Veen's POV
"Dahlah Veen. Sehari suntuk kau tak tidur lagi," kata Nazmi.
"Mana boleh aku nak tidur, aku nak kawin seminggu lag, bukannya tahun depan. Banyak benda nak cari," kataku.
Jujur, aku tak boleh biarkan Aus settle hal kahwin kami seorang diri. Aku nak kahwin kut, tak akanlah nak duduk diam tak buat apa.
"Aus dah siapkan banyak benda. Kau janganlah kalut sangat," kata Nazmi.
"Memanglah Aus dah siapkan semua tapi aku kena double check. Takut ada yang tak cukup atau terlebih," kataku.
"Aku nak tanya kau ni. Kau betul-betul ke setuju nak kahwin dengan Aus?" tanya Nazmi.
Aku mula tak sedap hati bila dia tanya aku macam tu.
"Kau tahukan sebab apa aku setuju nak kahwin awal," kataku.
"Tapi aku tak rasa sebab tu," katanya.
Entah kenapa aku rasa nak marah.
"Kalau bukan sebab tu, seba apa lagi?!"suaraku mula meninggi.
"Sebab kau still sayang dia lagi," kata Nazmi.
Aku terdiam. Aku tak pernah berhenti sayang dia cuma dia kena tahu. Aku bukan lagi Veen yang senang dan mudah dia dapat.
___________________________________
Veen's POV
Hari ini adalah hari perkahwinan aku yang aku tak akan pernah lupa seumur hidup. Aus yang semalamnya gembira lepas kami sah menjadi suami isteri, kini bermasam muka denganku. Patutnya aku yang bermasam muka sebab aku kata nak kahwin secara kecilan tapi dia buat bukan main meriah lagi. Nanti, betulkah aku yang patut bermasam muka?
"Sepatutnya abang tak setuju masa sayang kata nak cari pengapit," bisiknya.
Okay, memang dia yang patut bermasam muka. Sebab apa? Sebab pengapit yang aku ambil adalah Qaseh dan Adam.
"Aus, aku cantik tak hari ni?" aku memeluk lengan Aus.
Aku sengaja memanjakan suaraku. Wajah Aus memerah,
"Veen, kau jangan nak gedik sangat. Orang tengah nak ambil gambar ni," kata Nazmi yang sedang merakam kami.
Kami bersanding di dewan. Beria aku pening kepala memikirkan, kenapa Aus tak sewa khemah.
"Isteri abang sentiasa cantik," katanya.
Perasaan apakah ini?
________________________
Veen's POV
Ho! Ho! Buka hadiah!
"Aus mana?" tanya emak.
"Tengah cas phone dia," kataku.
"Tak nak buka hadiah sama-sama dengan dia ke?" tanya emak.
"Aus!!" jeritku.
"Ish! Tak elok panggil suami terjerit macam tu," marah emak.
"Dah macam mak gorilla," sampuk Nazmi.
Aku menjeling Nazmi. Aku tak tahu apa yang Aus dah perkatakan pada emak dan abah sampai mereka setuju untuk terima Aus sebagai menantu. Mungkin, ekonomi Aus stabil dan umur aku dah sesuai sangat untuk berumah tangga.
"Kenapa sayang?" tanya Aus.
Dia menghampiri aku sambil melipat lengan baju melayunya. Dia terlupa nak bawa baju t-shirt lebih.
"Jom kita buka hadiah," kataku.
Dia duduk di sebelah aku.
"Untuk sayang," dia menghulur aku sekotak hadiah.
Aku hanya memandang kotak tersebut.
"Kalau tak nak, bagi aku," Nazmi merampas dari kotak hadiah di tangan Aus.
Perang dunia ke-4 pun bermula.
"Nazmi. Dahlah tu menyakat," tegur emak.
Nazmi memulangkan semula hadiah pemberian Aus. Aku ambil lalu duduk di sebelah Aus.
"Oh my! Oh my!" aku terkejut melihat pemberian Aus.
Rantai emas berloket permata merah berbentuk hati. Aus memakaikan aku rantai tersebut.
"Jom buka hadiah," katanya.
Aus menarik sekotak hadiah. Dia memandang aku yang masih ralit dengan pemberiannya.
"Sayang, tadi kata nak buka hadiah," tegurnya.
Tiba-tiba aku tak rasa nak buka hadiah. Cukuplah apa yang aku dah dapat dari Aus.
YOU ARE READING
Merah bukan nakal
General Fiction'Perlanggaran di depan pagar sekolah bukanlah satu kesilapan.' Mahveen gadis manja, nakal, degil dan riang. Dia sangat di sayangi oleh Aus. Mereka adalah kawan tapi layanan mereka lebih dari itu. Di mana Aus berada, Mahveen akan kejar tapi... Kerana...