10 preparation

554 60 0
                                    

Ini semua gila, gila, gila!

Aku tak tahu nak sorok muka aku dekat mana. Byun Baekhyun memang dah tak betul, dia memang dah gila. Kalau boleh aku nak hantar dia ke hospital yang dipenuhi dengan orang seperti dia.

Lepas dia lamar aku macam tu, aku dah terkejut gajah. Pucat terus wajah aku tak campur lagi dengan tompok merah yang muncul dekat pipi aku. Aku ingat nak tolak je lamaran dia, biar dia malu. Tapi bila perasan yang Eunji ada di sebelah aku dan perasan dengan pandangan yang diberi pada Baekhyun membuat aku berfikir dua tiga kali sebelum dengan berat hatinya aku menerima lamaran lelaki itu.

"Tahniah Sarang. Tak sangka aku yang jodoh kau dengan Baekhyun kuat." Ramai cakap macam tu, mereka macam tak percaya yang aku dan Baekhyun kembali bersama.

Heh, macam mana nak percaya, kalau aku sendiri pun tak percaya apa yang berlaku pada aku!

Aku cuma tersenyum sambil menahan geram yang teramat dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan sekolah. Bukannya aku menyampah bila diorang ucap tahniah, tapi ya! Memang aku menyampah.

Terasa ada sesuatu yang tak sepatutnya ada di pinggang aku sebelum aku dapat rasakan bibir seseorang menyinggah di pipi aku. "Hei sayang, jom kita balik." Sesuka hati dia je buat aku macam aku buah hati dia. Dia fikir lepas aku cakap 'ya', dia boleh buat apa yang dia suka?

Tak boleh! Sama sekali tak boleh. Balik ni, memang aku sental pipi aku guna clorox. Biar hilang bakteria daripada melekat di pipi aku.

Eunji pun satu hal, macam mana entah tiba-tiba dia ada emergency. Waktu-waktu macam ini dia kena balik awal. Geram aku!

Hayoung dengan Hyunseung dah ketawa, bagi mereka kami berdua nampak pasangan comel. Tapi aku dapat rasakan yang diri aku terbakar. Kalau aku dalam cerita kartun, memang dah boleh nampak asap keluar dari telinga aku.

"Kalau macam tu, aku balik dulu."

"Hati-hati."

"Hyunseung, aku balik dulu. Happy ber- honeymoon." Lengan Baekhyun yang memang sedia ada di pinggang aku menarik aku keluar daripada dewan. Bila dah sampai ke kereta aku, lengan dia segera aku tolak daripada berpaut di pinggang aku.

"Awak teruk!" Hamburku.

Aku rasa sakit hati. Tak semena-mena aku rasa macam nak menangis. Kakiku menghentak kasut tumit yang aku pakai di jalan tar, tak puas hati. "Awak, awak dah gila Baekhyun."

"Apa yang awak cuba buat?!" Wajah dia yang memang tak ada rasa serba salah aku pandang lama.

"Jangan sandar dekat kereta saya!" Jeritku apabila dia masih lagi bersandar pada kereta aku. Tubuh dia aku tolak sekuat hati, walaupun dia tak terjatuh macam aku harapkan, sekurang-kurangnya aku berpuas hati bila dapat tolak dia.

"Kau menangis Sarang. Terharu?"

Tak perasan yang air mata aku dah mengalir laju. Bila ditegur, segera aku seka dengan kasar. Takkan sesekali aku menangis di depan Baekhyun. Rasa macam aku terlalu lemah.

"Tak guna."

"Kau tak sesuai bila cakap kasar."

"Bencinya!"

Aku tak tahu kenapa semua yang keluar daripada mulut dia menyakitkan hati aku. Tengok bibir dia tersenyum sinis seolah-olah mengatakan yang aku sudah kalah dengannya. Rasa seperti aku tunduk dan menjadi hamba pada dia.

"Ini." Aku dapat rasakan yang tangannya mencapai tangan kiri aku sebelum jari manisku disarung cincin emas putih.

