SENGAL 20

3.6K 116 0
                                    




           

Veen's POV

"Apa kau buat dekat sini?" mama Aus bersuara dingin.

"Saya nak jaga mak cik," kataku.

"Huh! Balqis boleh jaga aku," katanya dingin.

"Mana Balqis? Dah dua hari Aus pergi, bayang pun tak ada," perliku.

Aku terus berlalu ke dapur. Hari ni Mak Esah cuti. Apa aku nak masak? Buat lauk kampung ajalah.

"Kau tak payah nak masakkan aku. Bukan aku tak tahu yang kau letak racun," katanya sinis.

"Racun pun racunlah. Mak cik tak nak makan tak apa, biar saya seorang je yang makan," kataku.

Aku nak masak ayam asam pedas. Favorite aku tu. Nyumm!!

_________________________________

Aduhhh.. Basah pula baju aku. Lepas sidai kain, aku nak mandi sekejap. Eh, aku tak ada baju. Tak apa, pinjam baju Aus. Minta-minta dia tak marah.

________________________________________

Mengantuknya!!!! Aus, pinjam katil.

____________________________________

"Mak cik, saya nak balik ni. Kalau lapar, makanan ada bawah tudung saji. Kain baju semua saya dah lipat. Kalau ada apa-apa, call saya. Nombor saya ada dekat atas meja telefon. Bye. Assalamualaikum," aku terus menutup pintu.

"Nanti," panggil mama Aus.

"Ha?" aku menjengah dia dari luar.

"Kau tak bagi Momocha makan lagi," kata mama Aus.

"Momocha?" aku kebingungan.

"Kucing Aus," katanya.

"Kucing? Mana kuncingnya?" aku kembali masuk.

Aku suka kucing!!!!!!!!!

"Dekat bilik belakang. Sebelah bilik Mak Esah," katanya.

Aku terus menuju ke tempat yang dia katakana.

"Momocha!! Comelnya awak!" kataku pada kucing berwarna kelabu dan berbelang hitam.

"Mandikan dia, lepas tu bagi makan," kata mama Aus.

Aku melihat ja dinding, 6.30 petang. Bila masa aku nak balik?

_____________________________

"Hello, Mi. aku tidur sini. Mama Aus tinggal seorang," kataku.

"Bagus! Bagus! Buat baik dengan mak mertua. Pasal mak ngan abah, kau jangan risau. Aku handle dia orang."

Aku terus mematikan talian. Momocha sedang baring di sebelah aku. Aku pula sedang baring di katil Aus sambil membelek bingkai gambarnya.

"Momocha, apalah yang tuan awak tengah buat sekarang ni?" kataku sambil membelai Momocha.

"Meow," Momocha menjilat bulunya.

"Apa kata kalau kita cuba telefon dia. Nak tak Momocha?" kataku.

"Meow."

"Ish! Cubalah beri semangat sikit ni asyik nak meow je. Hahahah! Dah Momocha ni kucing, kalau dia bercakap nanti aku juga yang terkejut," kataku sambil mendail nombor Aus.

"INI ADALAH PETI SIMPANAN SUARA...." Aku terus mematikan talian.

"Dia busy agaknya," aku cuba untuk menyedapkan hati sendiri.

_____________________________________

"Kau nak pergi rumah Aus lagi ke?" tanya Nazmi.

"Hhmm.." jawabku acuh tak acuh.

"Mak dia bukan suka kau pun," kata Nazmi.

"Aku pun tak suka mak dia," kataku selamba.

"Dah tu.."

"Three," aku memotong kata-katanya.

"Ha. Ha. Lawak sangat," Nazmi bernada jengkel.

"Aku tak gelak pun," kataku sambil mengikat tali kasut.

"Aku serius ni," suara Nazmi kedengaran agak marah.

"Selama ni aku pergi rumah dia tak menjadi isu pun. Kenapa sekarang kau nak bersuara?" kataku.

"Dah seminggu kau ke sana. Dia layan kau macam orang gaji. Satu sen pun kau tak dapat masa kau jaga dia. Tolonglah sedar yang mak Aus memang tak boleh terima kau," Nazmi bersuara tegas.

"Bukan sen yang aku kejar. Bukan menerimaan yang aku harapkan," kataku.

"Jadi?"

"Aku cuma pegang amanat. Aku cuma tunaikan harapan Aus untuk jaga mama dia," kataku.

"Aus? Ada dia telefon kau?" tanya Nazmi.

"Aku dah telefon dia."

"Huh! Pernah dia angkat call kau?" Nazmi bersuara sinis.

"Dia busy," jawabku.

"Kau ni dah macam terikat tak bertali. Kau sedar posisi kau sekarang. Sampai bila kau nak jadi macam ni? Kau ada tanggungjawab lain. Emak dengan abah tu yang patut kau utamakan," kata Nazmi.

"Mama dia lumpuh," kataku.

Suasana antara aku dengan Nazmi agak panas.

"Dia kaya. Setakat seorang dua tak akan dia tak mampu nak upah," kata Nazmi.

Aku berdiri menghadap Nazmi. Wajahku paparkan riak begis.

"Kau tahu keadaan aku tapi kenapa kau punya attitude macam ni? Kenapa kau push aku dengan keadaan aku macam ni? Apa yang aku buat, aku buat dengan ikhlas..."

"Aku tak nak kau terluka. Aku tak nak kau terlalu sayang Aus dengan keluarga dia. Aku takut kelak nanti kau yang menderita," kata Nazmi.

Daguku bergetar. Aku ingin menangis.

"Aku tahu kau sayang aku tapi... Don't cross the line. Biar aku belajar walaupun dalam hal ni aku yang akan kencundang. Biarlah aku tahu sakitnya supaya lain kali aku jadi lebih tabah. Aku harap kau faham maksud aku."

__________________________

10 bulan kemudian.

"Momocha, aku nak telefon tuan kau ni," kataku pada Momocha yang sedang baring di riba aku.

Aku memandang langit sambil menarik nafas dalam. Aku mendail nombor Aus.

"NOMBOR YANG ANDA DAIL TIADA DALAM PERKHIDMATAN....."

"Hhmm.." aku tersenyum dalam keluhan.

Jawapan yang sama setiap kali aku call Aus. Sama semenjak 10 bulan yang lepas.

"Meow," Momocha meloncat turun dari ribaku kerana kau bangun dari kerusi.

Aku melangkah masuk dari balkoni. Pintu balkoni aku tutup. Kemudian, tubuhku rebahkan ke katil Aus.

"Momocha, kenapa aku masih setia dengan keluarga kau?" tangan aku membelai Momocha yang menyondol bahuku.

Aku mencapai sesuatu di bawah bantal. Sekotak kecil berbalut baldu merah.

______________________________

10 bulan yang kau beri telah tamat tempohnya Aus.

Merah bukan nakalWhere stories live. Discover now