44 If

427 46 3
                                    

Baekhyun berdiri, bersandar pada dinding menekup mukanya dengan tangan. Nak dekat tiga jam dia di luar, menunggu untuk pembedahan Sarang selesai.

Dia takut. Kalau ada apa-apa terjadi pada Sarang. Kawasan tersebut agak penuh dengan kehadiran ibu bapa Sarang serta kedua orang tuanya. Tak lupa juga Chanyeol yang daripada tadi mengikutnya. Kai pula sudah pulang ke Seoul, dia perlu selesaikan kes tersebut.

Kehadiran appanya sedikit tidak selesa untuknya. Dia hanya beritahu pada Ibu bapa Sarang dan ommanya, tapi selepas beberapa minit ommanya muncul, appanya datang serta ibu tirinya.

Bau darah Sarang yang melekat pada kemejanya tidak diendahkan. Selepas Sarang masuk ke bilik bedah, dia hanya ke tandas untuk membasuh muka dan tangannya yang penuh dengan warna merah.

"Hyun, kau tak nak makan?" Soal Chanyeol memecahkan suasana yang sememangnya sunyi daripada tadi.

"Tak." Balasnya sepatah.

Dia tak akan berganjak selagi dia tidak tahu keadaan Sarang.

"Tapi, dari tadi kau tak makan. Dari tengahari kau tak makan. Aku pergi kafeteria belikan kau roti eh?" Pujuk Chanyeol.

"Tak perlu Chan. Aku okay." Bisik Baekhyun perlahan. Dia masih lagi tetap dengan pendiriannya.

Belum sempat Chanyeol nak buka mulut, ibu Sarang memintas. "Baekhyun, pergilah makan. Ommuni tak nak kamu sakit."

"Tak apa ommuni." Dia mengangkat mukanya. Memandang ibu mertuanya dengan senyuman halus. "Baekhyun okay."

Encik Jung segera mengeratkan pegangan pada tangan isterinya, membuatkan Puan Jung menghentikan niatnya untuk menyambung kembali percakapannya. Kemudian memandang suaminya.

Lelaki itu tersenyum dan memberi gelengan kecil. Menyuruhnya untuk membiarkan Baekhyun. Dia sendiri faham perasaan Baekhyun. Dia juga seorang lelaki.

Sewaktu menanti saat isterinya melahirkan Sarang, dia cuma gusar, risau. Tak fikir apa-apa. Hanya memikirkan keadaan isteri dan anaknya. Selama lapan jam dia tidak makan, menunggu sehingga doktor keluar dan membawa khabar gembira untuknya.

Omma Baekhyun memandang anaknya, penuh dengan senyuman kecil. Walaupun perasaan risaunya tetap ada pada Baekhyun, takut yang anaknya bakal jatuh sakit, tapi perasan terharunya tetap ada apabila memikirkan yang Baekhyun betul-betul sayangkan Sarang.

Dalam hatinya, dia berdoa supaya Sarang sihat dan selamat.

10 malam tepat, lampu bilik pembedahan bertukar hijau. Menunjukkan pembedahan tersebut sudah selesai. Baekhyun semakin risau, memikirkan keadaan Sarang.

Buka sahaja pintu, laju semua meluru pada doktor yang keluar. Seperti biasa, doktor tersebut perlu memberitahu khabar pesakitnya.

Doktor tersebut tersenyum kecil. "Dia selamat cuma kehilangan banyak darah. Jadi, dia mungkin tidak sedar untuk beberapa hari. Kami akan pindahkan dia ke wad biasa apabila dia dah stabil."

"Terima kasih doktor."

"Sama-sama." Doktor itu membongkok sebelum berjalan meninggalkan kawasan tersebut.

Masing-masing menarik nafas lega. Bersyukur apabila Sarang selamat.

---

Kai yang ada di hadapannya dipandang geram. Kenyataan yang keluar dari mulut lelaki itu tidak dapat memuaskan hatinya.

"Kenapa kau tak tembak je dia hari tu?"

"Hyung.. " Kai mengeluh. Sedikit tertekan dia apabila diasak sebegitu. "Peraturan, mana boleh tembak dia. Sehun dah serah diri."

☑ Behind all the lies - BbhWhere stories live. Discover now