Sengal 8

4.2K 142 4
                                    

           

Aus' POV

Aku melihat keluar balkoni. Hari mulai hujan. Suasana menjadi maung dan sayu. Entah belajar entah tidur si Mahveen tu. Aku melihat skrin hand phone. Tak ada panggilan dari number yang tidak dikenali. Nampaknya Mahveen okay je dekat sana.

"Ding! Dong!" loceng rumah berbunyi.

Aku menjengah ke luar. Aku nampak kelibat seseorang melarikan diri. Budak-budaklah ni main loceng.

"Eh?" aku nampak sesuatu di depan pintu pagar.

Ada beg hitam. Aku rasa tak sedap hati. Pantas aku melangkah keluar bilik. Berlari turun tangga lalu menuju ke luar rumah. Beg hitam tu panjang. Entah kenapa aku takut. Jangan-jangan bom.

"Pak Abu! Buka pagar!" aku memanggil guard.

Aku kini telah kebasahan.

"Sekejap ya. Eh? Pak Abu tak persan ada barang," katanya.

Pintu pagar dibuka. Aku berdebar. Pak Abu ingin menarik beg tersebut tetapi aku nampak macam ada figura manusia.

"Nanti!" arahku.

Aku melangkah ke beg hitam tersebut. Perlahan-lahan aku menarik zip. Beg telah terbuka sedikit. Haruman ni!! Aku terus menarik zip sehingga habis.

"Mahveen!!!!!" aku terus mendakapnya yang matanya sedang tertutup.

Aku sekeping kertas yang agak basah di perutnya.

'Tinggalkan perempuan ni kalau tak nak apa-apa terjadi pada dia!'

"Bodoh! Kau juga yang hantar dia dekat aku!" makiku.

"Veen! Mahveen! Bangun!" aku membaringkan kepalanya di ribaku.

Tiada pergerakkan.

"Mahveen!!" suaraku menguat.

Matanya berkelip-kelip.

"Mak, nak bangunlah ni. Janganlah renjis air," katanya merapu.

Aku merapatkan tubuh kami. Tubuhku memayungi wajahnya.

"Mahveen,"panggilku.

Dia membuka mata.

"Alah! Mengigau ni. Bangun-bangun je nampak muka angle," katanya sambil tersenyum.

Matanya dipejamkan semula sambil tubuhnya mengiring menghadapku. Tangannya di letakkan ke bawah pipi. Aku nampak dia mengenggam sesuatu. Pemadam?

"Hei! Bangun!" aku menepuk pipinya.

Dia merengek-rengek.

"Ni macam budak perempuan yang kamu pernah bawa balik," kata Pak Abu.

"Pak Abu, jangan cakap dengan mama pasal hal ni," kataku.

Aku mencempung Mahveen. Tempat yang paling selamat adalah bilikku.

___________________________________________

Dia kata nak study group dekat rumah Qasih. Tiba-tiba dia ada dekat depan rumah aku. Tangan dia ada genggam pemadam. Atau dia tak jadi study dekat rumah Qasih sebab hari dah nak hujan, so dia study dekat rumah. Tapi siapa yang hantar dia dekat sini? Kalau dia jadi pergi rumah Qasih, mesti Qasih dah call aku sebab Mahveen tidak sampai ke rumahnya lagi. Aku kena tunggu Mahveen bangun untuk tahu segalanya.

Aku melihat Mahveen yang sedang nyenyak tidur. Kekadang dia meringkuk kesejukkan. Aku melangkah menghampiri dia.Aku melutut di tepi katil. rambutnya aku belai. Aku tak tahu kenapa tapi dia seorang ni sahaja yang berjaya buat aku susah hati. Paling aku geram, bila aku cakap jangan tu, mesti lagi dibuatnya.

Tapi aku suka dengar bila dia, 'Aus! Aus!'. Rasa macam semangat aku diseru untuk hidup. Selama seminggu aku tak dengar dia panggil nama aku, aku rasa macam rindu. Mataku melihat jam. Dah nak maghrib.

"Mahveen," kejutku.

Dia tidak bergerak. Aku merenung wajahnya.

_________________________

Veen's POV

Tidurku terganggu kerana sejuk. Aku membuka mata. Ini bukan bilik aku dan jauh sekali rumahku. Aku terdengar dengkuran halus, lantas aku menoleh ke sisi. Aku lihat Aus sedang tidur berteluku di tepi katil. Mataku meliar, ni bilik dia. Macam mana aku ada dekat sini? Tadi aku tengah study dekat rumah Qasih.

Aku bangkit dari baring dan duduk. Aku mengelungsur ke sebelah Aus. Aku melihat dia tidur. dagu aku letak di atas katil. Mindaku masih lagi mamai. Mataku terkebil-kebil menilik wajahnya. Handsome juga anak orang ni. Aus ni sebenarnya baik tapi kenapa Qasih tak bagi aku kawan Aus? Kenapa orang takut dengan Aus? Aus baik. Dia memang suka halang aku buat itu dan ini tapi dia jaga aku. Aku tahu yang dia juga tahan diri melihat keseksian aku. Egehh.

____________________________

Aus' POV

Aku terasa ada beban di bahuku. Aku membuka mata dan aku lihat Mahveen sedang tidur sambil kepalanya disandarkan pada bahu aku. Dah pukul berapa ni? 6.00 pagi?!!

"Mahveen! Veen! Bangun!" kejutku.

"Hhmm," regeknya sambil meleset ke tubuhku.

"Bangunlah, dah pagi. Kau tak nak balik ke?" tanyaku.

"Pening," katanya sambil memegang kepala.

Hari ni Isnin, tak apalah ponteng sehari. Mama dengan papa pun tak ada hari ni. Aku mencempung Mahveen lalu membaringkannya di atas katil.

_____________________________________

"Mak Esah," panggilku apabila ternampak dia di dapur.

"Ha, Aus. Pak Abu ada cakap dengan Mak Esah, budak  perempuan yang kamu bawa hari tu...."

"Shh! Mak Esah jangan cakap dengan siapa-siapa pasal hal ni," kataku.

"Macam mana dengan dia?" tanya Mak Esah.

"Ada dekat atas. Tengah tidur. Aus risaulah mak. Entah siapalah yang mendajal dia tu. Dia tu bukannya suka usik orang tak tentu pasal," aku menyuarakan apa yang terbuku.

"Mak Esah nak tanya ni, kamu jangan marah pula," kata Mak Esah yang sedang memotong sayur.

"Tanyalah Mak Esah," kataku.

"Budak perempuan tu awek kamu ke?" soalnya.

Pantas aku memandang Mak Esah. Aku tak tahu apa jawapan untuk soalan itu. Jujur, aku tak tahu

Merah bukan nakalWhere stories live. Discover now