37 secret

381 38 0
                                    

"So, tiba-tiba dapat call dari Sarang? Suruh awak belikan kal-guksu  yang dijual di Incheon?" Soal Saera curiga. "Awak ada buat salah dengan dia ke?" Tembaknya.

Baekhyun mendengus kasar. Perempuan di hadapannya, memang betul-betul suka memaksa. Dia tak faham, bagaimana Suho hyung boleh hidup dengan perempuan macam ni. "Kau jangan sibuk hal rumah tangga aku, sibukkan hubungan kau. Entah-entah Suho hyung ada pasang perempuan lain."

Membulat mata Saera. Mulut Baekhyun, kalau dia nampak stapler dekat sini, memang dah lama dia stapler mulut lelaki ini. Memang dia tak tahan dengan perangai Baekhyun. "Mulut awak tu jaga sikit. Suho oppa bukan orang yang macam tu, kalau awak, ye lah." Balas Saera kembali.

Baekhyun hanya mengangguk sekilas, malas nak berdebat dengan Saera. "Aku gerak dulu, nanti cakap dengan Suho hyung, aku minta maaf sebab tak dapat jumpa." Beritahu Baekhyun sebelum melangkah pergi.

Tak dilihat langsung reaksi wanita itu.

Sempat dikirim mesej pada Suho mengatakan plannya. Tak mahu tertangkap dengan Saera.

Kalau Saera tanya hyung, cakap dengan dia yang Baek memang nak jumpa hyung. Gumawo.

Send.

Kemudian dia terus berjalan masuk ke dalam lif. Butang LG ditekan, menuju ke keretanya yang terletak di basement. Nasibnya malang hari ini kerana tak sempat untuk melawat.

Nama seseorang dalam panggilannya dicari. Laju telefonnya dibawa ke telinga, menunggu panggilan di sebelah sana untuk dijawab.

"Hello, hari ni aku tak dapat datang. Aku nak kau kawal rapi bilik tu. Jangan bagi sesiapa masuk kecuali doktor Jungmin. Ingat, cuma dia. Lepas tu, bila dia dah sedar, aku nak kau inform dekat aku secepat mungkin."

"Baik bos."

---

Harim memandang skrin komputer ribanya. Tiba-tiba dia rasa serba salah dengan tindakannya tadi, betul ke apa yang dia buat?

Harim menenangkan dirinya. Mungkin tak salah, lagipun mereka berkawan. Pesakitnya pula dah lama sembuh, sudah menjangkau lapan bulan dia tidak berjumpa dengan pesakitnya kerana sakitnya sudah pulih.

Tapi, janjinya dengan pesakit. Terus dia rebahkan kepalanya pada papan kekunci laptop. Dia sudah melanggar janji dia dengan pesakitnya.

Knock! Knock!

"Masuk." Arah Harim sebelum kepalanya diangkat. Tersenyum dia melihat gerangan yang menapak mendekatinya. Hilang terus masalah tadi dalam kepalanya.

"How's day?" Soal tunangnya sebelum tunduk mencium dahi Harim lama.

"So so. Awak pula macam mana?" Soal Harim sejurus lelaki itu menjauhkan muka darinya. Dilihat wajah Taehyung yang masih terpalit dengan senyuman.

"Happy. Most happy day." Balas Taehyung ceria. Kemudian dia teringat apa yang ada di tangannya. "Oh ini, pretty flowers for beautiful person."

Harim tersenyum suka. Disambut bunga yang dihulur padanya. Kemudian diusap bunga-bunga tersebut sekilas. Bunga daisy, bunga kegemarannya.

"Gumawo oppa." Ucap Harim. Bunga tersebut diletak di sudut mejanya.

"Jom keluar lunch, lapar." Beritahu Taehyung dengan bibirnya yang sengaja dimuncungkan.

Harim ketawa kecil, kemudian kepalanya digeleng beberapa kali. Terhibur dengan telatah Taehyung yang seperti budak-budak. "Arasseo. Kejap, Harim nak betulkan make up Harim. Oppa tunggu sini." Beritahu Harim.

Lengan Harim dicapai dan digenggam lembut. "Sayang oppa tak make up pun dah nampak cantik."

Tunangnya itu hanya tersenyum kecil. Segera tangannya dilepaskan kemudian dicapai beg alat soleknya dan dibawa ke tandas. "Kejap!!" Jerit Harim pinta ditunggu.

"Arasseo." Balas Taehyung kembali. Kakinya mula berlegar di dalam bilik kerja tunangnya. Dilihat kawasan bilik tersebut, selama dia bertunang dengan Harim, perempuan ini menyimpan banyak rahsia.

Soal kerja, memang Harim tak pernah bawa balik rumah. Tak pernah sekali pun yang tunangnya mengadu hal di tempat kerjanya.

Gambar berkumpulan yang tergantung di dinding diperhatikan. Andaiannya, pasti itu gambar Harim dengan budak sekelasnya dahulu. Bibirnya mencebik melihat siapa yang berdiri di sebelah Harim. Entah dia sendiri tak kenal siapa lelaki itu.

Malas nak layan sakit hatinya, dia bergerak pula ke meja kerja tunangnya. Kali ini bibirnya tersenyum. Sayang juga Harim pada dia, kalau tidak, masakan gambar dia berdua dengan Harim ada di meja tersebut.

Kemudian gambar keluarga Harim dipandang. Tersenyum bibirnya melihat ibu dan bapa Harim. Dia terhutang budi kepada mereka. Sudah lama dia tidak menjenguk Encik dan Puan Min, mungkin nanti sahaja dia dengan Harim melawat mereka.

Lagipun kedua orang tua Harim berada di Switzerland. Dengan kerjanya yang berlambak dan Harim yang kelihatan seperti tidak mahu bercuti, mungkin tahun depan sahaja.

Dia melihat pintu bilik tandas yang masih tertutup rapat. "Sayang.. Lama lagi ke?"

"Kejap, oppa duduk dulu. Harim lama sikit."

Taehyung mengangguk. Tahu maksud lama tu. Memandangkan kerusi kerja wanita itu berhampirannya, dia duduk sahaja di situ.

Dilihat meja Harim yang sedikit bersepah. Disusun fail itu di satu tempat, kemudian pen-pen yang bertaburan di atas meja diletak di bekasnya. Entah bagaimana dia boleh tersentuh papan kekunci laptop milik tunangnya, laptop tersebut bernyala.

Baru sahaja jarinya ingin menekan punat sleep, jarinya terhenti. Dipandang skrin laptop dengan pelik.

"Ini.. "

Pembacaannya terbantut apabila terdengar pintu tandas dibuka. Laju dia menekan butang sleep.

"Oppa khaja.. "

"Khaja.. " Balas Taehyung. Dicapai tangan Harim kemudian mereka bergerak keluar bersama.

Fikirannya menerawang kembali. Memikir profil yang ada pada paparan skrin laptop Harim.

"Oppa wae?" Soal Harim risau. Lelaki itu, sejak keluar dari bilik kerjanya, dilihat seperti ada masalah.

"Anni.. Tak ada apa-apa." Balas Taehyung perlahan.

Harim mengangguk. Itu bukan tak ada apa-apa. Itu bermaksud segalanya. Taehyung ada sesuatu yang cuba dirahsiakan daripadanya. Bekerja sebagai pakar psikiatri sedikit menganggu kehidupan dia dan Taehyung.

☑ Behind all the lies - BbhWhere stories live. Discover now