Aus' POV
Pintu bilik aku di ketuk.
"Masuk!" arahku.
"Encik, ada orang nak jum..."
"Aus!" Mahveen menerjah masuk.
Aku membuat isyarat tak apa pada secretary aku.
"Maaf cik," kata Mahveen.
Pintu di tutup.
"Mana sayang tahu nak cari office ni?" tanyaku.
"Rahsia," katanya.
Hari ni dia nampak cantik. Berblouse putih dan berskirt merah. Rambutnya di kerintingkan.
"Ada berita baik ke?" tanyaku.
"Pasal pinangan Adam.."
"Jangan cakap kau setuju," aku bingkas bangun.
Mahveen melangkah ke sofa. Aku mengekornya lalu duduk di sebelah dia.
"Baby sihat," katanya.
"Jangan nak ubah topic," dahiku berkerut memandang dia.
Dia menguak rambutku yang terjuntai di dahi. Aku terus memandang tempat lain. Wajahku memanas.
"Aku belum lunch lagi," katanya.
"Jom kita makan," ajakku.
"Aku pilih tempat," katanya.
"Okay jom," kataku.
Aku mengambil kunci kereta lalu mengekor Mahveen ke luar. Tiba-tiba! Tak aku duga. Memang tidak terfikir olehku. Mahveen memegang tanganku. Aku memandang tangan aku. Rasanya aku sedar masa bangun pagi tadi. Tak akanlah aku mimpi lagi ni?
"Jom," Mahveen menarik tangan aku.
Aku memandang tangan kami.
"Kita turun pakai tanggalah. Naik lif rasa sekejap sangat," kataku.
Mahveen mengerling manja.
"Mengada," katanya.
Fuh! Sabar Aus. Tempat awam ni.
____________________________
Aus' POV
"Sayang, kenapa pakai make up?" tanyaku.
"Tak cantik ke?" tanya dia.
"Cantiklah," kataku jujur.
Aku dah lama tak nampak dia melawa macam ni.
"Sebab kita nak lunch. Kenalah lawa-lawa," katanya.
"Tengah memandu ni, kenapa cakap macam tu? Nasib tak accident," kataku.
Aku rasa macam ada yang tidak kena. Mahveen melawa pula ni. Lebih pelik, dia menggoda pula hari ni. Ke, aku yang tergoda. Hahaha!
______________________
Veen's POV
Kami berempat duduk di meja. Hanya aku seorang sahaja yang tersenyum manakala mereka bertiga berwajah serius.
"Kenapa tak makan lagi. Qaseh? Adam? Makanlah. Kenapa malu-malu ni? Macam tak pernah makan dekat tempat awam pula," kataku.
Aus memandang aku dengan wajah yang serius.
"Sebenarnya aku tak suka sangat makan dekat sini. Tempat ni banyak sampah dengan lalat tapi sebab aku nak ajak Qaseh dengan Adam, that why aku pilih tempat ni. Sini aja yang sesuai," perliku.
"Ouh ya, pinangan aku hari tu. Aku dengar kau terima," kata Adam.
"Betulkah?! Wah! Tahniah!" kata Qaseh.
Aku nampak gerahang Aus bergerak. Dia menahan marah. Sabar Aus.
"A.ah. Aku terima. Aku tak fikir dua kali pun. Aku terima aja," kataku.
Aus memandang aku. Wajahnya merah menahan marah.
"Tapi... Ada tapinya. Tapi aku hanya akan setuju kalau dia orang pinang untuk anak dia yang nama Aus. Selain tu, aku tolak mentah-mentah," kataku sambil tersenyum pada Aus.
Aus nampak tertanya-tanya.
"Veen. Tak baik kau buat Adam macam ni. Aus, tak akan kau nak buat macam tu dekat abang kau. Tak mungkin kau sanggup..."
"I'm pregnant. Anak Aus," kataku tanpa riak.
Semua orang terkejut. Aku sengaja mengenggam tangan Aus di depan mereka.
"Apa?!" Qaseh nampak terkejut.
Qaseh dan Adam berpandangan.
"Thanks, rancangan kau orang dah satukan aku dengan Aus. Thanks sangat-sangat," aku sengajar membakar perasaan mereka.
"Rancangan? Hahaha! Apa kau merepek ni Veen?" kata Qaseh.
"Sayang, jom kita makan tempat lain. Busuklah sini. Ada sampah!" aku menekankan ayat yang terakhir.
Aku menarik Aus.
#OKtidak?
#VOTE
#AjakOrangBacaGuys
YOU ARE READING
Merah bukan nakal
General Fiction'Perlanggaran di depan pagar sekolah bukanlah satu kesilapan.' Mahveen gadis manja, nakal, degil dan riang. Dia sangat di sayangi oleh Aus. Mereka adalah kawan tapi layanan mereka lebih dari itu. Di mana Aus berada, Mahveen akan kejar tapi... Kerana...