Aus' POV
Seminggu berlalu dan selama itu aku tidak berjumpa dengan perempuan tu. Mahveen. Malikah Mahveen.
"Aus!!!!!!" jerit seseorang.
Astaghfirullah. Tak boleh disebut, terus muncul.
"Aku dah cakap, jangan menjerit!" kataku.
"Okay!!!!" jeritnya.
Dia ni kalau aku cakap jangan, mesti lagi dibuat.
"Kau nak ke mana ni?" soalku.
"Ke hati kau," katanya.
Lalu dia pun berlalu pergi.
"Veen! Mahveen! Kau nak ke mana ni?" soalku risau.
Dia menuju ke tempat ramai budak lelaki. Gila tak risau. Dia dahlah seksi. Alamak! Kenapa aku cakap macam ni?!
"Aku ada perhitungan kejap," katanya.
Dia menghampiri segerombolan budak lelaki yang sedang bermain bola tampar.
"Mahveen, perhitungan apa ni? Cerita dengan aku dulu," aku menarik lengannya.
"Lepaslah!" dia menarik lengannya.
"Kau cerita dengan aku dulu," aku berkeras.
"Dialah punca aku tak dapat makan," kata Mahveen sambil menunjuk ke arah seseorang.
Aku kenal budak lelaki tu. Dia memang suka buncitkan perut anak dara orang.
"Alah! Nanti aku bawa kau balik. Kita makan mak aku masak," pujukku.
"Bestnya! Rindu masakan dia," Mahveen nampak teruja.
Aku melepaskan genggaman di lengannya.
"Okay, balik ni kita jumpa," kataku.
"Okay," balasnya tetapi mata dia masih pada lelaki itu.
"Dahlah, pergi masuk kelas," kataku.
"Okay," katanya.
Dia melangkah pergi tetapi ke lelaki itu.
"Mahveen!" aku bersuara tegas.
Dia menoleh aku sekilas lalu ingin berlari ke lelaki itu. Pantas aku mencapai lengannya.
"Kau jangan buat pasal dengan dia. Kau tak kenal dia siapa. Aku tak nak kau menyesal nanti," amaranku.
"Okay,"dia masih tak memandang aku.
"Pandang aku," arahku.
Dia memandang.
"Pergi masuk kelas. Jangan jumpa budak tu," aku memandang tepat ke matanya.
Matanya tidak beriak.
"Aku nak masuk kelaslah ni," dia menahan marah.
"Kelas kau arah sana," aku menunjuk ke arah yang bertentangan.
"Lepas!!!!!" jeritnya.
"Aku cakap masuk kelas!!" aku mula marah.
Dia mencangkung.
"Tak nak!!!!" jeritnya.
"Jangan degil!" marahku.
Aku mengheret dia. Dia meronta-ronta.
"Lepas!!! Aus kejam!!!!!!" jeritnya.
"Diamlah! Kau yang degil!" marahku.
"Waaa.. Tolong! Aus melakukan kekejaman batin ke atas saya!!!" dia bersuara kuat dan seakan sedang menangis.
YOU ARE READING
Merah bukan nakal
General Fiction'Perlanggaran di depan pagar sekolah bukanlah satu kesilapan.' Mahveen gadis manja, nakal, degil dan riang. Dia sangat di sayangi oleh Aus. Mereka adalah kawan tapi layanan mereka lebih dari itu. Di mana Aus berada, Mahveen akan kejar tapi... Kerana...