Beberapa bulan telah berlalu dan selama itulah mereka tidak berjumpa. Peperiksaan SPM Mahveen pun telah tamat.
________________________________
Aus' POV
"Aus, kau okay ke lepak dekat warung macam ni?" tanya Dafi.
"Kau apa hal? Apa yang tak okaynya?" aku tergelak.
"Yelah. Kaukan anak..."
"Aduh! Ayat macam perempuanlah dia ni," kataku.
Empat orang lagi rakanku tergelak.
"Dia ni nama aja anak orang kaya. Tapi dulu masa kecil, hobi dia ajak kita orang mandi sungai. Apa jenis anak orang kayalah dia ni," kata Syafiq.
"Aussss!!!!!!!!!!" jerit seseorang.
Aku terkejut. Semua orang di warung terkejut. Aku menoleh ke belakang. Mahveen sedang berlari ke arahku. Wajahnya penuh dengan senyuman.
"Auss!!!" panggilnya lagi.
"Ya, ya. Aku ada ni tak lari mana-mana. Tak payah jerit," kataku.
Dia duduk di sebelahku. Airku terus diteguknya.
"Ahhh! Leganya," kata dia.
"Macam mana kau ada dekat sini?" soalku.
"Ni kedai kawan aku. Aku ikut dia balik sebab dia nak bagi aku baju. Aku dengan dia ada beli baju online. Post dekat sini. Then nampak kau kat sini," katanya.
"Macam mana paper tadi? tanyaku.
"Weh! Ni part best aku nak cerita. Aku kenyit mata dekat ketua pengawas then..." dia mendekatkan wajahnya ke telingaku.
"Dia tolong aku dua tiga soalan," bisiknya.
"Mana boleh macam tu," kataku.
"Memang tak boleh, dia tunjuk aku jawapan yang salah. Kurang ajar betul. Aku kemam je bibir nak carut masa tu," ceritanya penuh dengan emosi.
Aku tergelak.
"Ni siapa ni? Member gay kau ke?" soalnya lepas.
"Member aja. Tak ada gay," kataku.
"Ouh, manalah tahu. Kaukan seksi. Nanti jadi mangsa kerakusan dia orang ni," kata Mahveen.
Mereka berlima tergelak.
"Veen. Dah besar kau sekarang. Kau tak ingat aku ke?" tanya Syafiq.
"Besar tu gemok ke?" tanya Mahveen.
Aku tergelak.
"Bukan maksud aku..."
"Terlambat! Kau dah terlepas cakap. Tak payah betulkan keadaan. Kau jangan dekat dengan Aus!" marah Mahveen.
Kami tergelak.
"Veen.." tegurku.
"Okay. Okay. Not surelah kau siapa tapi yang aku ingat. Dulu aku ada tolak kau masuk longkang sebab curi rambutan rumah aku," kata Mahveen.
Meletus ketawa kami.
"Aku tanya je kau ingat ke tak. Janganlah bukak cerita pasal longkang tu," kata Syafiq.
"Pergilah oder makanan. Aku belanja kau," kataku.
"Serius?!" dia nampak teruja.
Aku hanya mengangguk. Dia bingkas bangun.
"Oder satu lagi air untuk aku," pesanku.
"Mak cik!!!! Saya nak makanan paling mahal!!!" katanya dengan kuat.
YOU ARE READING
Merah bukan nakal
General Fiction'Perlanggaran di depan pagar sekolah bukanlah satu kesilapan.' Mahveen gadis manja, nakal, degil dan riang. Dia sangat di sayangi oleh Aus. Mereka adalah kawan tapi layanan mereka lebih dari itu. Di mana Aus berada, Mahveen akan kejar tapi... Kerana...