Veen's POV
Aku masuk ke pejabat Aus. Sajalah nak jengah husband. Hiks! Husband.
"Sejak boss dah kahwin, nampak lagi berseri".
"Serikahwinlah tu".
"Perempuan manalah yang dah rampas kekasih aku tu!"
"Kekasih akulah!"
"Siaplah kalau aku tahu siapa yang rampas dia!"
"Mesti perempuan tu buruk sebab bos kita handsome".
"Dah tentulah"
Aku menahan geram.
"Siapa yang buruk tu?" tegurku.
"Eh? Cik, datang nak jumpa bos kami ke?' tanya dia.
Nasib baiklah Aus tepati janji untuk tak beritahu pekerja dia pasal aku.
"A.ah nak jumpa bos kau orang tapi ni saya terdengar pasal buruk. Apa yang buruk tu? Bos kau orang ambil pekerja buruk ke?" aku berpura-pura tanya.
"Tak ada apa-apalah," katanya.
"Cik ni kawan ajakan dengan bos kami?" celah seorang lagi.
"A,ah. Sambil tu nak trylah juga..."
"Jangan cik. Baik cik simpan aja impian tu sebab bos dah kahwin,?" katanya.
Aku berpura-pura terkejut.
"Cis! Siapalah perempuan yang dah rampas dia tu?!" tanyaku.
"Itulah kami tak tahu. Bos cuma announce yang dia dah kahwin," katanya.
"Rasanya saya tak cukup cant..."
"Cik cantik. Bos aja yang tak nampak."
Seorang lagi mengangguk.
"Kami ingatkan bos kahwin dengan cik. Kalau dengan cik memang kami semua restu," katanya.
Banyaklah kau punya restu. Tadi bukan main lagi kau orang berebutkan suami aku.
_________________________
Veen's POV
"Say..."
"Sshh! Jangan panggil aku sayang kuat-kuat," kataku.
"Kenapa?" tanya Aus.
Aku terhendap-hendap ke luar. Memastikan tak ada pekerja yang mencuri dengar perbualan kami.
"Nanti aku kena simbah dengan asid," kataku.
Aku berpaling lalu aku terkejut kerana Aus berdiri sangat hampir denganku. Aku menapak ke belakang. Aus merapati aku.
"Siapa yang berani nak simbah asid dekat wife abang?" katanya sambil mendekat.
"Ha? Tak. Tak ada siapa," aku mula kalut.
Belakangku terlanggar dinding. Oh my! Oh my!
Aus menolak rambutku di leher ke belakang lalu dia memegang belakang kepalaku. Dia mengucup dahiku.
"Cantik isteri abang hari ni," katanya.
Dia berlalu ke meja dia. Aduh! Panas muka aku!
"Aus, aku datang ni nak tanya. Kenapa dalam dompet aku ada duit?" tanyaku.
Aus tergelak.
"Dompet memang tempat letak duit. Apalah sayang ni," katanya.
Aku terdiam sekejap. Betul juga.
"Bukan, maksud aku kena duit dalam dompet aku bertambah?" tanyaku.
Aus menjungkit bahu berpura tak tahu.
YOU ARE READING
Merah bukan nakal
General Fiction'Perlanggaran di depan pagar sekolah bukanlah satu kesilapan.' Mahveen gadis manja, nakal, degil dan riang. Dia sangat di sayangi oleh Aus. Mereka adalah kawan tapi layanan mereka lebih dari itu. Di mana Aus berada, Mahveen akan kejar tapi... Kerana...