Tidak bercakap. Itu apa yang dilakukan Sarang kepadanya sehingga ke hari ini. Sudah masuk hari yang kelima dia dipinggirkan isterinya. Sehinggakan segala urusan kerja- kerja di rumah dia terpaksa mencari seseorang untuk melakukannya.
Isterinya bagaikan mayat hidup. Makan apabila diberi, mandi apabila disuruh. Selainnya, hanya duduk terbaring di atas katil bilik dengan langsir yang ditutup. Gelap.
Dia yakin, kematian rakan baik isterinya yang menjadikan dia sebegini. Setiap malam dia dapat dengar akan tangisan Sarang sebelum isterinya terlelap. Rutin harian wanita itu tidak sah tanpa menyebut nama Eunji bahkan juga nama Saera.
"Sihat?" Soal Suho hyung sebelum duduknya dilabuhkan di hadapan Baekhyun. Pelik lelaki ini melihat Baekhyun yang tiba- tiba muncul di hospital tanpa memberitahu dahulu.
Baekhyun senyum kecil. "Macam nilah." Beritahu Baekhyun kepada Suho. Kemudian kepalanya menunduk ke bawah.
Suho melihat keadaan Baekhyun. Nampak sangat yang lelaki ini tidak terurus. Lihat sahaja rambut yang sudah sedikit panjang, ditambah dengan mata sembap lelaki itu. "Kau dah makan?"
"Dah."
Tangan Suho menepuk bahu lelaki itu perlahan. "Kenapa? Sebab Sarang ke?"
Mendengar akan nama Sarang disebut, laju kepalanya mendongak. Memandang Suho hyung dengan penuh simpati. Inginkan beberapa nasihat daripada lelaki yang bergelar doktor pakar.
"Hyung, kau boleh tolong aku?"
Wajah kusam Baekhyun menjadikan kepalanya mengangguk. Walau berat sekali permintaan lelaki ini, dia pasti akan menolong kerana itu janjinya. Membantu rakannya sehabis mungkin. "Tolong apa?"
"Sarang, tolong buat dia berhenti salahkan diri dia. Aku, aku tak boleh." Beritahu Baekhyun. Mengimbas kembali hari- hari yang dilalui dengan Sarang yang sekarang, dia rasa dirinya tidak bertanggungjawab. Bagaimana dia ingin meneruskan kerjanya jika isterinya di rumah tidak terurus.
"Kau bawa dia jumpa kaunseling." Cadang Suho. Dia rasakan itu penyelesaian yang terbaik, lebih- lebih lagi dengan keadaan Sarang yang menyalahkan diri sendiri. Takut sahaja kalau wanita itu bertindak untuk melakukan yang bukan-bukan.
"Kaunseling?"
Suho mengangguk. "Bawa dia jumpa, mana tahu semangat dia boleh dipulihkan balik. Saera, dia semakin pulih. Walaupun dia masih lagi mimpi apa yang Sehun lakukan dekat dia."
"Hyung bawa dia jumpa kaunseling ke?"
"A'ah. Hyung harap itu dapat membantu kau."
Baekhyun mengangguk. Dia akan cuba untuk bawa Sarang berjumpa doktor kaunseling.
---
"Sarang, kita keluar hari ini ya? Saya nak bawa awak jumpa kawan saya." Beritahu Baekhyun dari muka pintu. Dia baru sahaja siap bersarapan, seperti biasa tanpa isterinya. Sarang pula hanya terbaring tanpa menyentuh makanan yang dia hidang sebelum dia makan. Banyak kali dia berpesan untuk makan, tetap makanan tersebut tidak bersentuh.
Isterinya tidak membalas, malah dibelakangkan pandangannya daripada suaminya. Dia masih lagi ingin berseorangan.
Baekhyun mengeluh halus. Dihampiri isterinya yang terbaring di atas katil kemudian punggungnya dilabuhkan bersebelahan Sarang. "Chagi... Jaebal. Hurm?" Diusap rambut Sarang penuh lembut dan sayang.
Sarang berdiam buat masa yang agak beberapa lama sebelum tubuh dipusing menghadap Baekhyun. "Kalau lain kali boleh?"
