Veen's POV
Dua buah kereta berhenti di tepi jalan.
"Qi, Inspektor Annuar nak jumpa," kata seorang anggota polis.
Rizqi memandang aku.
"Tak apa, Puan Mahveen kami hantar balik," kata seorang polis wanita.
Rizqi hanya mengangguk.
______________________________
Aku termenung sambil melihat langit malam.
"Puan okay?" tanya pengawai yang sedang memandu.
Aku menoleh dia yang sedang memandu di sebelah dengan segaris senyuman.
"Okay," jawabku sepatah.
"Puan ni betul-betul tabah. Memang sesuai dengan Rizqi," katanya.
"Boleh tak awak cerita kisah hidup Rizqi?" pintaku.
"Rizqi tu selalu jadi buah mulut kita orang. Inspektor Annuar, dia yang jaga Rizqi selama ni. Inspector tu kaya dan selalu curahkan kemewahan dia dekat Rizqi sebab inspector tu tak ada anak. Sejak permulaan pertemuan mereka, Rizqi tak pernah suka inspector Annuar. Jadinya, semua pemberian dan kemewahan ditolak. Senior kami pernah cerita yang Rizqi pernah menangis masa Inspector Annuar kena tembak ketika menjalankan tugasan. Tapi itulah, dia ego tak nak mengaku," katanya.
"Lepas tu?" tanyaku.
"Tak banyak sangat yang kami tahu. Pasal kes puan ni, tak ramai sangat yang tahu. Inspector Annuar betul-betul percayakan Rizqi. Kami dengar, Rizqi diberi kes ni sebab nak padam rekod buruk dia. Saya dengar, Rizqi boleh pergi lepas kes ni dah selesai. Rekod dia pun dah dipadam. Tak pasti pula macam mana," katanya.
"Rizqi boleh pergi?" tanyaku.
"A.ah. Kecoh juga dekat pejabat yang mengatakan Rizqi kena hantar luar negaralah. Saya tak tahu mana yang betul. Ada yang kata, lepas ni Rizqi dah tak boleh ada kaitan dengan polis. Tapi dia kena lepaskan apa yang dia ada sekarang. Kalau tidak, dia terpaksa bekerja dengan kami dan nyawa orang dia sayang akan terancam," katanya.
Aku memandang ke luar tingkap. Antara tu memang obvious Rizqi akan pilih yang mana. Dia sayang aku, tak mungkin dia akan bahayakan nyawa aku. Air mataku berlinangan.
Tuhan rancang segalanya dengan sangat teratur. Betullah, Tuhan tak tidur dan sedang melihat aku. Jadi, Tuhan. Boleh tak kalau Kau akhiri semuanya dengan kebahagiaan? Berikan Rizqi padaku sebagai menebus derita aku yang dulu?
YOU ARE READING
Merah bukan nakal
General Fiction'Perlanggaran di depan pagar sekolah bukanlah satu kesilapan.' Mahveen gadis manja, nakal, degil dan riang. Dia sangat di sayangi oleh Aus. Mereka adalah kawan tapi layanan mereka lebih dari itu. Di mana Aus berada, Mahveen akan kejar tapi... Kerana...