Diketuk pintu bilik kerja tunangnya. Sekali, dua kali. Masih tidak berjawab, dia mengalah.
Mungkin tunangnya berada dalam bilik bedah.
Telefonnya dikeluarkan, sepotong ayat dihantar melalui mesej. Menunjukkan yang dia menunggu di kafe hospital.
Dia mengeluh perlahan. Kemudian langkahnya disambung kembali, kali ini mula bergerak ke pintu lif yang tertutup. Ingin ke kafe yang berada di tingkat bawah.
Terbuka pintu lif, matanya bertembung dengan mata seseorang yang paling dia kenali.
Byun Baekhyun.
"Baek? Apa awak buat dekat sini?" Soal Saera sedikit curiga. Dahinya berkerut dengan jelas, memandang Baekhyun yang seorang diri berada di hospital.
Baekhyun keluar dari kotak lif. Membalas renungan Saera. Sedikit terkejut melihat wanita itu di situ, walaupun dia tahu yang ini adalah aras wad kanak-kanak. Di mana Suho bekerja di sini.
Wanita itu mula memikirkan yang bukan-bukan apabila Baekhyun tidak membalas soalannya.
"Aku-nak jumpa Suho hyung." Balas Baekhyun.
"Dia dah janji ke nak jumpa awak?" Soal Saera, cuba mencampakkan bait.
Baekhyun angguk kecil. Tak sedar yang dirinya terperangkap dengan permainan Saera.
"Tapi Suho oppa tak ada dalam bilik."
Baekhyun terdiam. Memikirkan jawapan yang perlu dia balas. Tak sangka yang dia bakal tertangkap dengan Saera.
"Erm... Aku dah janji dengan dia. Dia dah tahu." Beritahu Baekhyun. Untuk yang sebenarnya, dia bukan ingin ke aras ini, dan niatnya bukan ingin berjumpa dengan Suho.
Selama dia datang ke sini sebelum-sebelum ini, tak pernah lagi dia terserempak dengan Saera. Entah kenapa nasib malang dia hari ini apabila terjumpa tunang Suho. Bukan dia tak tahu yang Saera ini suka menyelidik.
"Erm... Okay." Balas Saera bersahaja. "Apa kata kita tunggu dia sama-sama, saya dah mesej dia yang saya tunggu dia dekat kafe." Cadang Saera, punat lif untuk turun ke bawah ditekan sekali lagi, kemudian memandang Baekhyun. Menanti pelawaannya untuk diterima.
Baekhyun mengeluh kecil, sebelum dianggukkan kepalanya. Berat hatinya untuk menerima pelawaan Saera, tapi demi mengelakkan rahsianya pecah, dia terpaksa.
"Jom." Ajak Saera apabila pintu lif terbuka.
---
Hari ini dia sepatutnya pergi bekerja, tetapi kerana bulan hadapan dia ada pameran fesyen di London, dia mengambil peluang ini untuk duduk berehat di rumah.
Minggu hadapan, dia akan mula sibuk dengan persiapan pameran fesyen. Air berkarbonat perisa oren dibawa bersama semangkuk bertih jagung. Kakinya melangkah ke ruang tamu. Diletakkan kedua-dua barang di tangannya ke atas meja. Kemudian dicapai alat kawalan jauh dan ditekan punat on.
Semalam Baekhyun dah janji dengan dia, nak keluar lunch sama-sama. Tapi sekarang dah pukul 11 lebih, mesej daripada Baekhyun dia masih tak dapat lagi. Itu yang sekarang dia hanya berseluar track dengan baju T-shirt. Tak percaya sangat dengan Baekhyun.
Teruja dengan jalan cerita, sampai tak sedar yang mangkuk berisi bertih jagung sudah kosong. Malas pula rasanya nak buat yang baru. Tapi digagahkan juga dirinya, berjalan ke dapur dan mencari paket bertih jagung yang baru.
Baru sahaja nak masukkan paket tersebut ke dalam oven, telinganya terdengar bunyi loceng rumahnya.
"Sekejap." Laju dia bergerak ke pintu rumah. Tombol pintu dipulas sebelum dia mendapati seorang lelaki berhelmet dan juga sejambak bunga ros di tangannya.
YOU ARE READING
☑ Behind all the lies - Bbh
FanfictionSebenarnya disebalik semua Pembohongan dia Tersimpan banyak rahsia