01 Fall in love again?

957 70 0
                                    

Aku ketuk perlahan pintu kelas 4A-1 dengan bibir yang tersenyum lebar. Rambut yang terjuntai di dahi aku rapikan menggunakan tangan kiri aku yang kosong. Tangan kananku menggenggam erat beg kertas yang mengandungi bekas makanan.

"Baek, awek kau datang."

Aku menahan malu apabila Chanyeol, kawan kepada Baekhyun menggelar diri aku kekasih Baekhyun. Walaupun itu adalah kenyataan yang sudah lama berlaku. Tapi aku tetap rasa segan.

Baekhyun yang daripada tadi tak mengangkat muka daripada buku yang dipegang terus mendongak. Memandang aku sebelum tersenyum manis dan mata kirinya dikenyit.

Bibir aku dikemam supaya senyuman yang terlakar di bibir tidak kelihatan.

Dia berjalan mendekati aku dan menarik aku berjalan menjauhi kelasnya. Sampai di tangga, dia berhenti dan mencuit hidungku.

"Wae?" Soalnya dengan nada yang dibuat-buat seperti mengada.

"Ini" Bekal dihulur di hadapan Baekhyun. "Untuk oppa."

Dia tersenyum manis sambil tangan mengelus rambut aku. "Khaja" Lengan aku dicapai. "Kita makan sama-sama."

Aku angguk dan tersenyum lebar. Dia tak pernah buat aku sedih.

---

Aku pandang lelaki di hadapanku dengan pandangan kosong sebelum mata memandang pelayan lelaki yang menghidangkan minuman kami.

"Kamsahamnida" Ucapku seraya menunduk sedikit.

Gelas yang berisi jus tembikai aku capai dan disua straw ke dalam mulut.

"Setahu saya, Encik Baekhyun hanyalah model yang hanya memperagakan pakaian saya. Jadi saya tak nampak kaitan antara Encik Baekhyun dan saya sampai kita perlu bertemu macam ni." Terangku selepas gelas tersebut aku jauhkan daripada mulut.

Matanya yang daripada tadi memandang aku dicari. Cuba mencari objektif kenapa dia beria-ia sangat nak jumpa aku.

"Sarang." Benci aku dengar dia memanggil namaku sebegitu. Mengingatkan kembali pada peristiwa yang aku sudah lupakan bertahun lamanya.

"Staright to the point."

"Saja nak jumpa. Rindu"

Aku mencebik menyampah. Dia yang sedang bersandar di kerusinya memandang aku sambil tersenyum senget. Perwatakan yang sangat berbeza sewaktu aku kenal dia di sekolah dulu.

Dulu dia baik.

Sekarang perangai dia berlawanan. Sangat berbeza.

"Tapi saya tak nak jumpa awak. Saya tak rindu awak." Balasku bersahaja.

Dia cuma tersengih sinis. Seperti tidak terkesan dengan ayat aku. "Ermm.. "

"So, kau nak cakap yang aku seorang yang rindukan kau?"

Aku mengangkat bahu. "Entah."

Jawapan aku disambut dengan gelak tawanya. Kedengaran seperti sarkastik. Aku pandang dia dengan geram. Gigi diketap kuat. Entah kenapa, hati aku rasa sakit dengan ketawanya.

"Dear love, aku cinta pertama kau. Tak mungkin yang kau senang-senang nak lupakan aku." Dia berkata dengan begitu yakin.

☑ Behind all the lies - BbhWhere stories live. Discover now