"Sarang, jangan banyak bergerak." Pesan Baekhyun apabila melihat isterinya seperti ingin bangun daripada pembaringan. Sudah berkali- kali dipesan wanita itu, tetap juga isterinya tidak mahu mengalah. Ada sahaja alasan yang diberi daripada Sarang supaya dapat menjauhkan diri daripada katil.
Sarang memcebik kecil. Menyampah dengan sikap Baekhyun yang baru ini. "Saya tahulah, saya nak duduk je." Permintaannya ditunaikan, semestinya bantuan daripada suaminya diperlukan.
"Mana Eunji dengan Saera?" Soal Sarang setalah suaminya duduk di atas kerusi, berhadapan katil. Dipandang wajah Baekhyun dengan penuh tanda tanya. Sebenarnya, dia terasa hati dengan dua kawan baiknya itu. Selama dia menginap di hospital ini untuk tiga hari, dua orang rakan baiknya itu tak pernah datang melawat.
Hari itu, dia hanya dapat tahu yang Suho oppa datang melawatnya. Tetapi sewaktu dia masih lagi tidak sedarkan diri. Itu pun, Saera tidak mengikut sekali. Dengar daripada Kai yang Saera sudah selamat. Manakala tiada satu berita daripada mereka tentang Eunji. Bahkan suaminya hanya diam apabila soalan tersebut dilontarkan.
Tidak tahu sama ada kali ini Baekhyun bakal mempinggirkan soalannya seperti yang sebelum ini.
"Sarang, rehat ya?" Pujuk Baekhyun. Tangannya mengusap rambut Sarang lembut. Bukannya dia tidak mahu memberitahu Sarang, tapi sekarang masanya tidak sesuai. Dia takut jikalau isterinya terlampau ikut perasaan dan stress apabila hal ini diceritakan.
Dia masih lagi tak bersedia. Apatah lagi Eunji itu kawan baik isterinya daripada zaman sekolah. Bahkan kedua orang tua Eunji ada menyatakan yang hal ini perlu dirahsiakan. Sekurang- kurangnya beri masa pada Sarang untuk sembuh sepenuhnya.
"Awak?" Panggil Sarang. Pelik melihat Baekhyun yang asyik menolak soalannya. Kalau sebelum ini dia masih boleh terima, tapi apabila banyak kali juga lelaki ini berdiam diri, dia tidak mampu bertahan. Lelaki ini seperti menyorokkan sesuatu daripadanya.
"Awak ada sorokkan apa- apa ke?"
"Sarang tidur ya, Hyun nak balik. Esok Hyun ada meeting pukul 10."
Sah lelaki ini ada sorokkan sesuatu daripadanya. Laju lengan lelaki itu dicapai, tidak membenarkan Baekhyun meninggalkannya tanpa menjawab soalan.
"Sara-"
"Hyun. Baik awak beritahu cepat, sebelum saya tanya orang lain." Ugut Sarang. Dipandang mata Baekhyun lama sambil giginya diketap kuat. Geram dengan perangai suaminya yang berahsia.
"Kalau awak tak nak bagi tahu saya, jangan datang melawat lagi."
Baekhyun pejam mata dengan erat. Berat sangat ugutan Sarang padanya. Dia perlu merahsiakan hal tersebut daripada isterinya. Kerana sayanglah dia lakukan semua ini. Tidak mahu isterinya terus- terusan menyalahkan diri atas kematian Eunji.
"Lain kali Hyun cerita. Bila Sarang dah sembuh." Baekhyun masih lagi dalam percubaan memujuk. Harapnya menjadilah apa yang dilakukannya sekarang.
Wajah Sarang berubah masam lantas lengan Baekhyun dilepaskan. Sakit hati dengan suaminya. Dengan dia pun mahu berahsia. Seperti dirinya orang luar sahaja.
"Please sayang?"
Mendengar suara Baekhyun bertukar lembut seperti merayu, dia menghembus nafas berat. Menyesal dengan kata yang bakal keluar dari mulutnya. "Okay.. " Senang sahaja dia tergoda dengan pujuk rayu Baekhyun. Tak kiralah dia dalam mood sedih, marah atau geram sekalipun pada Baekhyun, lelaki ini masih berjaya dengan taktiknya.
"Good, Sarang rehat. Hyun balik rumah. Okay?"
Sarang mengangguk kecil. Bibir dilakarkan senyuman nipis apabila terasa kucupan hangat singgah di dahinya buat beberapa saat. Rindu dengan ciuman itu walaupun Baekhyun tidak pernah lupa berikan ciuman pada dahinya. Entah, dia sendiri tidak tahu dengan perasaan yang dia rasakan sekarang. Seperti perasaan takut akan kehilangan seseorang.
"Hyun balik dulu. Night." Bisik Hyun sebelum lampu bilik yang menempatkan Sarang dipadam.
