Veen's POV
"Veen!" panggil seseorang.
"Yuhuuuuu!!" aku melambai dia.
"Kenapa kau tak datang semalam?" soal Qasih.
"Entahlah, semalam aku tiba-tiba ada depan rumah Aus. Aku bangun terus balik. Pelik aku macam mana boleh ada dekat situ," ada penipuan dalam ayatku.
"Ish! Jangan-jangan dia nak buat benda tak elok dekat kau. Aku dah warning kau hari tu. Kau tak kenal siapa si Aus tu yang sebenar,"katanya.
"Alaa, dia seksilah," aku membuat muka gatal.
"Dari dulu sampai sekarang asyik seksi je yang kau sebut. Kalau jadi apa-apa tanggung sendiri," katanya.
"Kau ni membebel macam Aus," kataku.
Dia tersenyum.
__________________________________
"Aus!!!!!!" jeritku.
"Ssshhhh!!! Tak nampak ke ni perpustakaan?" marah Aus.
"Alah! Nak marah je," rajukku.
"Sini duduk," dia menolak kerusi di sebelahnya.
Aku duduk di sebelahnya.
"Kelas apa sekarang ni?" soalnya.
"BM, cikgu ada mesyuarat. So kita orang minta duduk perpustakaan. Tapi cikgu bagi kerja. Then, tak sangka kau pun ada dekat sini. Macam jodoh, kan?" kataku sambil sebuk menyelak helaian kertas pada buku.
"Banyaklah dia punya jodoh," kata Aus.
"Eh! Mana boleh banyak. Aus ada satu je!" kataku kuat.
"Aduh! Slow sikit suara," katanya.
"Habis tu kau kata jodoh aku banyak!" aku memandang dia dengan wajah serius.
"Bukan tu maksud aku.."
"Kuatnya suara kau," tegur seseorang.
"Eh? Kuat ke? Aus tak cakap apa-apa pun," aku beriak tenang.
Aku nampak yang Aus tak senang dengan kehadiran Qasih.
"Veen.."
"Mahveen, ayat kau salah," Aus memotong kata-kata Qasih.
"Eh? Macam betul," kataku.
"Mana? Sini aku tengokkan," kata Qasih.
"Tak perlu, ayat Mahveen betul. Aku salah nampak," kata Aus.
Wow! Wow! Aku memandang Aus. Wajahnya serius.
"Qasih.."
"Mahveen, we need to talk," Aus memotong kata-kataku.
Fuyoo ayat!!! Mesti ada benda serius yang dia nak cakap ni. Alaa! Stresslah serius sangat ni.
"Cakaplah," kataku .
"Just the two of us. Jom pergi tempat private sikit," Aus menarik lengan aku.
Aku membuat bunyi terkejut.
"Private? Kau nak buat benda seksi dekat aku ke?" bisikku di depan wajahnya.
Aus membuat wajah ingin membebel.
"Okay! Okay! Jom pergi," aku memintas niatnya yang ingin membebel.
_____________________________
"Aus," aku menyeru namanya.
"Aku tak nak kau berkawan dengan budak tu lagi," Aus terus terang.
Aku terasa ingin marah.
YOU ARE READING
Merah bukan nakal
General Fiction'Perlanggaran di depan pagar sekolah bukanlah satu kesilapan.' Mahveen gadis manja, nakal, degil dan riang. Dia sangat di sayangi oleh Aus. Mereka adalah kawan tapi layanan mereka lebih dari itu. Di mana Aus berada, Mahveen akan kejar tapi... Kerana...