Veen's POV
Aku kini berada di bilik soal siasat. Dihadapan aku ada suamiku yang juga merupakan anggota perisik. Aku tahu aku sedang di soal siasat tapi keadaan sekarang tak ubah seperti pasangan suami isteri sedang berbual.
"Sayang," panggil Aus.
Bukan Aus tetapi Rizqi.
"Hari tu adalah hari jadi Aus. Ada budak hantar surat dekat aku. Dalam tu dia tulis, 'Today is my day! 4.00 ptg. Taman Pelangi'," kataku.
"Tempat apa tu?' tanya Rizqi.
"Taman permainan. Situ adalah tempat kali pertama kami berjumpa. Dalam perjalanan aku ke sana, Ora call. Bila aku angkat call, aku cuma dengar suara dia mengerang kesakitan. Ada suara cakap, cepat kalau tidak Ora mati. Talian dimatikan....." aku cuba mengingat. "Aku dapat mesej tertulis alamat di mana Ora berada. Then aku tak ingat. Apa aku ingat, aku dengar bunyi benda ngilu sambil tu Ora tergantung ke atas. Mungkin tu bunyi kipas yang belit tali tu. Then, aku dah ada dekat seberang jalan. Aku.. Aku tak sure.."
"Tak apa. Just cakap aja apa yang sayang ingat," kata Rizqi.
"Aku dekat seberang jalan. Aus datang dekat aku....." tiba-tiba aku terbayang sesuatu.
Aku menahan tangis. Lain, wajah Aus masa tu lain. Tak sama macam yang depan aku sekarang. Ouh ya, dia ni Rizqi
"Kalau sayang tak larat, kita sambung esok," kata Rizqi.
"Tak apa. Aku nak benda ni habis cepat. Aus datang dekat aku dan tanya aku okay or not. Dia kata nampak orang tolak aku keluar dari kereta. Entah macam mana, sebelah aku dah ada kotak kek. Aus kata thanks then dia bawa kek tu pergi ke taman. Aku confuse masa tu. Aus pusing belakang. Dia hulur tangan dari jauh sambil cakap,'Come'," bicaraku terhenti.
BOOM!!!!! Mataku terpejam. Aku mendongak memandang ke hadapan apabila terasa tangan aku di genggam. Rizqi.
"It okay," dia tersenyum.
"Then, aku datang dekat. Tapi.. Kek tu.. Kek tu meletop. Aku tercampak. Bunyi hon. Entahlah. Aku bangun aja dah ada dalam kebun," kataku.
"Lepas sayang jadi saksi pembunuhan Aurora, Qaseh terus pukul kepala sayang. Dia upah orang untuk hantar sayang ke taman tu. Dia rancang nak letupkan sayang dengan Aus tapi thank God. Sayang tercampak ke jalan semula. Qaseh ada dekat situ. So, dia suruh orang langgar sayang. Nadi sayang lemah sangat masa tu. Dia orang ingat, sayang akan mati jadinya dia campak sayang dekat kebun," terangnya.
Aku merenung wajahnya. Dia tersenyum. Lama aku merenungnya sehingga senyumannya menjadi terpadam.
"Macam mana kau tahu?" tanyaku.
Pintu di buka. Dua orang pengawai polis perempuan menghampiriku.
"Bawa dia ke hospital," arah Rizqi.
Aku mula cemas.
"NO! Aus.. Kau tak jawab soalan aku lagi! Aus!!" aku meronta-ronta apabila ditarik ke luar.
"Dia ada baby, jangan kasar sangat," katanya pada pengawai polis.
Aku memegang pintu.
"Aus! Aus! Aku tak nak ikut dia orang ni!" tangisku.
Rizqi tidak memandangku. Aku diheret ke luar. Aku menangis mengogoi.
"Rizqi! Aku takut!!!" jeritku.
_____________________________
Rizqi's POV
Pantas aku memandang ke pintu. Pertama kalinya dia menyebut namaku.
"Rizqi! Aku nak kau!" jeritannya makin jauh kedengaran.
Aku berlari mendapatkan dia. Dia isteriku.
"Sayang," aku memeluknya.
"Rizqi! Kawan baik aku, Ora, kena bunuh! Aus yang pernah aku sayang pun kena bunuh. Pelakunya kawan baik aku sendiri! Tak tak ada sesiapa lagi aku boleh percaya! Aku takut!!" tangisnya di pelukanku.
Aku membelai rambutnya.
"Sshhh!!! It okay sayang. You did a good job," aku cuba menenangkan dia.
"Aku sayang kau," gumamnya didadaku.
"Puan, mari kita ke hospital".
Mahveen mengeratkan pelukkannya. Aku tersenyum.
"Jom, abang teman nak?" bisikku.
Dia mengangguk. Dua orang pengawai wanita tersebut tersenyum padaku.
YOU ARE READING
Merah bukan nakal
General Fiction'Perlanggaran di depan pagar sekolah bukanlah satu kesilapan.' Mahveen gadis manja, nakal, degil dan riang. Dia sangat di sayangi oleh Aus. Mereka adalah kawan tapi layanan mereka lebih dari itu. Di mana Aus berada, Mahveen akan kejar tapi... Kerana...