Berkelip-kelip mata aku memandang villa keluarga yang dimiliki oleh mama ada di hadapan aku. Terasa seram sejuk aku dibuatnya apabila mengenangkan perbualan dalam talian tempoh hari. Takut benar aku, apatah lagi dituduh tidak menjaga Baekhyun dengan sebaiknya.
"Jom masuk sayang." Ajak Baekhyun sambil tangan kirinya menghulur padaku, meminta aku berpimpin tangan dengannya. Manakala tangan sebelahnya penuh dengan beg roda yang mengisi baju kami.
Tangannya aku sambut sebelum kami beriringan masuk ke dalam rumah. Baru sahaja kaki nak jejak atas lantai rumah, kami disambut dengan jeritan yang kuat.
"Baekhyun sayang... " Jerit omma tidak jauh daripada kami, aku lihat dia baru keluar daripada ruang makan yang memisahkan antara ruang tamu dan ruang dapur.
Aku tahu kenapa omma selalu manjakan Baekhyun. Dia takut dia akan kehilangan anak kedua dia sama seperti anak sulungnya. Sebab itu, memang sayang betul dia dengan Baekhyun.
"Omma." Panggil Baekhyun sebelum dia melepaskan tangan aku. Laju dia berjalan ke arah omma meninggalkan aku yang masih lagi berdiri di depan pintu rumah. Tak lupa juga bagasi ditinggalkan di sebelahku.
Dasar anak omma! Bagasi tersebut aku capai sebelum melangkah ke arah mereka berdua yang sedang melakukan program jejak kasih. Bukannya aku tidak suka Baekhyun berperangai sebegitu, cuma cemburu sahaja lebih. Iri hati kerana Baekhyun boleh bertemu dengan ommanya. Aku pula?
Lama mereka berpelukan sehingga tak perasan aku ada di sebelah mereka. Jadi, aku terpaksa menjadi tugul menanti adegan anak dan ibu yang ada di sebelahku habis.
"Sarang." Gulp! Seram bila telingaku mendengar namaku dilaung oleh omma. Sepertinya aku bakal dimarahi sebab tak jaga anak dia betul-betul.
"Nae omma." Balasku seceria mungkin.
"Baek buat apa dekat Sarang? Dia marah Sarang ke?" Soal omma sebelum pipi aku diusap dengan penuh kelembutan. Aku tak tahu nak balas apa sebab mata dia penuh dengan pandangan kasih. Serta merta bibir aku mula memuncung. Mata aku mula menjadi sayu. Teringat omma dan appa aku di rumah.
"Kenapa ni sayang?" Soal omma risau apabila nampak muka aku mula berubah riak.
"Dia nak start dah." Usik Baekhyun. Dapatku dengar keluhan keluar dari mulut Baekhyun.
"Omma.. " Jeritku sebelum tubuhnya aku peluk dengan erat. Ketat supaya wanita yang ada di pelukanku tak lari.
"Ya sayang." Hangat pelukan omma berjaya mengingatkan aku pada ibu aku di rumah. Rindu dengan sentuhan lembutnya apabila dia cuba menenangkan aku. Tangannya yang mengusap belakangku dan sesekali mengusap rambutku membuat aku terbuai dengan sentuhan ibu.
"Hyun , Hyun.. Dia merajuk dengan Sarang. Sampai tak nak cakap dengan Sarang, tak nak makan apa yang Sarang makan. Sarang benci dia!" Ngaduku pada omma sambil air mata yang sudah mula bertakung. Wajah omma yang memandang aku dengan pandangan lembut membuatkan aku dengan senang menceritakan segalanya. Sama seperti apa yang aku buat pada ibuku.
"Baekhyun!" Omma menukar pandangannya pada Baekhyun pula. Bibir aku masih lagi memuncung sambil memandang Baekhyun yang sudah kalut.
"Omma.. Baek tak sengajalah. Sarang.. Hyun minta maaf. Ok?" Dia pandang aku sambil kedua tangannya dilekapkan dan di bawa ke dada. Tanda meminta maaf. Aku tak tahu kenapa dia beria-ia nak minta maaf sedangkan omma cuma gertak.
"Hmm.. " Balasku, menunjukkan yang aku sudah memaafkannya.
"Dah, jom kita pergi dapur. Omma ada buat kek beras untuk Sarang." Tangan omma melingkar pada bahu aku. Menarik aku rapat padanya.
YOU ARE READING
☑ Behind all the lies - Bbh
FanficSebenarnya disebalik semua Pembohongan dia Tersimpan banyak rahsia