"Hyun.. " Panggil Sarang sambil matanya memandang siling. Tahu yang lelaki itu belum tidur, terasa usapan lembut di pinggangnya.
"Hurm?"
"Saya bosan duduk rumah." Di sebalik ayat itu, ada petunjuk yang dia cuba sampaikan. Berharap yang suaminya dapat meneka permintaannya.
"Esok keluarlah. Kita pergi lawat Saera ke?" Lagipun esok dia cuti, jadi kalau hendak ke mana- mana, boleh sahaja dia bawakan. Kasihan isterinya, pasti ingin berjalan keluar.
"Boleh juga. Tapi, kerja awak memang banyak ke? Tak ada cuti panjang?"
Okay. Soalan isterinya kedengaran pelik. Terus dia berpaling menghadap isterinya, pelukan pula makin dieratkan. "Wae?"
Sarang memandang wajah Baekhyun sesaat sebelum kembali memandang atas. "Tak ada apa-apa." Tipunya. Tidak mengapalah, kalau lelaki itu banyak kerja, dia tidak mahu mengganggu.
"Cakap dengan Hyun, kenapa? Sarang nak pergi jalan ke mana? Nak balik rumah ommuni ke?" Mungkin isterinya rindukan ibu dan ayahnya barangkali. Sewaktu dia di hospital, hanya beberapa hari sahaja mereka berdua datang menjenguk. Selepas mengetahui keadaan Sarang sudah pulih, mereka segera pulang.
"Tak ada apa- apa." Suaminya memang lembap. Kutuknya. Geram pula apabila lelaki ini tidak faham keinginan sebenarnya.
Dia inginkan percutian romantik. Hanya berdua sahaja. Masakan mahu pulang ke rumah orang tuanya, memang nanti dia akan jadi kuli sahaja. Duduk di dapur, tidak pun menolong di kedai.
"Betul ni?"
"Betul."
"Awak tak tipu kan?"
"Buat apa saya nak tipu, saya tidur dulu mengantuk. Selamat malam." Ucap Sarang, kemudian berpaling membelakangi Baekhyun dengan mata yang tertutup. Memang dia agak penat, tetapi kalau mahu berborak dengan Baekhyun lama- lama, dia tidak kisah. Mengenangkan sebegini perbualan mereka, nikmat untuk berbual terus tiada.
Terkebil-kebil matanya memandang perilaku isterinya. Dia tahu yang wanita ini sedang merajuk dengannya. Perkara apa yang dia sudah lakukan, sampai begini sekali rajuknya. "Sayang... " Lengan isterinya dipegang.
"Saya nak tidur.. Jangan kacau." Balas Sarang selamba.
Baekhyun serba salah, diturutkan juga permintaan isterinya walaupun banyak persoalan yang ada di mindanya sekarang. Matanya masih lagi belum menunjukkan ciri- ciri orang mengantuk. Luas matanya memandang siling, sambil itu memikirkan apa yang patut dilakukan untuk memujuk isterinya.
Dia gigit bibir bawahnya, runsing. Esok sahajalah, dia akan tanya Chanyeol. Lelaki itu memang pakar dalam soal- soal begini. Sebab itu Jenny sampai sekarang melekat dengan Chanyeol walaupun banyak gaduh.
---
Kepala Chanyeol tergeleng- geleng selepas mendengar cerita yang keluar dari mulut Baekhyun. Baru sahaja tadi lelaki di hadapannya mengajaknya keluar, ke rumah Saera.
"Sampai sekarang ke dia merajuk dengan kau?" Soal Chanyeol lagak penyiasat. Tangan disilang pada dadanya, dengan belakang disandar pada kerusi.
"Ya Chan." Jawab Baekhyun bersungguh-sungguh. Dia inginkan jawapan, di sebalik rajuknya Sarang.
"Dia nak bercuti. Kan dia tanya kau busy tak lately ni. Itu pun tak tahu, gaya macam belum kahwin lagi." Chanyeol pandang rakannya tak percaya. Perkara sebegini pun susah nak hadam, lagi pula nanti waktu Sarang dah mengandung, lagi susah.
Baekhyun jeling Chanyeol tajam. "Bukan salah aku, otak kau macam orang dah kahwin. Terima kasih." Sindir Baekhyun, dalam masa yang sama dia berterima kasih akan sahabatnya.
"Jangan lupa, nanti buat romantik sikit. Macam dalam drama tu, suprise. Jangan kau pergi tanya, nak bercuti tak? Tak manly langsung." Tokok Chanyeol.
