Sarang
Kekok, janggal. Itu apa yang aku rasa sekarang. Semalaman aku tak dapat tidur gara-gara penangan ayat cinta daripada Baekhyun. Semua yang dia luahkan ikhlas dan jujur, dan aku tak nampak yang dia sedang cuba untuk menyakat aku.
Kopi untuk Baekhyun aku bancuh, aromanya memang wangi tapi disebalik baunya yang harum, terselindung rasa yang sungguh pahit. Dan itu yang aku mahu cakap, aku takut kalau-kalau Baekhyun hanya ingin mempermainkan perasaan aku.
Leka, sampai tak perasan yang Baekhyun sudah lama duduk di kitchen island menunggu aku untuk makan sekali dengannya. Sebab apa yang aku lihat, dia masih lagi tak sentuh sarapan yang aku masak.
"Good morning." Ucapnya dengan senyuman lebar ditambah dengan gula untuk memaniskan senyumannya. Sungguh. Dia nampak kacak kalau sebegitu sehingga membuatkan aku turut terikut senyum.
"Morning." Mug berisi air kopi diletakkan bersebelahan pinggan makannya sebelum aku duduk bersebelahannya.
Senyap. Hanya bunyi garfu dan pisau yang berlaga menunjukkan tiada isu atau topik yang ingin dibualkan.
"Sarang.. "
"Hmm.. " Suapan diteruskan. Menanti Baekhyun untuk berbicara.
"Saya ingat nanti hujung minggu nak balik rumah omma, kalau awak tak kisah?"
Omma. Bila cakap pasal omma, gerun pula aku rasa apabila omma menuduhku yang aku tak menjaga anaknya dengan sempurna walaupun sebenarnya itu betul. Sehinggakan aku menyediakan susu dan roti sandwich mentega kacang untuknya.
Isteri yang teruk.
"Tak."
"Awak okay?" Suaranya kedengaran risau. Sepertinya sedang mengambil berat tentangku.
"Okay."
Sekarang, aku rasa seperti diri aku Baekhyun. Melayan dia dengan perasaan acuh tak acuh. Kasihan dia.
"But you sound the opposite." Duganya.
Garfu yang aku gunakan untuk menguis telur aku letak di atas pinggan sebelum berpaling menghadapnya. Dia yang melihat aku melakukan sebegitu turut melakukan hal yang sama.
"Hyun."
Dia menaikkan kening kanannya, seperti bertanya kenapa.
Aku tarik nafas dalam. "Tentang semalam."
Aku lihat dia beriaksi dengan tenang, seperti tiada apa yang berlaku sedangkan aku yang jadi gelabah, gelisah, tak tentu arah selagi aku tak tahu kalau semalam itu benar-benar luahan daripada isi hatinya, atau sekadar ingin memujukku.
"Awak, awak betul-betul maksudkan, atau just playing a game or a dare ke?" Sedikit berhati-hati sewaktu aku menyebut tentang hal ini, tidak mahu terjadi sesuatu yang buruk. Seperti akan tercetus perang antara aku dan dia.
Dia senyap sambil matanya memaku pada mataku seperti malam tadi. Dan seperti malam tadi, ada sesuatu yang bercambah dalam hati aku membuatkan aku tertarik untuk memandangnya lebih lama tapi dalam masa yang sama aku cuba untuk mengelak pandangannya. Sungguh aku rasa berdebar, segan apabila ditenung sebegitu.
"Hyun.. " Panggilku, cubaan untuk menyedarkan dia. Dan juga diriku daripada tidak terhanyut dengan renungannya.
"Sarang, apa awak rasa bila saya pandang awak macam tu?"
Hoh? Apa punya soalan dia ni? Takkan aku perlu jujur dengan dia? Seganlah.
"Ta- tak rasa apa-apa." Bagus, tak feeling something tapi cakap tergagap. Nampak pembohongan, nak tipu lelaki yang bernama Baekhyun. Yang pernah menjadi pasangan kekasih aku selama empat tahun, cinta pertama pula tu. Tak ke pandai namanya tu?
"Tipu."
Aku mencebik sambil mata memandang tempat lain. Dah tahu tu, tak payahlah tanya lagi.
"Jujur dengan saya Sarang."
