Veen's POV
Aku melambai Aus yang baru sahaja hantar aku pulang. Aus tak tahu apa-apa. Bukan salah Aus. Bukan salah siapa-siapa. Mungkin kehadiran aku yang merosak aturan alam.
"Eh! Gemok dah balik!" kata Nazmi.
Menyengat telinga kau dengar.
"Dah lama hidup dia ni," kataku.
Aku terus berlalu masuk ke dalam rumah.
"Mana pakwe kau?" tanya Nazmi.
"Dia bukan pakwe akulah," kataku.
"Kau kena reject ke?" soalnya lagi.
"Jangan nak menyebok!" jeritku.
_____________________________________
"Benda bodoh apa yang kau dah buat ni Ora?!" aku mundar mandir di hadapannya.
"Aku sayang dia, Veen."
"Tak akanlah sampai mengandung macam ni? Macam mana kalau dia ingat yang ni anak kau dengan Aus?" aku mula rungsing.
"Kalau dia apa-apakan aku, aku call police."
"Ha, bijak sangatlah tu. Takut kau pula kena tangkap sebab mengandung," kataku.
"Veen, Syamsul dah janji nak tanggungjawab," kata Aurora.
"Aku tahu Ora. Walaupun Syamsul tu kaki buli tapi dia sayangkan kau. The thing is, semua orang tahu yang kau nak kena jodohkan dengan Aus."
"Tapikan aku tak suka Aus. Kau tahukan?"
"Tapi orang lain tak tahu, Ora. Kita berkawan pun orang tak tahu," aku berpeluk tubuh.
"Veen, kau sayang betul dekat akukan. Sampai.. Sampai sanggup aibkan diri depan orang ramai. Biarkan diri kena tuduh macam-macam. Paling sedih bila kau biar aku percaya yang kau.. Tidur dengan abang aku. Kau biar aku lempang kau depan orang ramai. In the end, aku yang bawa baby dalam perut. Satu perkara yang aku terasa pasal kau, petang tu kau datang merayu dengan aku supaya aku maafkan kau. Maafkan kau untuk kesalahan yang kau tak buat langsung. Lepas tu minta aku untuk stay dengan situasi sekarang. Buat semua orang percaya yang kita tak berkawan langsung," air mata Aurora berjuraian.
"Enough, Ora. That not the point right now," aku memandang ke luar tingkap.
"That not enough, Veen. Kau buat banyak benda supaya dia nampak yang kau bukan siapa-siapa. Kau skip soalan pereksa supaya gred kau menurun. Kau buat diri kau nampak teruk supaya dia rasa better than you."
"Dia sakit, Ora. Ni sahaja cara.."
"Kau jangan buat aku carut. Sakit dia, bukan urusan kau," suara Aurora agak meninggi.
"Memang bukan urusan aku. Aku patutnya ignore orang macam tu. Tapi dengan ignore dia akan buat semua yang aku sayang, terluka. Buat kau terluka. Biarlah depan orang ramai kita bermusuh. Ora, kau kawan aku, aku kawan kau. Dalam persahabatan kita ada sayang dan sayang tu hanya kita je yang rasa," aku memandang tepat ke wajah Aurora.
"Kau seorang je kawan aku yang paling bebal," kata Aurora.
"Hahaha," aku tergelak.
Aurora datang menghampiri aku. Tanpa diduga, dia memelukku.
"Kita kawan baik. Selamanya?"
"Selamanya."
___________________________________
"Veen?" seseorang memegang bahuku.
Nazmi.
"Aku dah ingat," kataku.
Ada riak terkedu di wajah Nazmi.
"Ala, nanti aku pulangkan balik. Setakat dua ringgit je," kata Nazmi.
"Bukan pasal duit karipap minggu lepaslah," kataku.
Susah dapat abang bebal macam ni.
"Pasal apa ni?" Nazmi duduk di sebelah aku sambil makan buah rambutan.
"Aurora," kataku sambil bangun lalu duduk di buai.
"Maacam mana.."
"Tadi, aku jumpa mama Aus. Dia kata aku bunuh Aurora. Then, aku tanya Aus. Siapa Aurora? Macam mana dia mati? Dan bla bla bla," kataku sambil makan buah rambutan.
"No wonder mama Aus rasa macam tu. Masa tu dekat sekolah kecoh kata yang Aus suka kau. Kau jadi orang ketiga. Alahai, zaman hingusan kau dulu. Rampas pakwe oranglah. Rebut lelakilah oranglah. Padahal kau nerd aja masa tu," kata Nazmi.
Masa tu, masa aku dapat tahu Aus suka aku, adalah masa paling indah sebab aku tak bertepuk sebelah tangan.
"Aus suruh someone sampaikan dekat aku satu mesej. Dia nak jumpa aku dekat taman petang tu...."
"Then end up kita orang jumpa kau dekat kebun keesokkan harinya. Satu badan penuh darah. Benda pertama kau sebut 'Aus'," Nazmi membaling kulit rambutan ke aku.
"Tapi kau ingatkan janji kita?" hati aku gusar.
"Sampai bila kau nak back up pembunuh tu?!" suara Nazmi agak tinggi.
"Dia tak salah!!" jeritku.
"Jangan jadi bodoh," kata Nazmi.
"Dia sakit," kataku seakan ingin menangis.
"Sakit dia tak akan sembuh selagi kau hidup. Entah-entah, kau mati pun dia gali kubur kau," kata Nazmi.
Aku terkedu.
"Enough! Kalau kau sayangkan adik kau ni, tolong jangan beritahu siapa-siapa!" kataku.
Nazmi menggosok kepala aku sehingga rambut menjadi kusut, kemudian dia berlalu pergi.
"Aku diam sebab aku sayang kau, adik aku. Tapi nanti sebab aku sayang adik aku, aku akan beritahu semua orang hal yang sebenar. Masa tu aku nak kau tahu, aku sayang kau, adik. Adik paling gemok aku pernah ada."
"Nazmi!!!!!!" jeritku.
"Apa gaduh-gaduh tu!!!" jerit emak dari dalam rumah.
YOU ARE READING
Merah bukan nakal
General Fiction'Perlanggaran di depan pagar sekolah bukanlah satu kesilapan.' Mahveen gadis manja, nakal, degil dan riang. Dia sangat di sayangi oleh Aus. Mereka adalah kawan tapi layanan mereka lebih dari itu. Di mana Aus berada, Mahveen akan kejar tapi... Kerana...