Aus' POV
Perut Mahveen kembali sakit.
"Sayang nak pergi klinik?" tanya aku.
Dia sekadar menggeleng.
"Nak balik," katanya.
Aku mengambil keputusan untuk membawa Mahveen balik ke rumah kami.
______________________________
Aus' POV
Aku mencempung Mahveen yang tertidur lalu aku bawa dia ke bilik kami. Aku merebahkan dia di katil. Dia sangat cantik. Dari dulu sampai ke sekarang. Aku memandang dia dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Pipi aku memanas memandang dirinya. Aku memegang tangannya. Sebelah lagi tanganku memegang perut dia.
Thanks baby. Tanpa baby, ayah tak mungkin akan dapat mama semula.
________________________
Veen's POV
Aku terbangun dari tidur. mataku memandang syiling. Ini bukan biliku. Terasa ada sesuatu yang memberat di sisi tubuhku. Aku memandangnya. Aus sedang baring di bahu aku. Dia memeluk aku kerana kesejukkan. Perlahan-lahan aku menolak kepala Aus di bantal. Selimut aku tarik lalu aku menyelimut tubuhnya. Aku ingin melangkah pergi tapi tangan aku digenggam.
Tanpa sedar aku mengeluh. Aus terbangun dari tidurnya. Aku hampir ketawa kerana reaksinya seakan baru tersedar dari tempat lain. Dia duduk sambil menguap. Aku hanya memandang dia. Entah kenapa, aku terasa kasih dengan dia.
"Sayang dah bangun?" katanya.
Aku sekadar mengangguk.
"Perut sakit lagi?" tanya dia.
Aku menggeleng.
Kami berdua terdiam seketika. Aku memerhati dia yang sedang ralit memandang tanganku digenggamannya. Nampak macam ada perkara yang dia ingin perkatakan.
"Sayang," panggilnya.
"Hhmm?" jawabku.
Dia kembali senyap. Aku membetulkan dudukku betul-betul di hadapan dia.
"Apa? Apa dia yang kau nak cakap?" aku menjengah wajahnya yang sedikit tertunduk.
"Aku dah tak mampu lagi," katanya sambil melepaskan tangan aku.
Aku mengerutkan dahi.
"Apa dia Aus? Apa yang kau tak mampu?" tanyaku lembut.
Aus memandang aku tepat ke mata. Aku jadi gugup.
"Abang tak mampu tahan diri bila nampak sayang. Abang takut tak dapat kawal diri. Abang.." kata-katanya terhenti.
Berderau darahku mendengar pengakuannya. Kau kena cakap sesuatu Veen. Think!
"Aus.."
"Kita kahwin? Jadi yang halal untuk abang. Abang tak kisah kalau kita nak bersanding bila. Lepas baby lahir pun boleh tapi...... Please jadi yang halal untuk abang," rayunya.
Dada aku berdeba.
"Bukan aku tak nak kawin dengan kau. Aku cuma nakkan masa. Ada benda yang aku nak buat," kataku.
"Kalau sayang nakkan masa, abang akan beri tapi lepas kita kahwin," katanya.
Dia tetap berkeras untuk percepatkan perkahwinan. Haih!... Baby pun makin lama makin membesar. Aku takut juga kalau orang pertikaikan anak ni lahir sebelum waktu. Demi kebaikan anak aku.....
"Baiklah. Aku setuju. Tapi ada syarat," kataku.
Aus tersenyum gembira.
"Name it," katanya.
"Aku tak nak kita kahwin secara besar-besaran. Aku tak nak budak office kau tahu, kau kahwin dengan aku. Lepas kahwin, aku nak bilik asing. Sebab kau nak sangat awalkan perkahwinan kita, kau tak boleh 'sentuh' aku sehingga aku sendiri yang serah diri dekat kau...."
"Tapi.."
"Tak ada tapi-tapi. Kau tak bagi aku masa pun. So, syarat ni adil. Aku tak akan masuk campur dalam persiapan perkahwinan kita. Pengapit, biar aku yang cari. Aku tak keluar satu sen pun. Apa-apa hal, kau bincang dengan parent aku. Aku cuma sediakan diri dan pengapit," kataku.
Aku tersenyum sinis. Kau yang nak sangat kahwin dengan aku. Jadi, kau kenalah belajar cara nak menghadapi aku.
YOU ARE READING
Merah bukan nakal
General Fiction'Perlanggaran di depan pagar sekolah bukanlah satu kesilapan.' Mahveen gadis manja, nakal, degil dan riang. Dia sangat di sayangi oleh Aus. Mereka adalah kawan tapi layanan mereka lebih dari itu. Di mana Aus berada, Mahveen akan kejar tapi... Kerana...