"Tak boleh. Hari ni juga." Mana mungkin dia nak bawa Sarang berjumpa doktor itu hari lain sedangkan dia sudah membuat temu janji hari ini. Kalau dibatalkan, terpaksa tunggu hari free doktor itu. Nasib baik Suho ada, memperkenalkan doktor itu kepadanya. Dan sungguh bernasib baik doktor itu perempuan.
"Perempuan ke lelaki?" Soal Baekhyun memandang Suho yang jalan beriringan dengannya.
Suho menjeling. "Itu pun nak cemburu ke? Dia bukan nak buat apa- apa." Geleng sahaja Suho dengan perangai cemburu Baekhyun. Entah bagaimana Sarang boleh tersangkut dengan lelaki seperti ini.
"Aku bukan cemburu, just takut dia tak selesa dengan doktor lelaki." Tipu Baekhyun. Okay, sebenarnya dia memang cemburu, apatah lagi mengingatkan yang sesi kaunseling seperti ini dia tidak boleh turut serta, konon takut dia bakal mengganggu sesi mereka.
"Yelah tu."
"Hyun.." Panggilan Sarang menyentak lamunannya. Segera dia memandang Sarang yang sudah menyangkut beg tangannya di bahu.
"Saya dah siap. Jom."
Baekhyun meneliti diri Sarang satu persatu. Daripada rambutnya yang tidak disikat kemas, turun kepada wajahnya yang pucat tanpa solekan kemudian berhenti lama pada seluar yang dipakai oleh isterinya.
Ohh.. Tak boleh. Dia tak akan benarkan isterinya keluar sebegini. Di mana Sarang yang dahulu.
"Sarang, boleh tukar baju tu? Pakai baju yang sesuai sikit." Beritahu Baekhyun berhati- hati, tidak mahu mengganggu emosi Sarang. Takut pula yang wanita ini akan merajuk dan tidak mahu ikut.
"Kenapa dengan baju saya?" Soal Sarang polos. Kemudian dia menunduk, memandang baju dan seluar yang dipakainya. Dia terlupa keadaan dirinya, memakai pajama satin.
"Sa- saya tukar baju jap." Beg di bahu diletak kembali di atas sofa sebelum dia meloloskan diri ke dalam bilik mandi. Sekadar menggosok gigi dan mencuci mukanya. Tidak pernah dia memandang cermin sejak dia pulang ke rumah, kalau terpandang laju- laju, kepalanya dipaling memandang ke tempat lain. Entah mengapa, dia terasa seperti ada orang yang memandangnya.
Keluar daripada bilik, Baekhyun sudah tiada. Mungkin dia sudah turun ke bawah. Sarang tidak ambil peduli, laju dia menukar baju yang sepatutnya. Sekadar T-shirt plain dan seluar slack. Tanpa sebarang solekan yang menutup mukanya, dia turun ke bawah.
"Dah siap." Dipandang Baekhyun yang duduk menunggunya di atas sofa.
"Jom." Laju Baekhyun berjalan keluar daripada rumah tanpa menunggu isterinya.
Entah mengapa sekarang ini dia dapat rasakan yang suaminya cuba mengelakkan diri daripadanya. Dia terasa hati akan layanan suaminya. Baekhyun tidak memujinya cantik bahkan tidak menunggunya langsung untuk ke kereta.
Sarang, bukan selama ini kau biarkan Baekhyun menguruskan hidupnya sendiri ke? Kenapa tiba- tiba sahaja kau mahu layanan dan pujian dari dia? Tak sedar siapa diri kau? Tiada siapa yang mahu kau wujud di dunia. Kau hanya menyusahkan orang sahaja.
Suara itu! Suara itu yang sering menemaninya setiap masa. Bagaikan ada orang lain yang menghukum dirinya. Mencari setiap perkara yang berpunca daripada kesalahan dirinya.
Dia takut. Semakin hari, suara itu sering mengganggu dirinya.
YOU ARE READING
☑ Behind all the lies - Bbh
FanfictionSebenarnya disebalik semua Pembohongan dia Tersimpan banyak rahsia