Veens' POV
"Hello, Iman. Aku nak minta tolong," aku menelefon Iman.
Iman, dia pernah berhutang nyawa denganku semasa kami sedang belajar dahulu. Tak sangka, aku memang akan minta dia untuk membalas budiku semula.
"Yes, anything for you," katanya.
"Ada orang yang aku nak musnahkan hidup dia," kataku.
Iman terdiam di sana.
"Mahveen? Is that you?" tanya Iman.
"Tak percayakah?" aku tergelak.
"Like seriously? Wow! Mahveen version yang aku suka nak tengok ni. Good! So, tell me your plan. Let do it," katanya tanpa banyak soal.
Huh! Terima kasih pada Mahveen version baik. Senang aja kau nak buat kerja sekarang ni.
____________________________
Veen's POV
Aku mengenakan make up hari ni. Huh! Hari ini misi yang sangat senang. Atas bantuan Iman, aku yakin aku boleh berjaya dengan rancangan hari ini. Hahahaha! Itu baru rancangan hari ni. Aku ada banyak lagi plan untuk hari lain.
"Iman," panggilku.
Iman nampak terpaku.
"Wow! Makin berseri," kata Iman.
Aku hanya tersenyum.
"Betulkah kau boleh dapatkan aku jawatan tu?" tanyaku.
"Believe me,my dear. Kau dah tolong aku dulu. Setakat nak dapatkan jawatan ni, apalah sangat. Papa aku kata, nak jadikan kau PA aku," kata Iman.
"Family kau tahu ke pasal aku?" tanyaku.
"Satu family aku tahu pasal kau. Nanti dia orang nak berterima kasih dengan kau. Yelah, bukan kecil pertolongan kau. Kau selamatkan aku dari kena culik. Masa tu aku terfikir yang kau ni sebenarnya agen rahsia or what so ever," kata Iman.
Aku tergelak.
"Banyaklah. Tu cuma kebetulan, aku pun suka tengok cerita agen. Tak sangka membantu juga," kataku.
"Dunia sekarang ni, Veen. Kau tak kacau orang pun tetap orang tak suka kau. Papa aku tu, dia susah payah bangunkan syarikat. Senang-senang aja orang nak rampas," kata Iman.
Dia lebih matang selepas kejadian kena culik tu.
"Sebab tu sekarang, kita kena tegas sikit. Jangan bagi orang pijak kepala," kataku.
"Aku tak sangka ada sampah dekat syarikat papa aku. Jom kita masuk, aku tak sabar nak jalankan rancangan kau," katanya.
___________________________
Veen's POV
Qaseh terkejut selepas mengetahui bahawa aku bakal menjadi ketuanya. Aku hanya menghadiahkan dia segaris senyuman sinis.
"Veen? Kenapa kau boleh dapat jawatan dekat sini?" tanya Qaseh.
"Cik. Cik Mahveen. Tolong hormat saya. Sekarang, saya ketua awak," kataku dengan sinis.
"Veen, tak cakap pun nak kerja dekat sini. Sekarang ni senanglah aku sebab kau jadi ketua. Nanti tolonglah aku naik pangkat," katanya dengan senyuman.
"Huh! Awak ingat boleh bodek saya? Sekarang ni awak orang bawahan saya. Jaga sikit ayat awak sebelum saya report dekat boss besar," kataku.
"Apa ni Veen, kitakan kawan," katanya.
"Awak memang tak ada adab ke? Awak nak kena buang kerja? Kalau dah orang bawahan tu, orang bawahan jugaklah. By the way, jangan bercakap macam kita dah kenal lama. Pergi buat kerja awak sekarang," arahku.
Aku melangkah mendekati dia.
"Kawan? Huh! Kawan yang tikam kawannya sendiri, layakkah digelar kawan. Kau tu. Pem.Bu.Nuh! Orang yang bunuh kawan baiknya sendiri, nilainya lebih rendah dari sampah!" kataku lalu berlalu pergi.
__________________________
Qaseh's POV
"AARRRGGGHHHHHH!!!!" jeritku.
"Kau kenapa?!" marah Adam.
"Mahveen dah melampau! Dia dah berani nak lawan aku balik. Dia memang nak mati!!! Berani betul dia malukan aku tadi! Eeeeee!!!!" marahku.
"Apa? Dia buat apa?" tanya Adam.
"Aku tak tahu macam mana tapi dia dapat jawatan dekat syarikat yang aku tengah kerja. Dia jadi ketua aku. Mahveen tu bukan sebarangan. Aku rasa dia ada plan juga nak kenakan kita," kataku.
Tangan aku mengigil.
"Kita kena buat sesuatu," kata Adam.
Aku memandang Adam.
"Aku nak tanya kau, kau betulkah suka Mahveen?' tanyaku.
Adam tersenyum sinis.
"Aku tak adalah suka dia sangat. Aku cuma nak Aus terseksa," katanya.
"Bagus! Kalau macam tu aku ubah rancangan," kataku.
"Ubah?" tanya Adam.
"Ya, aku tak nak hancurkan Mahveen... Tapi aku nak dia lenyap dari muka bumi. Aku nak dia mati!" kataku.
"Kau nak bunuh dia?" tanya Adam.
"Kalau kau takut, kau boleh pergi dari sini. Tapi ingat, kalau kau bocorkan rahsia ni, aku pun boleh bocorkan rahsia kau," ugutku.
Huh! Adam, nama sahaja sama dengan nabi tapi perangai iblis. Bukan aku tak tahu yang dia lakukan pemerdangangngan manusia. Tidak cukup dengan tu, dia menjual dadah. Huh!
YOU ARE READING
Merah bukan nakal
General Fiction'Perlanggaran di depan pagar sekolah bukanlah satu kesilapan.' Mahveen gadis manja, nakal, degil dan riang. Dia sangat di sayangi oleh Aus. Mereka adalah kawan tapi layanan mereka lebih dari itu. Di mana Aus berada, Mahveen akan kejar tapi... Kerana...