"Ya. Terima kasih sekali lagi Cikgu Chanyeol." Kali ini dia menundukkan kepala, menunjukkan rasa hormatnya pada Chanyeol.
"Sama- sama." Jawab Chanyeol dengan sedikit angkuh di wajahnya. Dia memandang Baekhyun, ingin menanya sesuatu. Tapi rasa tidak enak pula kalau soalan tersebut keluar.
"Kau kenapa?" Soal Baekhyun. Pelik melihat rakan baiknya yang asyik memandang dirinya. Seperti ada salah sahaja.
"Tak ada apa."
"Beritahu jelah. Kenapa?" Tidak puas hati dia dengan Chanyeol, suka pula main acah- acah dengannya.
"Kau, pergi? Sehun punya perbicaraan."
Baekhyun diam. Soalan itu ke? Patutlah lelaki ini macam takut- takut nak beritahu. "Tak, aku tak rasa aku perlu pergi."
"Sarang tahu?"
Baekhyun cuma menggeleng. Biarlah perkara ini tidak sampai ke pengetahuan Sarang. Dia tidak mahu isterinya susah hati. Lagipun, dia mahu lupakan perkara tersebut, ingin buka buku baru.
Chanyeol cuma mengangguk. Kemudian keadaan menjadi kekok, tidak tahu apa yang mahu diborakkan. "Lama pula diorang. Apa yang buat dekat atas tu?" Marah Chanyeol tiba- tiba. Itu sahaja yang dia mampu fikir.
Tapi memang betul pun. Sepatutnya waktu seperti ini dia ada atas katil, geram pula rasanya. Tapi gara- gara Baekhyun, dia terpaksa meninggalkan katilnya. Sedih hati. Lagi tak bernasib baik bila ada Jenny, teruk dia kena marah sebab tak nak ikut pergi rumah Saera.
Belum sempat dia nak berterusan mengutuk kekasihnya, telinganya sempat mendengar suara orang berbual. Nasibnya sungguh baik kerana sempat menyimpan niatnya, kalau tidak ada satu hal lain pula dia kena pujuk kekasihnya.
"Dah siap ke?" Soal Baekhyun lantas bangun daripada duduknya, menghampiri isterinya, Jenny serta Saera yang baru turun tangga.
"Dah, kita orang nak keluar kejap. Awak keluar lah dengan Chanyeol oppa. Nanti Jenny yang hantar saya balik." Beritahu Sarang sambil memeluk lengan Saera. Wajah Baekhyun cuma dipandang sebentar.
"Habis tu saya?!" Jerit Chanyeol tak percaya. Soalan tersebut diajukan pada kekasihnya. Tak sangka yang dia bakal ditinggalkan oleh Jenny bersama Baekhyun.
"Awak keluarlah dengan Baekhyun. Saya bawa kereta awak, nanti dah siap saya singgah rumah awak ambil kereta saya." Beritahu Jenny tak bersalah. Dia tak terfikir pun yang perkara seperti ini boleh terjadi, itu yang dia naik kereta Chanyeol sahaja waktu ke sini.
"Hati- hati Sarang." Itu sahaja yang dia mampu pesan. Melihatkan Sarang seperti tidak mahu menegurnya, dibatalkan niat ingin menghalang. Ada kena tolak nanti.
"Jom." Ajak Baekhyun sambil menarik Chanyeol keluar daripada rumah Saera bersama.
---
"Awak kena beritahu Baekhyun terus, dia memang macam tu orangnya." Beritahu Jenny sambil tangannya mengacau air kopi yang dipesan.
Sarang yang mendengar cuma mengeluh perlahan. Tadi Saera seperti perasan akan hubungan dia dan Baekhyun nampak tidak baik, itu yang dikorek rahsianya. Pembetulan, dia yang jadikan sebegitu.
"Entah kau ni, macam tak tahu suami kau macam mana." Balas Saera. Dipandang Sarang tak percaya, setahunya Sarang dan Baekhyun dahulu kekasih sewaktu sekolah.
"Aku baru kahwin dengan dia tak sampai setahun." Bidas Sarang dengan muncung. "Tak apalah, nanti saya beritahu sendiri dekat dia. Terima kasih Jenny." Tersenyum sahaja Sarang akan nasihat Jenny, keluar dengan mereka semua hendak berseronok, tetapi apabila cerita ini dibuka, dia rasa bersalah dengan suaminya. Tidak matang langsung.
Rasa mahu pulang sekarang juga. Rindunya dia pada Baekhyun.
YOU ARE READING
☑ Behind all the lies - Bbh
FanfictionSebenarnya disebalik semua Pembohongan dia Tersimpan banyak rahsia