Aus' POV
"Monyok je mama. Aus dah balik ni happy-happylah," kataku.
"Assalamualaikum. Aunty, uncle," tegur seseorang di muka pintu.
Aku menoleh ke pintu degan senyuman. Bila terlihat kelibat yang datang, senyumanku terus pudar. Ketibaan yang tak diharapkan.
"Eh? Aus, bila sampai?" tegur Qaseh.
Aku hanya tersenyum sumbing. Aku memandang mama. Dia tidak hiraukan kedatangan Qaseh. Pelik? Bukan dia suka sangat ke dengan Qaseh ni dulu? Ada yang tak kena ni.
"Mama, mana Mahveen?" soalku.
Mama pernah cakap yang Mahveen hari-hari datang jaga dia.
"Qaseh, kami ada hal sikit nak bincang. Boleh tak kalau kamu balik dulu," kata mama.
"Ha? Baik aunty," kata Qaseh.
"Kirim salam mama kamu," kata papa.
Macam ada benda yang tak kena.
"Mama.."
"Apa yang kamu dah buat dengan Mahveen?" soal mama.
"Ha? Aus dah 3 tahun duduk luar negara, apa yang Aus dah buat dekat dia?" soalku.
"Mahveen selalu datang sini sebab nak jaga mama. Setiap hari dia akan tandakan pangkah dekat kalender sebelum dia balik. Kekadang kalau dia tidur sini, mama dengar dia tengah call orang tapi tak angkat. Satu hari tu, dia tinggalkan mama. Mama ambil kalender yang dia pangkah. Mama kira tanda pangkah tu sampai hari yang dia tinggalkan mama. Cukup 10 bulan," kata mama.
Aku tersentak.
"Dia ada cakap apa-apa dengan mama?" tanyaku.
"Dia cakap, dia tak nak beritahu mama dia nak ke mana. Dia takut kalau kamu akan tanya mama ke mana dia menghilang. Sekarang mama nak tahu, apa yang kamu dah cakap dengan Mahveen? Tempoh 10 bulan tu sepatutnya kamu dah balik sebelum kamu sambung study. Tapi kamu tak balik. Kamu tukar nombor telefon. Apa sebenarnya yang kamu dah buat ni Aus?" mama marah dengan suara yang lembut.
Apa yang dah jadi dengan mama? Tak pernah mama selembut ini. Apakah ini pengaruh Mahveen?
"Aus," tegur papa bila aku mula berkhayal.
"Aus.. Aus.. Sebelum Aus ikut papa. Aus ada jumpa Mahveen. Aus ajak dia kahwin.."
"Apa?!" kata mama dan papa serentak.
"Aus kata. 10 bulan akan datang, Aus nak tahu jawapan dia."
"Tapi kamu tak balik! Dia call kamu tak dapat," marah mama.
"Aus tahu. Aus memang sengaja tukar nombor telefon. Aus sengaja tak balik. Sebab Aus tak sedia nak tahu jawapan dia. Aus takut kalau dia tolak Aus. Sebab Aus belum mampu. Aus belum berjaya," kataku.
Ternyata tindakkan aku salah.
"Tapi kamu tak boleh buat dia macam ni. Dia pun ada perasaan. Dia tertunggu-tunggu," kata papa.
"Tak ada siapa-siapa yang mampu jaga mama macam mana Mahveen jaga," kata mama.
Mama terasa dengan perbuatan aku.
"I'm sorry mama," kataku.
Mama menolak kerusi rodanya untuk menuju ke bilik.
"Mama marah tapi mama tak akan masuk campur urusan kamu sebab Mahveen kata.. Urusan kamu berdua, biarlah kamu berdua yang uruskan."
__________________________
"Momocha," panggilku.
Momocha yang sedang baring di sofa, terus bangun dan berjalan meninggalkan aku.
YOU ARE READING
Merah bukan nakal
General Fiction'Perlanggaran di depan pagar sekolah bukanlah satu kesilapan.' Mahveen gadis manja, nakal, degil dan riang. Dia sangat di sayangi oleh Aus. Mereka adalah kawan tapi layanan mereka lebih dari itu. Di mana Aus berada, Mahveen akan kejar tapi... Kerana...