Suaranya yang lembut membuatkan aku tertarik untuk memandangnya semula. Aku mengeluh lemah. "Saya rasa, berdebar. Dalam masa yang sama, takut. " Jujurku. Dah nama pun Byun Baekhyun, senang sangat aku jujur dengan dia. Mudah sungguh aku bercerita dengannya.
Dia tersenyum, suka dengan jawapanku. Tangannya naik mengusap pipi aku menambah getaran dalam jiwaku. Pandangan kami bertaut sekali lagi. "Jadi, saya akan buat rasa debar itu kekal dan tukar perasaan takut kepada gembira dan teruja."
"Cinta." Sambunngnya lagi.
Aku tersenyum, spontan.
"Dah, cepat habiskan sarapan." Musnah mood romantik aku.
"Jangan tarik muncung, I afraid that I might take an El today." Suaranya berbaur nakal dan sedikit mengusik. Terus aku tundukkan wajah dan memasukkan makananku ke dalam mulut. Meremang aku jadinya bila muncul suaranya seperti itu.
Dia ketawa kecil, senang dengan sikapku yang berubah malu. Aku turut tersenyum dalam diam apabila mendengar tawa Baekhyun. Rindu dengan zaman sekolah. Kalau betul Baekhyun benar-benar cintakan aku, apa salahnya aku cuba untuk membalas cintanya.
----
Tanganku sibuk mengagih kertas-kertas lakaran masuk ke dalam fail yang sepatutnya dan yang selebihnya aku letak ke tepi. Ada sedikit pembetulan yang ingin dibuat.
Tok! Tok!
"Sarang.. " Kepalaku mendongak, memandang Hyori yang hanya menjengah ke dalam bilikku.
"Kenapa?"
"Ada orang nak jumpa."
Keningku bertaut, selalunya kalau ada sesiapa yang ingin berjumpa denganku pasti mereka akan memberitahuku dulu. "Siapa?" Soalku ingin tahu.
"Dia cakap kawan lama kau. Aku lupa pula nak tanya nama dia."
Kawan lama?
"Hmm.. Okay." Kerjaku ditinggalkan sebentar sebelum aku mengangkat punggung bergerak ke pintu yang masih lagi ada si Haera.
"By the way, handsome kawan lama kau." Bibir Hyorin dah tersenyum gatal.
Aku menjelingnya sebelum lengannya aku cubit. "Husband kesayangan kau nak letak mana?"
"Letak dalam hati. Kawan lama kau tu letak dalam minda." Ada je gurauan dia yang tak kena tempat, dengar dek suami dia memang seminggu kena pujuk.
Hyorin turut mengikutiku turun ke bawah. Ingin berjumpa dengan kenalan lama yang diberitahunya.
Langkah kakiku menjadi perlahan selepas memandang seraut wajah yang aku kenal. Dia memandang aku dengan senyuman biasanya sambil tangan dilambai padaku.
Tak mahu Hyorin berfikir yang bukan-bukan, segera aku menstabilkan emosiku sebelum kembali bergerak ke arahnya. Senyuman lebar cuba dilakarkan supaya tiada syak wasangka yang timbul.
Terkejut. Itu keadaan yang aku boleh gambarkan, kalau boleh aku tak mahu berjumpa dengannya lagi. Takut yang Baekhyun akan berfikir bukan-bukan kalau aku dengan dia masih lagi berhubung.
"Sarang. Long time no see. How are you?" Mulanya dahulu apabila aku berdiri berhadapan dengannya.
Aku tersenyum kecil. "Saya sihat. Awak sihat?"
Dia mengangguk sambil bahunya dijongketkan. "Macam nilah. Sarang, boleh tak kalau kita berbual. Dah lama saya tak berbual dengan awak. So many things that I want to tell you."
"Sure. Oh, by the way. Ini Hyorin, rakan bisnes saya." Nasib baik aku ingat pada Hyorin yang masih lagi setia berdiri di sebelahku.
"Dan ini, Taehyung. Kawan lama aku."
----
# yay!! Another character dah muncul..
Meet Taehyung!!
YOU ARE READING
☑ Behind all the lies - Bbh
FanfictionSebenarnya disebalik semua Pembohongan dia Tersimpan banyak rahsia