"Night." Balas Sarang dengan lambaian ditangan. Bilik tadi yang cerah dengan cahaya lampu kalimantang bertukar dengan cahaya lampu tidur yang malap.
Telefon yang disorokkan di bawah bantal dikeluarkan. Kini, dia perlukan perkhabaran daripada Eunji dan Saera sahaja sebelum dia masuk tidur. Tidak nyenyak tidurnya apabila kedua- dua temannya senyap.
Nombor Eunji ditekan. Kemudian telefon dilekapkan pada telinga kiri. Menanti untuk wanita itu mengangkat panggilannya. Tetapi hampa apabila suara talian terputus, seperi Eunji sudah mematikan telefon.
"Ishh.. Biasa sangat buat macam tu." Rungut Sarang. Sudah biasa dengan perangai Eunji yang suka meletakkan telefon dalam mode airplane atau dimatikan sewaktu charge. Konon mahu cepat penuh, tetapi apabila waktu seperti ini, susah dia ingin menghubungi wanita itu.
Tak dapat Eunji, Saera pula menjadi sasaran keduanya. Haraplah yang rakan seorang ini tidak sibuk. Manalah tahu kalau-kalau sibuk dengan hal perkahwinan sampai tak sempat ingin melawat rakannya di hospital. Yalah, mereka sudah berjanji untuk berkahwin setelah Saera mencapai hasratnya untuk memeliki title 'doktor' di hadapan nama serupa dengan bakal suaminya.
"Hello?"
Panggilan yang berjawab membuatkan Sarang senyum dengan lebar. Laju dia membalas sapaan daripada rakannya. "Saera, kenapa kau tak datang lawat aku?" Rengek Sarang seperti anak kecil. Saera pantang apabila dia melakukan perangai seperti itu. Perangai mengada-ngada.
"Maaf Kak Sarang, ni bukan Saera unnie. Ni Aira."
Sarang ketawa kecil, segan apabila adik perempuan Saera mendengar suara mengada-ngadanya. Selalunya dia akan berani apabila dengan dua orang rakannya serta kedua orang tuanya. Bagaimana dia tidak sedar akan perbezaan suara Saera dan Aira.
Kelakar. Rasa ingin dihempuk diri sendiri kerana kesilapan kecilnya. Tak mengapalah, janji dia sudah dapat menghubungi wanita itu.
"Sorry tadi, unnie fikir Saera. Mana dia?" Soal Sarang tidak menyabar. Dia perlu bercakap dengan rakannya itu. Sejak dia sedar daripada koma pendeknya, dia terasa seperti hubungan mereka agak jauh. Terasa lama mereka tidak berjumpa.
Senyum sahaja dia apabila telinga disambut dengan gelak halus Aira. Pasti sedang memahami situasinya sekarang. "Tak apa Sarang unnie. Aira tak kisah. Tentang Saera unnie, Suho oppa tak ada beritahu ke?"
Mendengar soalan tersebut, laju dia menggeleng kepala membalas soalan daripada Aira. Kemudian tersedar apabila Aira sekali lagi menegurnya. Bagaimana dia boleh terlupa yang mereka berdua bercakap melalui talian. "Tak, Suho oppa tak ada datang melawat unnie. Unnie tahu dia ada datang melawat, tapi waktu unnie belum sedar."
"Mungkin dia tak nak unnie risau."
"Risau tentang apa?" Memang benar sangkaannya. Terlalu banyak rahsia yang cuba disorokkan oleh ahli keluarganya, kawan Baekhyun serta suaminya. Ada sahaja alasan yang diberi untuk dielak daripada berterusan ditanya oleh Sarang.
"Dengan keadaan Saera unnie."
"Kenapa?"
Terdengar keluhan keluar daripada mulut Aira melalui corong telefon. Lagi menambahkan rasa tidak puas hati apabila Aira bertindak sedemikian. "Wae?" Soalnya seakan mendesak. Dia benar- benar ingin tahu dengan keadaan Saera. Mendengar akan keluhan Aira, dia tahu perkara itu tidak enak untuk didengarnya.
"Ini pun Suho oppa tak ada beritahu ke?"
"Tak."
"Ish, gilalah Suho oppa ni." Katanya seakan merungut.
"Kenapa Aira?"
"Saera unnie trauma."
Terbuka luas matanya dengan pengakuan daripada mulut adik Saera. Terkejut dengan apa yang terjadi pada rakan baiknya. "W-wae?" Kenapa dia rasakan ini berpunca daripada kesalahannya. Tidak sedap hati dengan apa yang ada di fikirannya.
"Dia trauma selepas kes penculikan tu."
----
# maaf dh lama x update sbb saya x bukak wattpad sngt selama ni.. 😥😥
# saya akn cuba update satu lagi bab klu berkesempatan dlm mse yg terdekat...Ok bye 👋
YOU ARE READING
☑ Behind all the lies - Bbh
FanfictionSebenarnya disebalik semua Pembohongan dia Tersimpan banyak rahsia