Sarang
Keningku hampir bertaut apabila memandang jam yang tergantung di dinding bilik. Rasa macam nak putarkan balik ke hari waktu pertama kali berjumpa dengan Baekhyun. Sewaktu lelaki itu muncul di hadapanku, kononnya mengaku menjadi salah seorang modelku. Tak sangka itu pun salah satu rancangannya. Kalau aku tahu awal-awal, memang aku tak akan terima tawaran daripada omma Baekhyun.
Semuanya, ada muslihat.
"Sarang, kau tak tidur lagi?"
"Tak."
"Kau okay?"
Aku mengeluh perlahan, sebelum berpaling ke belakang. Menghadap Saera yang sedang bersandar di pintu.
"Tak. Aku tak okay." Luahku. "Aku takut. Takut nak kahwin dengan dia."
Saera mengeluh sedikit, dia pun sepertinya tidak tahu untuk menenangkan aku.
"Mungkin ada hikmah apa yang berlaku antara kau dengan Baekhyun."
Tersenyum hambar pun aku tak mampu apatah lagi untuk terima penyataan Saera. Hikmah? Aku tak tahu. Sedangkan ini perkahwinan yang dirancang oleh pengarah Baekhyun. Aku hanya menjadi pelakon sahaja dalam filemnya. Pelakon yang dipaksa untuk menerima tawaran tersebut. Walaupun dulu aku pernah ada angan-angan untuk hidup berumah tangga bersama Baekhyun.
Tapi itu dulu. Sewaktu aku dalam dunia percintaan dengan Baekhyun. Dan tak sangka pulak angan-angan aku jadi kenyataan.
"Sarang?"
"Hmm?" Sebelah keningku terangkat sedikit, menanti ayat seterusnya keluar daripada mulut Saera.
"Kau teringatkan Baekhyun ke?"
Soalan cepumas daripada Saera buatkan aku rasa nak hempuk dia. Lagi lega adalah bila aku dan Baekhyun tak dibenarkan berjumpa dalam masa sebulan. Semua yang berkaitan dengan persiapan majlis disiapkan oleh orang tuaku dan juga keluarga belah Baekhyun. Bukan main lagi pantang larang yang selama ini aku tak tahu. Tak dibenarkan berjumpa dalan tempoh persiapan perkahwinan. Entah aku tak tahu betul atau tidak? Tapi ada lagi bagus kalau tak payah jumpa terus. Cepat saja masa berlalu, tak perasan yang hari perkahwinan yang ditetapkan masa hari itu adalah hari esok.
Aku mengeluh.
"Kau berangan lagi? Aku rasa better kau tidur sekarang.Esok kau nak menempuh hari bahagia kau. Jadi aku tak nak kau nampak tak cantik. Jadi, selamat malam."
Tak sempat aku nak balas apa-apa, Saera dah berlari-lari anak ke bilik sebelah. Tahu yang aku akan mengamuk, cepat-cepat dia berlari. Sekeliling bilik hotel yang aku diami dipandang lama. Bilik hotel yang dalamnya mempunyai dua bilik. Jadi aku ditempatkan dengan Saera.
Baekhyun pula, sekarang dia ada di rumahnya. Bukan rumah orang tuanya, tapi rumahnya yang bakal aku inap selepas aku sah bergelar isterinya esok hari.
------
Gelas yang masih lagi penuh dengan air kosong diletak kembali di atas meja apabila soalan maut daripada rakan-rakannya menerjah masuk ke dalam telinganya. Tak sempat dia nak lalukan air di tekaknya, tapi rakannya dah potong line.
"Ya, aku cintakan dia. Aku kahwin dengan dia sebab aku cintakan dia. Berapa banyak kali aku nak terangkan dekat kau orang semua." Bersungguh-sungguh dia meyakinkan lima orang rakannya yang duduk di sofa berhadapannya dengan keadaan berhimpit.
