Kepala dijenguk ke dalam bilik kerja sang suami, mencari tanda-tanda keberadaan Baekhyun. Kosong. Dia tiada di dalam bilik kerja, barangkali dalam tandas. Mungkin, sebab aku dah puas meronda satu rumah, dari bilik tidur, ke ruang tamu sampailah stor belakang rumah diperiksa.
Tapi masih lagi tak menjumpai Baekhyun di mana.
Hari ini aku bangun agak lewat kerana malam tadi bersengkang mata menyiapkan lakaran terbaru yang aku perlu pamerkan sewaktu malam kebudayaan. Apa yang pasti, Baekhyun tak ada tunjuk ciri- ciri merajuk. Semuanya okay, kami berdua siap bergelak ketawa menonton rancangan Running man.
Pagi tadi, bangun sahaja daripada tidur, hanya dua perkara asas yang aku lakukan dalam membersihkan diri, berus gigi dan juga cuci muka, tapi itu bukan bersihkan diri, itu bersihkan muka.
Selepas itu, baru aku menyiapkan sarapan dan sudah siap dihidangkan di atas meja. Dan kembali pada situasi aku sekarang, mencari Baekhyun yang sedang main sorok- sorok.
Tapi, kesan dia pun aku tak nampak.
Dia, keluar ke?
Kemungkinan Baekhyun keluar, sebab aku dapat bau minyak wangi Baekhyun semerbak menusuk ke dalam hidung sewaktu aku terbangun daripada tidur tadi.
Tapi, kenapa tak cakap dengan aku kalau nak keluar. Sekurang-kurangnya, beritahulah. Kalau tak pun, tinggalkan nota yang dia dah keluar. Tak adalah aku rasa macam nak humban Baekhyun dalam tong sampah.
Aku menapak anak tangga satu persatu, dengan hentakan yang kuat kedengaran pada telinga, dan aku boleh rasakn betapa sakitnya tapak kaki aku sekarang. Kalau boleh, aku nak buat rumah ni bergema dengan hentakan tapak kaki aku.
Bunyi pintu yang dibuka membuatkan langkahku sedikit laju ke arah bunyi tersebut.
Muka yang tadinya masam terus bertukar tercengang campur senyuman yang dibuat-buat.
Bukan dia seorang, ada Chanyeol dan juga-
Woah!? Siapa perempuan cantik yang berdiri di sebelah Baekhyun. Jangan cakap yang mereka berdua ada affair, memang aku akan humban dia dalam kolam renang. Memang betul-betul aku akan buat. Bukan Baekhyun seorang, dengan perempuan tu dan Chanyeol sekali aku aku tolak masuk kolam.
"Awal awak balik Hyun?" Aku cuba mengawal suara aku daripada bernada seperti sinis. Jarak kami masih lagi dalam keadaan yang sama. Lebih kurang dua meter jauh daripada mereka, membuatkan aku dapat menenangkan diri daripada tak mencengkam rambut mereka berdua.
"Hyun cuma jumpa Chanyeol, alang-alang terjumpa Jenny, client saya, saya ajak dia datang rumah. Ada projek yang kami nak siapkan."
Aku meng-ohkan apa yang dia jelaskan sambil terangguk-angguk, mataku pula asyik melekat pada perempuan yang bernama Jenny itu. Nama macam minah saleh, orang putih ke? Patutlah kulit putih melepak.
"Saya Jenny, client dan juga girlfriends dia."
Dahi aku berkerut, apa yang dia maksudkan. Kekasih antara kekasih- kekasih putih Baekhyun, atau kawan antara kawan yang lain.
Mataku terarah pada tangannya yang menempel pada lengan Baekhyun.
Oi! Aku ni bukan maid dia, tapi isteri dia. Cuba belajar. Tak payah nak bermanja dengan lelaki orang. Tiba-tiba rasa panas pula, aircond tak pasang ke?
Baekhyun pun satu, biarkan je tangan perempuan tu melekat dekat lengan dia. Sekarang ni, rasa macam nak patahkan je tangan mereka berdua.
Huwaaa!!!
Nanti aku mengadu dengan omma dan appa, berania dia sakitkan hati aku.
