Veen's POV
"Dasar penipu! Kau cakap kau dah tak kawan dengan Ora!" marahnya.
Dia berlari-lari mendaki tangga.
"Kita dah janji untuk berkawan sampai bercerai nyawa dan badan. Tapi kau ... Adakah kau berjanji untuk dimungkiri? Tak akanlah dalam hati kau tak ada sekelumit pun rasa?" kataku.
Aku mengetap gigi. Menyeka air mata yang dari tadinya tumpah.
"Bila kau orang ketepikan aku. Abaikan aku. Pernah tak kau tanya soalan yang sama pada diri kau?!!" marah Qaseh.
Aku terdiam.
"Aku tak pernah ketepikan kau Qaseh.."
"Then! Kenapa kau tak beritahu aku pasal Aus? Kenapa mesti Ora yang pertama? Kenapa aku dapat tahu dari orang lain?" langkahnya terhenti. "Kau tahukan perasaan aku pada Aus macam mana?" katanya perlahan.
Aku menahan sesak di dada.
"Qaseh.."
"Bermula pada saat dia suka kau. Itu adalah saat kematian dia! Tapi nyawa kau liat, Veen. Jadinya, aku nak bunuh perasaan kau. Aku nak kau tahu macam mana rasanya membenci. 3 tahun lepas, aku tahu kau tunggu Aus balik. Aku tahu kau orang plan nak kahwin. Kau ingat semudah tu ke?! Atas pertolongan papa, Aus terpaksa ke luar negara untuk sambung belajar. Tapi aku tersilap langkah. Aku tak tahu Aus dah balik masa aku dan Adam nak kenakan kau.
"HAHAHAHAHA. Betullah kau kata, aku tak bodoh. Sebab makin lama aku sedar, Aus tak ubah macam lucky charm pada kau. So, aku tak rasa hari ni kau bertuah," kata Qaseh sambil memandang camera cctv.
Aku pantas berdiri. Berderau darahku.
"Apa maksud kau?!" jeritku.
Qaseh melihat jam di pergelangan tangan dia. Dia tersenyum.
"Patutnya aku bunuh kau secara perlahan-lahan esok masa kau tengah depress sebab kehilangan Aus. Tapi tak apalah sebab sekejap aja lagi, tuah kau akan naik ke langit," katanya.
Aku terdiam sambil mentelaah metafornya.
"Apa kau nak buat pada Aus?!!" marahku.
"Kau mesti ingatkan masa Ora mati? Masa tu adalah sama dengan waktu untuk kau jumpa Aus? Kau tinggalkan Aus demi bangkai tak bernyawa Ora. Tapi apa jadi lepas tu? Kau ingat?" dia tersenyum sinis.
Aku tak ingat, apa yang aku tahu, aku terbaring dalam kebun dan orang kampung jumpa aku.
"Aku.. Perkataan pertama yang aku sebut adalah Aus.." kepalaku pening kerana dikerah untuk mengingatkan perkara yang bertahun sudah berlalu.
Qaseh ketawa mengekeh.
"Badan kau penuh dengan darah, Veen. Bermula pada saat dia suka kau. Itu adalah saat kematian dia," katanya.
Dia mengulang semula ayatnya. Entah kenapa aku menangis. Dadaku rasa sebak sangat.
"APA QASEH!!! Beritahu aku!!!! Apa yang aku tak tahu?!" raungku.
Qaseh meneruskan langkahnya.
"Bukan apa yang kau tak tahu. Tapi apa yang kau tak ingat. Bermula saat dia cintakan kau. Pada waktu itulah cinta aku mati," katanya.
Aku berlari ke luar bilik kawalan keselamatan. Aku perlu berdepan dengan Qaseh.
"Qaseh!" aku memandang dia yang sedang memegang tali.
"Huh! Kau selalu cakap, life kau simple. Kau ambil mudah dengan apa yang terjadi. Mesti kau menyesal sekarang. Hurm, patutnya aku buat kau menyesal pada hari pertama kau dilahirkan..."
"Aku menyesal kenal kau," aku memotong katanya.
Mencerlung matanya memandang aku.
"We should not be friend, from the first place. Kalau tidak, lebih senang aku nak bunuh kau," katanya.
"Aku pun dah penat dengan lakonan 'playing friend' kau. Kau patut dapat award," perliku semula.
"Anak dalam perut kau tu bukan anak Aus! Kau ingat Aus kau tu baik sangat?!" katanya.
"Tak perlu berkias dalam kata-kata," kataku pula.
"Sejak hari pertama kau langgar Aus dengan basikal. Itu adalah permulaan kau terperangkap dalam game dia. Kau pastikah yang kau cinta tu Aus atau sekadar nama dia Aus?" soalnya.
"Kenapa kau cakap macam dia adalah dua Aus yang berbeza........."
Aku terdiam. Bukan apa yang aku tak tahu tapi apa yang aku tak ingat? Hati aku terdetik sesuatu yang aku cuba menidakkan.
"Dia bukan Aus aku, dia Aus kau dan hari ni dia akan mati. Rasanya dah mati dah sekarang. Siapa aja yang selamat bila kena bom," kata Qaseh bersahaja.
Aku memandang Qaseh. Air mataku menitik.
"Bom?... Dia bukan Aus kau? Kita cintakan Aus yang sama.... Tidak. Tidak!!!" air mataku berlinangan.
"Ya dan ya," katanya dengan nada yang ceria. " Hari Aus nak confess dekat kau, hari Ora mati. Adalah hari yang sama. Kau sampai terlalu cepat Veen. Tak pasal-pasal kau jadi saksi kematian dia orang," kata Qaseh.
Aku terduduk. Qaseh menghampiri aku. Tali ditangannya dililit ke leherku.
YOU ARE READING
Merah bukan nakal
General Fiction'Perlanggaran di depan pagar sekolah bukanlah satu kesilapan.' Mahveen gadis manja, nakal, degil dan riang. Dia sangat di sayangi oleh Aus. Mereka adalah kawan tapi layanan mereka lebih dari itu. Di mana Aus berada, Mahveen akan kejar tapi... Kerana...