"Selama ni, kita orang tak pernah dengar pun kau bercinta. Tup-tup, kau dah nak kahwin."
Baekhyun mengeluh perlahan apabila diasak dengan ayat-ayat curiga yang keluar dari mulut rakannya. Sebentar tadi, dia baru sahaja terima panggilan daripada Suho hyung yang sekarang sedang sibuk bekerja di hospital. Suho hyung pun tak mempercayainya, katanya dia memaksa Sarang untuk berkahwin dengannya.
Walaupun itu kebenarannya. Tapi mana mungkin dia nak cerita perkara tersebut kepada rakan-rakannya. Sampai esok, tak habis-habis sesi ceramah yang disampaikan oleh rakan-rakannya yang bertauliah.
"Hyung, jangan-jangan kau seorang je yang cintakan dia. Kiranya kau syok sendiri, lepas tu kau paksa dia untuk terima kau?"
Andaian yang dilontarkan daripada Kai menyentap hatinya. Seolah-olah terasa dirinya terpukul dengan kata-kata tersebut. Buat masa yang agak lama dia mendiamkan diri membuatkan rakan-rakannya yang lain membuat spekulasi sendiri daripada jawapan yang diterima daripada soalan Kai.
Belum sempat Chanyeol ingin meredakan kekecohan yang sedang berlaku, Baekhyun ketawa kecil. Rakan-rakannya memandang satu sama lain, berfikir andai mereka patut melaporkan kepada Suho supaya mendaftarkan Baekhyun ke hospital sakit mental. Seram sejuk mereka semua apabila perkara serius yang dibincangkan menjadi bahan lawak.
Berhenti saja ketawa yang keluar dari mulut Baekhyun, dia meluahkan isi hatinya. "Memang aku yang syok sendiri. Cinta aku one side. Dia tak cintakan aku, tapi aku yang terhengeh-hengeh kejarkan cinta dia."
Kyungsoo pandang Baekhyun dengan bersimpati. "Kau serius ke?"
Lama Baekhyun pandang wajah sahabatnya yang kelihatan sangat merisaukannya. "Aku tipu je." Dia ketawa terbahak-bahak. Seronok dapat mempermainkan kawannya. Satu persatu wajah rakannya yang masam kalahkan cuka dipandang.
"Kau memang!" Jerit Kyungsoo kuat sebelum kusyen yang ada di belakangnya dibaling ke wajah Baekhyun.
Baekhyun hanya menyambut kusyen tersebut dengan ketawa yang tak berhenti-henti. Seronok benar dia melihat rakannya cuak. Tak sangka, rakannya mengambil berat tentangnya.
"Aku fikir kau betul-betul terluka! Berani kau tipu kita orang. Kau memang tak nak hidup lama ke?" Chen menjerit kuat membuatkan sahabatnya yang lain menekup telinga menggunakan tangan.
"Sakit telinga aku." Adu Lay sambil tangannya menggosok kedua-dua belah telinganya. Nasib baik tak pekak telinganya.
"Sebelum kau habiskan zaman bujang kau, apa kata kita ber-party!!" Jerit Xiumin sebelum rakan-rakannya yang lain juga turut membuat bising.
"Hei, hei. Sepah rumah aku." Dia masih lagi tergelak melihat rakannya yang tak ubah seperti monyet baru lepas mendapat pisang.
Hanya Chanyeol yang terdiam sambil mata tak lepas memandang Baekhyun yang masih lagi mampu tergelak. Berkawan sejak sekolah membuatkan dia dapat tahu perangai dan isi hati rakannya. Dan apa yang dia tahu, Baekhyun sedang menipu tentang perasaanya.
-------
# Maaf tadi unpublish.. Ada kesilapan teknikal sikit
YOU ARE READING
☑ Behind all the lies - Bbh
FanfictionSebenarnya disebalik semua Pembohongan dia Tersimpan banyak rahsia