Aku termenung panjang, memandang ke luar rumah sambil memikirkan Baekhyun. Bukan kerana aku teringat dia kerana rindu, tapi kerana risau penerimaan orang tuaku. Macam mana agaknya reaksi mereka berdua apabila melihat Baekhyun. Daripada hari semalam aku balik rumah dan beritahu kedua orang tuaku, hanya omma yang terlampau gembira kerana aku akan membawa pulang 'bakal menantu' untuknya. Appa pula hanya senyap.
Betullah cakap Baekhyun yang aku ni pelupa. Nasib baik aku sempat nak beritahu. Kalau aku terlupa sampai hari ni, habis kena sindir lagi.
Sampai ke hari ini appa tak pernah buka cerita tentang Baekhyun. Hanya omma yang beria-ia. Dan ini menambahkan lagi kerisauanku. Macam mana kalau appa tak setuju Baekhyun jadi suami aku? Aku mengeluh.
Aish! Baguslah. Lagi aku suka, tak payah aku susah payah kahwin dengan dia. Senang cerita. Yang kau susah hati sangat kenapa? Nak sangat ke kahwin dengan dia?
"Teringatkan siapa?" Wajah tuan punya suara yang menegur aku pandang. Benci aku bila melihat senyuman yang terlakar cantik di wajah omma. Bukan aku tak tahu maksud di sebalik senyuman itu.
"Teringatkan Saera. Dia buat apa agaknya dekat rumah." Aku mengeluh halus. Sengaja nak buat gimik, nampak juga yang lakonan aku menjadi.
"Dia tahu jaga diri sendiri. Saera bukan budak kecil. Dah besar. Lagi matang daripada kamu." Aku mengangguk kepala, menyetujui apa yang diutarakan omma. Sangat bersetuju. Tahulah dia nak jaga diri sendiri. Aku pun bukannya rajin sangat nak telefon dia selalu, tunggu ada credit, aku call.
"Bila boypriend kamu nak datang?"
Aku ketawa kecil bila omma bersungguh-sungguh bercakap dalam bahasa omputih. "Omma, boy'f'riend. F bukan p."
"Sama jelah. Bila dia nak sampai?"
"Kejap lagi dia sampailah." Balasku malas. Bukan main teruja lagi omma bila Baekhyun nak datang rumah hari ini. Macam-macam jenis makanan omma masak hari ini, kalau bukan kerana ada pembantu rumah yang menolong mengemas rumah, aku tak rasa omma sempat nak buat semua ini.
"Telefonlah dia."
"Tak payah. Nanti dia dah sampai, pandai-pandailah dia call."
"Kamu ni betul ke nak kahwin dengan dia? Macam tak teruja je?"
Tahu pun omma yang aku tak teruja. Memang, Sarang tak nak kahwin dengan dia! "Eh, mana ada omma ni. Mestilah Sarang nak kahwin dengan dia, cuma Sarang nak dia berdikari."
"Dia baru first time datang sini. Omma takut dia sesat."
Baguslah kalau dia sesat. Biar dia berputus asa nak cari rumah aku. "Nak sesat apa, rumah kita bukannya jauh masuk ke dalam hutan. Tepi jalan je. Tanya orang kampung mana rumah Puan Jung, semua dah tuding jari tunjuk arah." Memang itu kenyataannya. Sebab semua dah kenal siapa Puan Jung dan Encik Jung. Orang bangsawan di kampung ni, mereka berdua sa-ha-ja. Aku tak.
"Handphone kamu bunyi. Angkatlah." Aku memandang dari jauh telefon aku yang berada di atas meja. Tahu benar siapa yang telefon dalam keadaan macam ini. Siapa lagi kalau bukan mamat tukang sindir tu. Nak tak nak, kena jawab juga.
"Hello." Jawab aku malas.
"Aku dah sampai depan rumah kau."
Tak sempat nak balas apa-apa, macam biasa. Terus diputuskan talian. Inilah Byun Baekhyun yang aku kenal, kalau yang hari itu, aku syak dia kena sampuk dengan jin baik.
"Omma, kekasih Sarang dah sampai." Tergeliat lidah aku bila sebut 'kekasih'. Nasib baik tak sampai terikat lidah aku, ada yang aku masuk dalam 'Guiness book of world record' sebab satu-satunya manusia yang mempunyai lidah yang terikat.
YOU ARE READING
☑ Behind all the lies - Bbh
FanfictionSebenarnya disebalik semua Pembohongan dia Tersimpan banyak rahsia