SENGAL 25

3.4K 119 0
                                    




           

Aku memegang perutku. Buat masa sekarang, bukan maruah yang aku fikirkan. Maruah? Huh! buat apa aku nak fikir perkara yang aku tak ada.

"Ini cik airnya," kata pelayan.

Aku menyisip air coklat. Macam mana kalau perut aku membesar nanti? Apa nasib anak aku? Aku tak nak anak aku jadi mangsa akibat perbuatan bodoh aku.

"Sayang," panggil seseorang.

Aku menoleh seseorang yang main duduk sahaja sebelah aku.

"Urgh!" regusku.

"Sayang sihat? Anak kita sihat tak?" tanya Aus.

Dia memegang perut aku. Aku menolak tangannya.

"Kau buat apa dekat sini?" aku sengaja bernada seperti tidak selesa.

"Obviously, aku nak jumpa future aku," katanya.

Aku menjeling dia.

"Sayang nampak berserilah hari ni," pujinya.

Aku bermain dengan phone.

"Akukan ada dekat sini, janganlah main phone," dia bernada merajuk.

Aku teringat masa kali pertama datang rumah dia. Seperti déjà vu. Zaman aku nakal dulu. Sumpah, aku rindu.

"Kenapa minum aja ni? Oderlah, aku bayar. Kau cakap aja nak makan apa. Atau ada teragak nak makan apa-apa ke?" tanya dia.

Aku memandang dia. Apa? Maksud dia aku ada ngidam or what?

"Apa kata datang rumah aku. Kita beli barang basah, then kau masak?" katanya.

Aku terus memandang tempat lain.

"Aku tak pandai masak," tipuku.

Dia senyap seketika. Aku memandang dia. Aus nampak macam sedang berfikir.

"Aku ajar kau masak. Ok cun. Jom cari barang," katanya.

Dia menarik tangan aku.

"Tak nak!" kataku.

"Okay," katanya lalu berlalu bangun.

Eh? Aku macam kenal beg yang dia bawa tu.

"Aus!" panggilku.

Dia terus melangkah ke luar kedai. Hish! Boleh pula dia bawa beg tangan aku sekali.

_________________________________

Veen's POV

Bibir Aus asyik tersenyum dari tadi.

"Sayang, rumah kita tu kosong lagi. Kena cari garam, gula, minyak," katanya.

Pelik?

"Kau beli rumah ke?" tanyaku.

"Iyalah. Rumah kita. Tak akan nak duduk dengan mama," katanya.

"Kuali, pinggan, mangkuk, sudu, periuk. Ada?" tanyaku.

Dia sekadar menggeleng.

"Banyak nak kena beli ni," gumamku.

"Kita nak beli apa dulu?" tanya dia.

"Rumah kau, barang dapur je ke yang belum ada?" tanyaku.

Dia mengangguk.

"Perabut semua dah ada. Barang dapur aja yang belum ada," katanya.

Aku menjeling jam tangan. Sempatlah rasanya sebelum tengah hari.

_______________________________

Veen's POV

Aku memandang sekeliling. Besar juga rumah Aus.

"Okay tak rumah kita?" tanya dia.

Aku mengangguk. Aku baru sesuatu. Aus asyik sebut perkataan kita dan aku pun asyik anggukkan aja.

"Aku tambah kolam ni. Sebab aku tahu kau suka kolam. Cuba tengok betul-betul. Ruang kolam ni ada dua. Satu cetek sikit. Nanti senanglah anak-anak kita nak mandi kolam," katanya.

Aku terus berlalu ke dapur. Malas aku nak layan Aus dengan dia punya perkataan 'kita' dan 'anak-anak'.

"Aus!" panggilku.

Aus muncul di muka dapur.

"Kenapa?" tanya dia.

"Kita lupa nak beli pisau," kataku.

"Okay, aku pergi cari sekejap. Sayang jangan angkat barang berat," katanya.

Aus hilang dari pandangan. Aku menyelongkar barang yang kami beli tadi. Barang-barang basah aku simpan dalam peti ais. Terdengar phone aku bordering. Pantas aku bergegas mendapatkan phone. Aku nampak Aus sedang memegang phone aku.

"Apa kau buat?" tanyaku.

"Save number," katanya.

"Kau dah beli belum pisau?" tanyaku.

Dia menggeleng. Aku ingin melangkah semula ke dapur.

"Sayang, Iman ni siapa?" tanya dia.

Pantas aku melangkah ke dia.

"Jangan baca chat aku!" marahku.

Aku ingin merampas semula phone aku tetapi tidak berjaya.

"Siapa Iman ni?!" marahnnya.

Aku memandang Aus. Kenapa dia nak marah sangat ni?

"Dia seseorang yang kau tak perlu tahu," kataku.

"Kenapa ramai sangat lelaki chat kau ni?!" dia bercekak pinggang.

Mata Aus ralit memandang skrin phone aku.

"Nasib orang cantik memang macam tu," kataku sambil berlalu ke dapur.

Aku menyambung mengemas barang. Tidak lama selepas tu, aku dengar bunyi ejen kereta Aus.





#VOTE

Merah bukan nakalWhere stories live. Discover now