32 Back off

419 43 0
                                    

"Saya dah balik.. " Ujar Sarang apabila melangkah masuk ke dalam rumah. Pandangannya meliar ke sekeliling rumahnya.

Kosong dan gelap. Baekhyun masih belum pulang. Dia mengeluh lemah dan mula melangkah masuk ke dalam rumah.

Tadi, Baekhyun sudah berjanji dengannya untuk pulang awal. Tapi, kelibat bayang-bayang dia pun tak nampak.

Suis lampu dibuka menjadikan ruang tamunya terang. Kemudian dia berjalan mendaki ke bilik tidurnya dan juga Baekhyun.

Baekhyun, Baekhyun. Semuanya pasti ada kaitan dengan Baekhyun.

Sarang ketawa kecil.

Kalau dah namanya rumah Baekhyun, memang akan melibatkan Baekhyun.

Tangannya berhenti daripada ingin memulas tombol pintu bilik tidur. Suara yang tiba-tiba sahaja masuk ke gegendang telinganya menarik perhatian.

Segera dia mencari punca suara tersebut, baru sahaja dia berpaling, dia nampak Baekhyun juga sebuah kek dengan beberapa batang lilin di atasnya.

Sebak dan terharu. Perasaannya mula tersentuh.

"Sangeil chukha hamnida..
Sangeil chukha hamnida.."

Mendengarkan yang Baekhyun menyanyikan lagu hari lahir untuknya, baru dia sedar yang hari ini hari kelahirannya walaupun belum masuk pukul 12 malam.

"Hyun... " Panggilnya sedikit sebak.

Baekhyun makin merapat sehingga dia berhenti di hadapan Sarang. Lagu hari lahir yang dinyanyikan khas untuk isterinya sudah tamat.

"Make a wish uri Sarang.. " Ucap Baekhyun. Memang dia ingin tarik Sarang masuk ke dalam pelukannya, dia sudah berjanji untuk menyediakan pelukan apabila isterinya sedih.

Tapi, dia perlu selesaikan misinya terdahulu.

Sarang memandang Baekhyun kemudian pada kek. Tersenyum dia apabila melihat Baekhyun menyambut hari lahirnya.

Kedua tangannya digenggam dan dibawa pada paras dada dan membuat hajat. Habis sahaja membuat hajat, lilin ditiup.

"Yayy, sangeil chukha uri Sarang." Ucap Baekhyun sambil tersenyum lebar. "Sini." Ajak Baekhyun.

Sarang masih lagi berdiri tegak, terharu dengan situasi yang dialimi sekarang.

"Palli.. " Gesa Baekhyun apabila Sarang masih lagi tidak mengikutinya. Dia sudah berjalan jauh ke hadapan, menuju ruang tamu yang disediakan khas di tingkat atas.

"Apa dia Hyun?" Mata Sarang memerhati sekeliling. Melihat sama ada bakal diadakan party hari lahirnya atau tidak.

Dan jawapannya tidak.

"Hadiah." Ucap Baekhyun teruja.

Mendengar perkataan hadiah, lagi teruja Sarang. Tersenyum lebar dia sambil matanya terkebil-kebil memandang Baekhyun dengan penuh tidak sabar. "Mana?"

"Tutup mata dulu."

"Alahh... Tak payah nak tutup mata."

"Tutup je lah." Arah Baekhyun. Dia ingin lakukan kejutan pada isterinya. Sungguh dia tak sabar dengan penerimaan Sarang.

"Okay cepat." Sarang mula memejamkan matanya. Dalam fikirannya mula berfikir berbagai hadiah yang bakal dihadiahkan Baekhyun.

Beg? Bunga? Atau barang kemas? Tersenyum sahaja dia dengan sabar menanti arahan matanya dibuka.

Baekhyun tersenyum manis. "Okay buka mata."

Laju Sarang membuka matanya. Dipandang Baekhyun, kemudian matanya meliar mencari barang di sekitar kawasannya. Atau mungkin Baekhyun sorokkan di belakang, tapi tangan suaminya mendepa padanya.

☑ Behind all the lies - BbhWhere stories live. Discover now