38 child

418 43 0
                                    

Betul. Menyesal dia suruh Baekhyun pergi Incheon. Dia tidak tahu sama ada lelaki itu sengaja pulang lambat atau tersesat di sana.

Dilihat jarum jam pendek yang hampir mencecah nombor lapan. Kemudian pandangannya dihala pada pintu sliding door, gelap. Bila diperhatikan lama-lama, seram pula rasanya duduk berseorangan. Laju dia bergerak mendekati sliding door tersebut dan ditutup menggunakan langsir.

Kakinya berjalan kembali ke sofa ruang tamu. Dia duduk di situ melihat jam sambil menanti Baekhyun. Perlahan-lahan matanya mula tertutup rapat.

---

Baekhyun masuk ke dalam rumah. Sedikit terang cahaya di ruang tamu, dia mengandaikan Sarang pasti menunggunya pulang. Serba salah dia kerana buat isterinya tertunggu.

Bukan niatnya untuk pulang lewat, tapi keramahan mulut mak cik tuan kedai yang dia singgah tadi, pukul enam petang baru dia dapat keluar dari kedai.

Dia singgah ke dapur, meletakkan bekas berisi kal-gaksu dari kedai tadi ke dalam peti sejuk. Kemudian melangkah kembali ke ruang tamu.

Tersenyum dia apabila melihat isterinya tertidur di sofa dalam keadaan duduk. Perlahan-lahan dia menapak mendekati sofa tersebut sebelum melabuhkan punggung di sebelah isterinya. Tidak mahu mengganggu lena Sarang.

"Ouh, awak dah balik Baekhyun. Awak pergi mana? Lamanya.. Pergi Incheon ke Daegu?" Soal Sarang dalam keadaan sedikit mamai. Melihatkan Baekhyun yang sudah ada di sebelahnya, laju dia merebahkan kepalanya di bahu lelaki itu. Dia tersenyum kecil, terasa lelaki itu sedang memeluknya.

"Sorry. Saya tak berniat nak buat awak tertunggu-tunggu. Ahjumma tu ramah sangat." Baekhyun ketawa kecil.

"Awak nak tahu apa yang dia cakap dekat saya tadi?" Helaian rambut Sarang dimainkan menggunakan jari telunjuknya.

Sarang memalingkan mukanya pada Baekhyun dengan dagu yang diampung pada bahu suaminya. "Apa dia?" Walaupun dia mengantuk, dia masih malu melayan suaminya. Kasihan Baekhyun pasti penat.

"Dia cakap saya dah kacak. Tak macam dulu, muka budak-budak."

Sarang ketawa kecil. "Memang pun. Saya rindu dengan muka awak yang dulu." Ucap Sarang perlahan, memerhatikan raut wajah Baekhyun yang sudah berubah sedikit matang.

Suaminya tersenyum gembira. Perlahan dicium dahi isterinya. "Lepas tu, dia cakap yang awak cantik. Tadi saya tunjuk gambar awak dekat dia."

"Iya?" Soal Sarang teruja.

Baekhyun mengangguk kecil. "Saya cakap yang kita dah berkahwin."

"Lepas tu dia cakap apa?"

"Dia cakap, dah agak yang korang berdua berkahwin dan dia ucap tahniah."

Sarang tersenyum bahagia. Tak sangka yang dia akan bersatu kembali dengam Baekhyun. Terasa lelaki itu mengusap lembut tangannya. Dilihat suaminya penuh minat, seperti ada sesuatu.

"Wae?"

"Sayang... " Panggil Baekhyun lembut. Kemudian dijatuhkan dagunya pada bahu isterinya. Tidak tahu sama ada sekarang waktu yang sesuai, kerana Sarang seperti tidak berminat dengan topik yang bakal dia utarakan.

"Ye.. "

"Tadi, ahjumma tu cakap, mesti anak kita comel."