Aku tersenyum dengan manis. Dada cuba menahan perit. "Saya Sarang-"
"Awak adik dia ke?" Potong Jenny.
"Dia bukan adik saya Jenny, dia isteri saya."
Mengaku pula aku isteri dia. Tapi perangai tak ubah macam hidup bujang.
"Dah sarapan ke? Saya dah siapkan." Ujarku, dan salah satu cara untuk aku mengubah topik dan juga mengubah pandangan. Daripada pandang tangan si Jenny melekat dekat lengan Baekhyun, ada lebih baik aku penuhkan perut.
Buang masa aku je nak main patah hati. Walaupun aku rasa macam nak patahkan hati orang- bukan, aku rasa macam nak hancurkan hati orang.
"Jomlah, saya laparlah Sarang. Tapi tak sempat nak breakfast. Baek main tarik je saya ke sendiri."
Aku baru tersedar, ada Chanyeol. Tak perasan pula dia ada dekat situ, sebab daripada tadi dia asyik senyap. Lepas tu, cakap bukan pandang aku, sibuk pandang si Jenny. Apa Jenny ni lawa sangat ke sampai tak nak pandang aku.
"Jomlah. Hyun awak nak makan?"
Dia sekadar menggeleng kepala. "Jenny, awal lapar tak?"
Boleh pula dia tanya Jenny. Membara hati aku bila nampak dia beri perhatian pada Jenny. Siapa isteri sebenar dia? Aku ke Jenny?!
"Tak apalah, saya dah makan sebelum keluar. Saya rasa lebih baik kita siapkam kerja kita."
Terus mereka berdua tinggalkan aku bersendirian dengan Chanyeol. Tercengang aku sekejap.
Baekhyun aku punyalah!!
Sempat mata aku menangkap perubahan wajahnya. Dia nampak, marah?
Sepatutnya aku yang rasa marah. Memang Baekhyun nak tempah keranda! Nafasku yang sudah tak stabil membuatkan hati aku sakit. Geram!
Rileks Sarang. Mereka cuma rakan sekerja, tak ada apa-apa antara mereka berdua.
Huh! Aku menghembus nafas lega sebelum berpaling kembali pada Chanyeol.
"Chan oppa, jomlah sarap. Nanti dah sejuk tak sedap." Ajakku sebelum berlalu ke dapur.
Lega aku, sekurang-kurangnya taklah makan berseorangan.
-----
"Oppa, kenapa makan sikit sangat?" Tanyaku risau, daripada tadi Chanyeol hanya menguis- nguis nasi goreng. Apa aku buat tak sedap ke?
Tapi, aku rasa sedap je. Tak ada pula terletak lebih garam atau gula dalam masakan aku.
"Tak ada apa-apa." Jawabnya sebelum kembali memandang nasi goreng yang ada di dalam pinggannya. Seperti sedang memikirkan masalah yang besar, sampai aku pun turut risau.
"Sarang!" Terkejut aku, tiba-tiba sahaja Chanyeol menghentak meja dengan tangan dia. Kuat sampai buatkan bahu aku terhinjut dan mataku membulat.
"Oppa tak tahan. Cukuplah sampai sini."
Aku terpinga sebentar, apa maksudnya? Apa yang sampai sini? Dia tak tahan apa? Nak buang air ke?
"Apa dia?"
"Sebenarnya Jenny tu girlfriend oppa, Baek pinjam dia sebab nak buat Sarang cemburu."
Aku pandang muka Chanyeol lama, cuba memahami ayat yang baru dia cakap.
Dia apa?!
Hati aku dah membara macam lahar gunung berapi yang nak meletus. Jadi, Baekhyun cuba buat aku cemburu?
Heh! Memang dia nak kena!
Bukan aku seorang je yang cemburu, orang depan aku pun cemburu sekali. Habis merah padam muka Chanyeol. Nak buat aku cemburu, okay.
Aku tersenyum sinis. "Sarang ada idea."
YOU ARE READING
☑ Behind all the lies - Bbh
FanfictionSebenarnya disebalik semua Pembohongan dia Tersimpan banyak rahsia