Malam baru Sarang pulang ke rumah, kerana desakan daripada Saera dan Jenny dia terpaksa mengikut. Ke mana sahaja mereka pergi, hampir ke semua tempat yang mereka singgah adalah butik baju pengantin. Beria- ia Saera dan Jenny mahukan pandangan daripadanya.
Bila memandang mereka pelik, ada sahaja yang dijawab.
'Sebagai preparation.'
Melihat kereta Baekhyun yang ada di garaj, laju dia membuka langkah. Ingin mencari suaminya, mahu meminta maaf atas perangai budak- budaknya. Senyum sahaja dia masuk ke dalam rumah.
Gelap sahaja, malas mahu mengerah tenaga untuk menyalakan suis lampu yang jauh berdekatan ruang dapur, dia terus naik ke atas. Lagipun, ruang tangga rumahnya sudah bercahaya.
Buka sahaja pintu bilik tidurnya, kosong. Tiada tanda- tanda Baekhyun. Bahkan bilik itu gelap. Senyuman yang terbit tadi terus mati.
Ke mana pula suaminya pergi?
Pusing kepalanya apabila memikirkan keberadaan suaminya. Tak mungkin yang suaminya main sorok- sorok. Dengan siapa? Chanyeol ke?
Jenny kata, Chanyeol sudah pulang lebih awal daripada mereka. Petang, Baekhyun sudah menghantar Chanyeol pulang.
Kakinya bergerak ke bilik kerja suaminya. Lihat sahaja daripada luar dia sudah tahu, suaminya tiada di situ. Bilik itu juga gelap.
Kemudian dia turun ke bawah, melangkah ke dapur. Itu sahaja tempat yang dia perlu tuju. Tak mungkin yang suaminya ada di kawasan belakang rumah, gelap sahaja. Stor? Lagi tidak mungkin. Masakan lelaki itu mahu duduk di sana.
Sampai sahaja dirinya di ruang dapur, matanya terpegun memandang apa yang ada di tengah meja, sebatang lilin yang menyala.
Tadi sewaktu dia masuk ke dalam rumah, tidak pula dia nampak cahaya dari ruang dapur. Tersenyum sahaja bibirnya, mengawal daripada tidak meletuskan tawanya. Tidak mahu Baekhyun terasa hati.
Dia yakin yang ini kerja Baekhyun. Lihat sahaja hidangan yang ada di atas meja, dua mangkuk ramen yang dihidangkan bersebelahan, dia tidak tahu bila lelaki itu masak, tapi apa yang pasti mi nya sudah kembang. Supnya juga sudah tidak kelihatan.
"Hyun.. " Panggil Sarang perlahan. Benci apabila suaminya masih lagi tidak memunculkan diri. Segan yang dia menjadi perhatian Baekhyun dalam senyap. Tidak tahu di mana lelaki itu.
"Saya dekat sinilah.. "
Sarang memandang dari mana punca suara itu datang. Terlopong mulutnya melihat Baekhyun yang bersusah payah keluar daripada bawah meja. Ada sahaja idea suaminya yang membuatnya terhibur. Geli hati dengan Baekhyun.
"Awak-"
"Kejap, tak selesai lagi." Potong Baekhyun setelah dia berjaya keluar dari tempat persembunyiannya. Dia bergerak ke peti sejuk, mencapai sesuatu.
"Kek?" Ucap Sarang tak percaya. Dia hanya mampu melihat dan bersoal dengan diri sendiri apabila Baekhyun menyuruhnya senyap, meletakkan jari telunjuk pada bibir.
Comel sahaja dia melihat suaminya. Diketap bibir melihat penampilan Baekhyun. T- shirt serta seluar pendek yang dilindung dengan apron yang selalu dia gunakan untuk memasak.
YOU ARE READING
☑ Behind all the lies - Bbh
FanfictionSebenarnya disebalik semua Pembohongan dia Tersimpan banyak rahsia