"Saera, tak seronok kau tak dapat join. Jomlah." Mata aku ligat memandang diri di hadapan cermin besar di dalam bilik aku. Sesekali dibetulkan solekan nipis yang dikenakan oleh tangan aku sendiri.
"Tak bolehlah. Aku nak study. Esok ada test." Pantulan Saera yang sedang berbaring di atas tilam aku pada cermin dipandang dengan menyampah. Sejak bila dia jadi rajin, selalunya kalau ada final exam baru dia bertungkus lumus menelaah buku.
"Sampai hati kau kan. Kau juga yang ajak aku. Last minute, cakap tak jadi. Kekok aku." Mula-mula aku tak nak ikut sebab itu kawan Suho. Tapi bila Saera beria-ia ajak aku, terpaksa aku ikutkan ke makan malam kawan Suho. Katanya wakilkan dia.
"Tak kekoklah. Kan ada Suho. Lepas tu ada Baekhyun."
Baekhyun? Bila dengar nama dia, buat aku tertanya-tanya. Dia tengah buat apa sekarang? Dah dua minggu dia tak munculkan diri di depan aku. Bahkan tiada panggilan atau mesej daripada dia. Seolah-olah dia lesap secara tiba-tiba.
"Kau kenal kawan Suho ni?"
"Entahlah. Aku tak kenal. Tak sempat nak jumpa sebab dia dekat oversea waktu aku jumpa kawan-kawan Suho. Dengar cerita dia dah kahwin, nanti kau rapat-rapatlah dengan isteri dia."
Macam mana nak rapat kalau aku ni jenis yang tak suka beramah. Aku dah boleh bayangkan yang aku akan jadi tunggul di situ, mesti bosan.
"Pukul berapa Suho nak ambil aku?" Mata aku terarah pada jam di tangan. Dah sepuluh minit berlalu daripada pukul lapan malam. Katanya nak jemput pukul lapan malam tepat, tapi sampai sekarang bunyi hon kereta Suho masih tak dengar.
"Kau bukan pergi dengan Suho."
"Habis tu dengan siapa? Nak suruh aku pergi sendiri? Aku bukannya tahu rumah kawan dia dekat mana."
Saera tersengih pada aku. Tapi bagus juga, tak perlulah aku pergi rumah kawan Suho tu. Dengan kawan Suho yang lain pun aku tak boleh ngam, ni dengan kawan dia yang memang aku tak kenal. Memang lagi tak ngamlah jawabnya.
"Jadi aku tak payah pergilah ni. Lagipun aku tak tahu jalan rumahnya dekat mana." Riangnya hatiku-
"Kau pergi dengan Baekhyun."
------
Aku memandang luar tingkap kereta. Tak ada apa yang menarik perhatian aku, cuma mata yang tak mahu menoleh ke kiri aku. Bukannya apa, aku cuma takut yang hati aku ini akan asyik berterusan memuji Baekhyun. Dia nampak ehem- segak malam ni.
Sewaktu dia datang rumah aku tadi, hanya tuhan yang tahu berapa banyak aku memuji dia. Dengan kemeja biru yang lengannya disingsing hingga ke siku dan butang baju dibuka di bahagian atas, dia nampak macam nak mengurat orang. Tak campur lagi rambutnya yang digayakan pacak.
Tapi, nak buat macam mana. Bukan salah aku buat macam ni. Kehendak mata aku yang nak buat macam ni. Sekejap-sekejap aku toleh ke kiri, tak lama. Dalam beberapa saat, aku pandang ke hadapan. Tak lama lepas tu, aku buat benda yang sama. Kali ini agak lama sikit baru kepala menoleh ke cermin tingkap. Aku gigit bibir bawah. Mata, tolonglah jaga perilaku kau. Kalau tertangkap, bukan kau yang malu. Aku yang malu tau!
Dahi aku berkerut apabila telinga aku menangkap bunyi seseorang ketawa. Takkanlah ada hantu lain yang menumpang. Aku pandang sebelah aku, nampak Baekhyun kemam bibir dia, dah dapat agak daripada mana datangnya ketawa. Sah-sah hantu dekat sebelah aku.
"Kenapa awak ketawa?"
Dia cuma menggeleng perlahan sambil bibirnya masih dikemam. Aku tahu dia nak ketawa lagi. Entah apa yang dia gelakkan? Dia ketawakan aku ke? Aku nampak hodoh ke? Ke aku bau busuk? Aku dah spray minyak wangi banyak-banyak. Nak cakap ketiak aku busuk, tak ada pula.
"Hyun, kenapa?"
"Tak ada apa-apa."
Belum sempat aku nak membalas, aku tergamam dengan pandangan di hadapanku. Rumah banglo tiga tingkat berada di hadapan aku. Tahulah aku yang kami dah sampai. Tak sangka yang kawan-kawan Suho ni golongan orang berada. Termasuk orang di sebelah aku, nampak tak diskriminasi di situ. Tapi Chanyeol-
Anak pensyarah pun dalam golongan berada jugaklah.
"Jom."
Tak sempat nak mengelamun lebih, pintu kereta dah terbuka untuk aku. Siapa lagi kalau dah terlebih rajin, takkanlah ada dayang yang tolong bukakan untuk aku.
"Terima kasih."
Aku berjalan beriringan bersama Baekhyun ke pintu utama rumah mewah ini. Aku kalau dah kagum, mulut memang ternganga habis. Tak ada masa nak cover ayu.
"Hyung"
Aku pandang ke hadapan, di mana tuan yang bersuara itu tadi. Tapi aku jadi lebih tergamam bila orang yang menegur Baekhyun itu aku kenal.
"Sehunnie.. " Mereka berpelukan agak lama sebelum mata lelaki itu berhenti pada aku.
Seperti yang aku agak, lelaki itu pun turut terkejut dengan kehadiran aku.
"Sehun, kenalkan ini Sarang. Cinta hati hyung, the woman behind my succes."
Aku tak tahu nak beri reaksi apa untuk ayat Baekhyun. Mengiakan atau menidakkan. Jadi aku memilih mendiamkan sahaja dengan ayat Baekhyun. Aku dapat rasakan malam ini adalah malam yang teruk dalam hidup aku.
YOU ARE READING
☑ Behind all the lies - Bbh
FanficSebenarnya disebalik semua Pembohongan dia Tersimpan banyak rahsia