Veen's POV
Veen tu aku. Malikah Mahveen. Belit tak? Kisahnya, ada mak cik dan pak cik aku ni. Dia duduk arab, dialah yang bagi aku nama ni. Dia tak ada anak, so nak tumpang rasa ada anak. Maksud nama aku, Ratu Cahaya Matahari. Patutlah aku ni panas je. Hot gitu. Hotsss. Seksi. Hahahah!
"Kau kenapa buat aksi terlarang tadi?" tanya Qasih.
Lamunan aku terus terhenti.
"Apa?" aku membuat wajah tak faham.
"Pagi tadilah, siap peluk budak lelaki pula tu," kata Qasih.
"Ouuuhh! Tadi aku langgar dia. Tu yang aku tolong papah. Macam nak mati sangat tadi," kataku selamba.
"Tu tak kisahlah. Masalahnya.."
"Aduhh! Complicated hidup kau ni. Biarkan masalah tu. Life just once. Cool, enjoy. Tak mahulah masalah-masalah bagai," potongku.
"Boleh kasi aku habiskan dulu tak?" Qasih memandang aku geram.
"Okay, cakap," kataku bersahaja.
"Masalahnya, lelaki tu kau kenal tak siapa?" tanya Qasih.
"Kenal sangat! Dialah si Syaitan yang berdiri tengah jalan. Bukan tengah jalan. Tengah-tengah pintu pagar, tempat orang nak masuk! Setan betul!" makiku.
"Mulut dia ni lancang betul. Kalau dah kena tampar dengan aku. Point sekarang kau tak tahulahkan?" kata Qasih.
Aku yang sedang menilik wajah di cermin kecil, terus memandang Qasih.
"Cakaplah siapa budak tu," kataku.
"Kau ada dengar tak gosip-gosip budak form 6?" tanya Qasih.
"Baru-baru ni, kalau tak silap aku. Ada budak baru, bukan barulah sebab tiga tahun lepas dia sekolah dekat tempat ni. Then tahun ni dia sekolah sini balik," kataku.
"Lagi?" kata Qasih.
"Lagi aku dengar, budak tu pandai tapi sakai. Hahahaha! Tapi ada rumors juga kata yang dia ni handsome tapi dekat sekolah dia sengaja jadi sakai. Tak faham aku," kataku.
"Tu jelah kau tahukan?" kata Qasih.
"Apa benda la?! Cakap terus terang," marahku.
Geram pulak.
"Dia tu sebenarnya gangster sekolah! Lebih baik kau jangan jumpa dia lagi. Sebenarnya, dia sakai-sakai dekat sekolah biar orang takut dengan dia. Macam mana hal penting macam ni kau boleh tak tahu?!" Qasih bersuara cemas.
Aku memandang Qasih tanpa riak.
"Lantaklah tapi lain kali kalau aku nampak dia dekat tengah jalan, aku langgar kasi mati.Hahahahah!" aku sengaja ketawa mengilai.
"Jangan kau pula yang menyesal dan jangan cakap yang aku tak bagi amaran," kata Qasih.
Aku malas betul nak layan mood serius ni.
_____________________________________
"Veen! Dah balik! Bangunlah!" kejut Qasih.
"Ha? Dah balik ke?" tanyaku mamai.
"Aku gerak dulu. Mak aku nak ajak jalan petang ni," katanya lalu berjalan pergi.
Aku menguap dan kemudian mengeliat. Terasa seperti sleeping beauty.
"Balik! Balik!" kataku seorang diri.
Aku mengemas barangku dan berlalu ke luar dari kelas.
"Argh!!!!!!" jeritku kerana hendak terjatuh.
YOU ARE READING
Merah bukan nakal
General Fiction'Perlanggaran di depan pagar sekolah bukanlah satu kesilapan.' Mahveen gadis manja, nakal, degil dan riang. Dia sangat di sayangi oleh Aus. Mereka adalah kawan tapi layanan mereka lebih dari itu. Di mana Aus berada, Mahveen akan kejar tapi... Kerana...