31 secret

477 37 1
                                    

"Nasib baik... " Ujar Hyorin sambil tangannya ligat mengemas kertas-kertas di atas meja mesyuarat.

"Nasib baik apa?" Soal Sarang, dia juga turut menyertai misi membersihkan bilik tersebut. Kerana hari ini, memang mereka merajinkan diri untuk mengeluarkan tenaga.

"Nasib baik aku sempat mencelah, kalau tak, hmmm.... Kau fahamkan maksud aku."

Terkelip-kelip mata Sarang memandang Hyorin. Tapi hanya untuk seketika, selepas itu dia tertunduk malu, tangannya laju melakukan apa yang patut.

"Nasib baik bukan Areum yang panggil kau, ada rosak juga fikiran budak tu. Kalau nak, buat dekat tempat tersorok. Bukan dalam office. Tengok macam aku-"

"Stop Hyorin, stop. Aku tak nak dengar apa-apa." Halang Sarang, tak mahu dia dengar apa-apa yang keluar daripada mulut Hyorin.

Hyorin pandang Sarang pelik, tangannya berhenti daripada turut mengemas, sedangkan Sarang sudah siap mengemas bahagiannya.

"Kau jangan cakap.." Dia bergerak mendekati Sarang. Ditenung wajah rakannya dengan tak percaya.

"Wa-ae wae?" Soal Sarang sedikit gelabah. Dia rasa seram sejuk apabila dipandang dengan pandangan sebegitu. Rasa seperti dia ada buat kesilapan besar.

"Jangan cakap, yang tadi tu, kali pertama kau feel macam tu?"

"Feel apa?" Berkerut dahi Sarang, dia yang sudah menyiapkan tugasnya bergerak ke pintu bilik mesyuarat diikuti Hyorin dengan tangan yang penuh dengan kertas-kertas.

"Feel, feel, alah... Macam mana aku nak cakap eh.. " Hyorin rasa serba salah untuk beritahu di tempat sebegini, dipenuhi dengan anak buahnya yang masih lagi bujang.

"Apa dia?"

Mereka bergerak bersama sehingga tiba di hadapan pintu bilik kerja Sarang. Masuk sahaja Sarang, Hyorin turut menyusul. Dan dia rasa ini peluang yang dia ada.

"Rasa macam kau needed something, rasa yang kau nakkan Baekhyun.. "

Ditenung wajah Hyorin dengan dahinya yang berkerut. Dia menggeleng kepalanya beberapa kali, tidak faham dengan apa yang rakan kongsinya cuba sampaikan.

Hyorin mengeluh kesal. Bebal rupanya rakan si Sarang ni. "Senang cerita, kau bernafsu dengan Baekhyun."

Seraya itu, membulat mata Sarang dengan ayat Hyorin tanpa tapisan. Naik terus warna merah ke pipinya.

"A-a apa kau ni?!" Jerit Sarang kuat. Terus dia bergerak ke mejanya. Tergeleng-geleng kepalanya apabila mindanya mula memutarkan perkara tadi.

"Aish pabo.. " Marah Sarang pada dirinya.  "Hyorin, kau tak ada kerja ke? Pergi sambung kerja kau." Halau Sarang, matanya tegak memandang skrin laptop di atas mejanya.

Hyorin memandang lagak rakannya yang luar biasa.

"Kenapa panas sangat ni? Tak buka aircond ke?"

Mata Hyorin beralih pada penghawa dingin, sudah terbuka. Mungkin Areum, selalunya setiausaha Sarang akan pastikan semua dalam keadaan sempurna. Lihat sahaja, setiap pagi aircond pasti akan dipasang sebelum Sarang pasang.

☑ Behind all the lies - BbhWhere stories live. Discover now