Sepanjang perjalanan ke rumah, tak ada satu perkataan pun yang keluar daripada mulut Baekhyun. Radio pun tidak dipasang, menambah lagi kejanggalan antara dia dan aku. Lepas berbincang pasal bayaran kereta aku, Baekhyun terus hantar aku pulang tanpa singgah makan. Dia kata tiba-tiba ada kerja.
"Hyun.. " Kepalaku dikalih ke kiri. Dia cuma memandang ke hadapan tanpa mempedulikan panggilan aku. Wajah dia jelas nampak yang dia seperti tiada mood.
Aku mengeluh perlahan. Sepertinya dia curiga dengan aku tentang Taehyung tadi. Aku dihimpit rasa serba salah. Lagi-lagi bila Baekhyun senyap macam ni. "Hyun, cakaplah. Saya sunyi."
Berhenti sahaja kereta Baekhyun di depan halaman rumah aku, dia terus keluar daripada kereta dan berjalan ke pintu bahagian aku. Aku tahu kenapa dia baik hati sangat nak tolong bukakan. Sebab dia tak nak aku berteruasan memujuk dia untuk terus bersuara. Aku mengeluh perlahan sebelum keluar daripada keretanya. Sempat aku capai lengannya membuatkan dia berhenti daripada melangkah kembali masuk ke dalam kereta.
"Hyun, kenapa awak senyap je?" Aku cuba untuk memandang wajahnya yang sedang memerhatikan jalan raya yang kosong tanpa kenderaan.
"Sarang."
"Ya?"
"Siapa sebenarnya Taehyung tu?"
Jantung aku bagai direntap. Sungguh aku terkejut dengan soalan yang tak disangka Baekhyun. Sewaktu aku dan Taehyung bertemu kembali tadi, aku tak ada pun membuat aksi yang mencurigakan di hadapannya seperti tergagap ataupun buat perkara yang bodoh. Apa aku buat cuma tersenyum.
Dia mengalihkan perhatian sepenuhnya pada aku. Tangannya naik ke atas, mengusap pipi aku lembut. "It's okay kalau Sarang tak nak beritahu hal yang sebenar. Aku tak nak paksa. It's your own privacy. "
Dada aku berdebar dengan laju apabila dia mendekatkan wajahnya dengan wajahku. Pandanganku dihalakan ke bawah. Tak mampu untuk bertentang mata dengannya. Nafas hangatnya singgah di seluruh kawasan bahagian bawah mukaku membuatkan nafas aku bergerak secara tak sekata. Bila nampak yang dia cuba bergerak ke hadapan lagi, automatik mataku dipejam rapat. Tapi tak lama bila aku dapat rasakan dahi aku dilekap dengan sesuatu dalam tempoh yang lama. Segera aku mencari anak mata Baekhyun selepas dia menjarakkan wajahnya daripadaku.
"Masuklah. Selamat malam Sarang. Sorry sebab dah ruin your dinner. " Dia tersenyum manis sebelum bahuku ditepuk lembut olehnya.
"Hyun.. "
"Ya?"
"Sebenarnya Taehyung" Aku tundukkan pandangan aku ke bawah. Kalau boleh, kisah ini aku tak nak ingat balik. Sama macam mana aku nak lupakan tentang aku dan Baekhyun.
"Dia ex-boyfriend saya dulu. "
------
Tangan Taehyung yang berada di peganganku dipandang lama sebelum aku tersenyum padanya. Dia menghadiahkan aku sebuah senyuman yang aku rasa paling manis di dunia ini. Semanis gula kapas.
"Tae, kita nak buat apa dekat sini?" Soal aku pelik sambil memandang rumah agam yang besar di hadapan mata aku.
"Nak jumpa parents Tae."
"Tae.. "
Dia pandang muka aku dengan risau bila sedar muka aku berubah muram. "Wae Sarang?"
"Kenapa tak cakap awal-awal nak bawa Sarang jumpa keluarga Tae. Sarang takut." Aku tak pernah terfikir untuk jumpa ibu bapa dia. Aku takut kalau ibu bapa dia tak dapat terima anak terunanya bercinta dengan seorang perempuan yang tidak berkedudukan tinggi.
YOU ARE READING
☑ Behind all the lies - Bbh
FanfictionSebenarnya disebalik semua Pembohongan dia Tersimpan banyak rahsia