"Apa ni?" Soalku apabila terasa diri dah mampu untuk bertenang.

"Cincin." Aku mengeluh dengan jawapan dia yang terlalu ikut skema jawapan.

"Saya tahulah, tapi untuk apa?"

"Untuk menunjukkan yang kau dah berpunya. Aku tak nak lepas ni kau terlupa yang kau ni dah nak kahwin."

Panas hati aku. Kalau bukan ada orang yang tiba-tiba datang ke keretanya yang diparkir bersebelahan kereta aku, memang dah lama aku langgar Baekhyun. Biar dia koma, atau lupa ingatan. Tak payah susah-susah aku nak kena kahwin dengan dia.

"Awak pasti ke nak kahwin dengan saya?" Dugaku apabila kereta yang bersebelahan keretaku bergerak meninggalkan kotak kuning.

Dia angguk sekali. Yakin!

"Tak takut saya kikis harta awak?"

Melihatkan dia senyap tiba-tiba membuatkan aku hampir tersenyum gembira sebelum angan-angan yang aku ingin kecapi lupus bila dia dengan berjayanya lawan balik.

"Kikis je banyak mana yang kau nak sebab aku pun tak tahu nak buat apa dengan duit yang aku ada."

"Tak takut ke kalau saya curang dengan awak?"

"Cubalah, aku pun akan curang."

"Ayah saya garang."

"Jadi?"

"Tak takut ke kalau ayah saya tolak awak?"

"Dia akan suka."

"Yakinnya?" Aku mencebik halus. Menyampah dengan keyakinan yang dia pamerkan, seolah-olah aku dapat bayangkan yang dia akan berjaya buat ayah aku suka dia.

"Sebab kau dah tua, mesti ayah kau setuju bila kau bawa balik bakal menantu."

Mata aku terbuntang luas apabila telinga dapat menangkap jelas perkataan 'tua' yang ditujukan kepada aku. Kalau boleh disukat suhu badan aku, aku rasa dah cecah 100 darjah selsius. Berani dia cakap aku tua! Habis kalau aku tua? Dia tu?

"Awak pun tua juga. Lagilah, tua dua tahun."

Aku tak tahulah kalau aku kalah juga kali ini, aku nak balik. Biar aku hasut ayah dengan ibu aku supaya reject lelaki yang bernama Byun Baekhyun. Terus letak dalam senarai blacklist.

"Aku tak apa, aku lelaki."

Huh! Aku mencebik sekali lagi. Gender discrimination.

"Dah, saya nak balik." Kunci kereta daripada beg tangan dikeluarkan. Dah bersedia nak balik, tapi bila mengenangkan ada orang tak betul masih lagi berdiri di hadapan pintu bahagian pemandu, membuatkan aku berpeluk tubuh.

"Boleh ke tepi tak? Saya nak balik."

"Aku nak ingatkan kau sekali lagi. Kau dah terima lamaran aku, officially perjanjian antara kita deal. Kalau kau langgar peraturan yang aku tetapkan. Kau yang tanggung."

Aku tercengang di hadapan Baekhyun. Sekali lagi aku tercengang, mana aku ingat syarat-syarat dia. Hari itu, aku baca sepintas lalu, tak ada masa nak ingat syarat bodoh tu, tak sangka pula benda alah tu penting sampai macam ni sekali.

"Nanti hari Isnin ni, aku ambil kau. Pukul 10 pagi. Sharp!."

Aku meneguk liurku kasar bila Baekhyun bersuara tegas seperti itu. Aku dapat rasakan aura negatif daripada Baekhyun akan mendampingi aku. Sentiasa mengawasi aku.

"Ara!" Balasku kasar.

"Good, see you later my-wife-to-be." Dia tersenyum sinis sebelum meninggalkan aku yang sudah rasa terbakar.

Tak guna!

☑ Behind all the lies - BbhWhere stories live. Discover now