkan sesuatu rasa di dalam hati aku. Semakin kuat debaran di dadaku, seolah-olah terpaku dengan pandangannya.
"Saya Byun Baekhyun, berjanji akan mencintai pasangan saya dan terus bersamanya dalam keadaan susah dan senang." Suaranya seperti ikhlas menuturkan janji-janji tersebut. Seolah-olah dia sanggup untuk melakukan perkara tersebut bersama aku.
"Jung Sarang, adakah kamu berjanji akan mencintai pasangan kamu dan terus bersamanya dalam keadaan susah dan senang?"
Aku tarik nafas perlahan-lahan sebelum mataku mengerling pada tetamu yang hadir. Wajah appa dan omma yang sedang menahan sedih, wajah keluarga Baekhyun sebelum pandangan aku bersatu kembali pada Baekhyun.
Omma appa, Sarang minta maaf.
Baekhyun, saya minta maaf.
Dengan sekali lafaz, laju aku menuturkan perkataan tersebut. "Tak."
-----
"Kau gila Sarang!" Pekikan yang dilontarkan oleh Baekhyun pada aku tak beri apa-apa kesan. Seolah-olah ada perisai di hadapanku daripada ayat Baekhyun menusuk ke hati aku.
"Ya, saya memang gila." Balas aku selamba. Baekhyun daripada tadi jalan berulang alik di hadapanku. Rambutnya jadi kusut gara-gara tangannya yang tak reti nak duduk diam. Mungkin dia sedikit stress, tapi dia nampak seksi dengan rambut sebegitu.
Oh, sekali lagi. Aku puji dia.
"Kau, apa omma kata. Kalau- kalau, dia tanya kau nak jawab apa? Argh.. Shit!! "
Biar betul dia ni? Takut sangat ke? Nasib baik hanya kami berdua di dalam bilik ini. Mereka meninggalkan kami sendirian, katanya ingin memberi kami ruang. Bukan beri 'kami' ruang, tapi 'dia', hanya Baekhyun sahaja yang mempunyai ruang untuk memarahi aku.
Dia fikir aku tak ada perasaan nak marah pada dia? Berbakul-bakul amarah yang dah aku kumpul, bukan- berbakul sikit sangat. Berkontena-kontena. Itu baru betul.
"Kau-"
"Rilek, Baekhyun. Bukannya jadi apa-apa pun."
"Kau suruh aku rileks?! Kau tahu tak? Kau boleh buat orang lain fikir yang bukan-bukan?"
"Biarkan diorang dengan spekulasi diorang, yang penting kita tetap kahwinkan?"
Flashback
"Tak."
Hampir semua tetamu yang berada di dalam dewan mengeluarkan bunyi daripada mulut mereka. Manusia. Tak pernah lepas daripada peluang untuk mengutuk manusia lain.
Wajah Baekhyun juga dah berubah riak. Dia seperti takut. Pegangan tangannya di tanganku seperti semakin longgar, tapi cepat-cepat aku genggam dengan erat.
Dengan sebuah senyuman yang penuh ikhlas aku lakarkan padanya. "Saya berjanji untuk cuba mencintainya dan saya akan cuba untuk menjadikan dia sebahagian dalam hidup saya, walaupun dalam keadaan susah dan senang. Saya berjanji yang hanya dia di dalam hati saya."
End of flashback
"Tapi, kau buat orang lain fikir yang kau kahwin bukan sebab cintakan aku?!"
Tahu takut. Aku buat gimik sikit, bukan main kecoh lagi satu dewan. Memang betul apa? Aku kahwin dengan dia bukan kerana cinta, tapi sebab kontrak dia yang merapu tu. Bukan salah aku, salah dia. Pandai nak tuding jari dekat orang je.
"Yang penting majlis dah habis. Saya nak berehat." Lagipun omma dia tak ada syak apa-apa dengan aku. Sempat lagi dia peluk aku dan mengucapkan tahniah. Keluarga dia semua okay. Cuma omma aku yang seperti dapat menghidu sesuatu, sebab dari cara mata dia pandang aku, macam seorang detektif mencari bukti daripada jenayah yang aku buat.
"Kau tahu aku takut tadi.. Kalau- kalau-"
"Hyun." Aku bangun daripada sofa dan berdiri menghadap Baekhyun yang seperti suami kehilangan isteri. Kalau aku ada dekat sini, yang hilangnya siapa? Kalau betul benda ni terjadi, memang aku kapak Baekhyun. Serabut. "Berhenti berfikir tentang pandangan orang lain. Biarkan mereka nak fikir apa sekalipun, itu fikiran diorang. Bukannya kita boleh hentikan."
Terasa kejung tubuhku apabila dia dengan tiba-tiba menarik aku ke dakapannya. Memelukku seerat yang mungkin.
Oh jantung. Aku berharap yang kau jangan cari pasal dengan aku. Laju dia menjalankan kerjanya, sampai tak ingat aku. Aku yang sibuk kena cari oksigen.
"Aku tak kisah pasal tu. Aku cuma takut kalau kau hilang, takut kau lari.. " Suaranya yang perlahan, tidak seperti tadi terjerit-jerit seperti seekor beruk melepaskan amukannya kerana tak cukup makanan. Tak lama, dalam beberapa saat sebelum pelukan dileraikan dan matanya memandang segenap wajahku dengan pandangan yang memukau hati aku.
"Untuk denda kau" Seusai dia berkata sebegitu, terasa ada sesuatu yang lembut melekap di dahiku dengan masa yang agak lama. Walaupun dulu pernah dia lakukan padaku, tapi hati ini masih lagi berdebar-debar. Seperti kali pertama Baekhyun buat kepadaku sebegini.
"Good night Sarang." Bisiknya lembut sebelum menjarakkan kedudukannya.
Aku hanya pandang tubuh Baekhyun yang semakin menjauhiku sebelum masuk ke dalam bilik air hotel. Terkelip-kelip mataku memikirkan kebarangkalian yang perlu aku lakukan. Aku rasa, aku memang perlu daftarkan Baekhyun ke hospital psikiatri. Mungkin dia ada masalah jiwa yang menjadikan dia ada dua personaliti.
----
# So, two updates today for my late update.
YOU ARE READING
☑ Behind all the lies - Bbh
FanfictionSebenarnya disebalik semua Pembohongan dia Tersimpan banyak rahsia