Mati senyuman Sarang apabila topik berkaitan anak dikeluarkan. "Hyun.. Kita tak ada anak." Beritahu Sarang. Sedikit tidak selesa dengan topik ini.

"Ya, Hyun tahu. Tapi Hyun nak ada anak, family. Mesti seronok."

Sarang gigit bibir bawahnya. Takut yang suaminya akan terasa hati. "Tapi Hyun, I'm not ready yet. Saya, saya masih bekerja. Awak sibuk, saya sibuk. Siapa nak jaga anak kita nanti? Saya tak nak anak kita dihantar pada babysitter."

Baekhyun mengeluh perlahan. Dia sudah dapat mengangak. Sedikit terasa hatinya apabila Sarang tidak mahukan anak.

"Hyun... " Panggil Sarang. Melihat Baekhyun yang terdiam seperti ini, dia tahu lelaki itu berjauh hati.

Dia masih bekerja. Kerjayanya kini berada di kedudukan yang sangat tinggi. Dia tidak mahu lepaskan apa yang dia ada sekarang. Enam tahun dia bersungguh-sungguh membangunkan nama butiknya, tak mungkin sesenang itu untuk dia lepaskan.

"I'm tired. Sarang makanlah kal-guksu. Ada dalam peti sejuk. Nanti Sarang panaskan ye. Hyun nak masuk tidur." Beritahu Baekhyun senada. Kemudian dia bangun berjalan meninggalkan Sarang bersendirian di ruang tamu.

Wanita itu mengemam bibirnya perlahan. Hatinya mula terasa pedih, dia tak terfikir yang topik ini akan menjadikan mereka sebegini. Sedih apabila melihat Baekhyun melayannya acuh tak acuh.

---

"Besar masalah kau.. " Keluh Hyori.

Sarang pun terikut mengeluh. Dia sendiri tak tahu nak berbuat apa. Baekhyun pagi tadi, tidak menyentuh pun sarapan yang dia sediakan.

"Sarang.. Kenapa kau tak nak anak? Tengok macam aku, aku dah ada anak, tapi still kerja lagi.. "

"Aku, entahlah. Aku takut kalau aku tak boleh bahagi masa aku pada kerja dengan rumah. Kau tengok sekarang, sarapan je aku sediakan. Makan tengahari, malam? Itu pun kadang-kadang." Beritahu Sarang penuh gusar. Itu yang ditakutkan selama ini.

Hyori terangguk kecil. Betul juga kata Sarang, dia sendiri melebihkan kerjanya daripada keluarganya.

"Kau, macam mana kau jaga anak kau?"

"Aku, suruh mak mertua aku yang jaga. Bukan suruh, dia yang nak jagakan."

"Tapi, aku tak nak susahkan mak mertua aku atau omma aku." Beritahu Sarang pening.

"Aku rasa aku tahu nak buat macam mana." Ujar Hyori penuh minat. Sehinggakan menarik perhatian Sarang.

"Apa dia?"

"Apa kata, kau lantik si Jessica jadi ketua untuk design department. Kau tak payah susah nak fikir-fikir pasal pameran, festival fesyen ni. Aku tengok, dia pun not bad."

Sarang terdiam memikirkan cadangan Hyori. Selama ini, memang tugas tersebut ditentukan olehnya. Kalau dulu, memang senang kerjanya, kadang-kadang tidur di pejabat. Tapi sejak dia sudah berumah tangga, kerjanya lambat disiapkan.

"So?"

Sarang memandang Hyori kemudian mengangguk kecil. "I think, your idea is brilliant."

"Okay!" Hyori bertepuk tangan. "Kan senang, kau dah boleh buat anak dah lepas ni."

Sarang tergamam. Tak suka dengan ayat yang kedengaran tidak sopan ditelinganya.

Hyori yang perasan perubahan wajah rakan sekerjanya terus menutup mulut. Sedar dengan keterlanjurannya. "Sorry." Dia hanya mampu tersengih.

☑ Behind all the lies - BbhWhere stories live. Discover now