SENGAL 18

3.6K 113 0
                                    

           

Veen's POV

"Kenapa aku?!!!" jeritku.

"Sebab aku percayakan kau je," kata Aus.

Kenapa aku kena jaga mama dia masa dia nak pergi luar negeri?!

"Kau tahukan yang mama kau tak suka aku?" kataku.

"Aku pergi tak lama pun. Papa aku suruh aku belajar selok belok business dia," kata Aus.

Kakiku mengocak-kocak air kolam sambil berfikir. Maybe aku boleh betulkan keadaan. Mana tahu hati mama dia boleh lembut.

"Pin! Pin!"

Kami berdua memandang tempat parking kereta. Aku macam kenal kereta tu.

"Balqis?" aku memandang Aus.

Aus memandang tempat lain. Aku merapatkan dudukku dengan Aus.

"Too close," kata Aus.

"Explain," kataku.

"Perempuan tu anak partner papa. Dia banyak kali datang sini," kata Aus.

"Perempuan tu ada nama. Qasih," aku terus bangun dari tebing kolam.

"Kau nak pergi mana?" tanya Aus.

"Aku nak balik," kataku.

Aku tak nak Qasih nampak aku dekat sini.

"Nanti. Kenapa awal sangat nak balik? Kita baru sampai," kata Aus.

Alamak! Macam mana kalau Balqis tak suka aku ada dekat sini?!

"Cepatlah, aku nak balik."

"Mahveen," Aus mencapai tangan aku.

Aku menarik tanganku. Bila jadi perempuan, of course tak berganjak aku.

"Aus, lepas," kataku.

Aku tak ada pilihan, aku terus memeluk lengan Aus dan menarik dia masuk melalui pintu belakang.

"Kenapa kita menyorok?" kata Aus.

"Shhh," aku membuat isyarat untuk senyap.

Tanpa sedar, tangan kami masih lagi bertaut.

"Hi, aunty. How's your day?" tanya Qasih.

Aus berdiri terlalu hampir denganku.

"Belakang sikit, nanti kantoi," bisikku.

"kenapa kita nak menyorok pula?" tanya Aus.

"Aku tak nak Qasih tahu aku ada dekat sini," kataku.

"Biarlah dia tahu. Apa masalahnya?" kata Aus.

"Aku segan," kataku.

Aus tergelak. Tanganku ditariknya dan kami keluar dari tempat persembunyian.

"Aus.... Veen?" Qasih memandang aku lama.

".....Hi.." suasana menjadi awkward.

_________________________________

Aku merebahkan tubuh ke katil...... Katil Aus. Telefon bimbitku berbunyi.

"Mok! Kau okay tak?" suara Nazmi terus memetir.

"Aduuu! Boleh pekak aku. Kau nak apa?" tanyaku.

"Kau kenapa tak balik? Kau okay tak?" dia bernada risau.

"Tak apa, aku boleh handle keadaan," kataku.

"Kau nak aku jemput ke?" tanya dia.

Aku terus mematikan panggilan. Aku memandang ke arah balkoni. Angin luar meniup langsir agar berkibar-kibar. Suasana menjadi sejuk dengan aircond yang terpasang. Aku menarik selimut dan terus menyelubung seluruh badan.

________________________________________

Aus' POV

Mana pula Mahveen ni menghilang?

"Hahaha, betulkah aunty?" kata Qasih.

Aku perasan yang sesekali matanya memandang aku. walaupun dah banyak kali dia datang sini, tapi aku tak tahu yang dia ni kawan baik Mahveen. Aku cuma tahu yang dia sekelas.

"Aus memang macam tu," kata mama.

Aku paling tak suka bila mereka borak pasal aku. Lainlah kalau mama bercerita pasal aku dekat Mahveen.

"Mama, Aus nak naik sekejap," kataku.

"Eh, borak-boraklah dulu," kata Qasih.

Aku hanya tersenyum sumbing lalu terus berlalu ke atas. Kaki menuju ke bilik.

"Sejuknya," kataku sebik sahaja pintu bilik terbuka.

Aku terus melangkah ke balkoni. Pintu balkoni kututup. Aku ternampak jaket jeans Mahveen di sofa yang berada di katil. Setahu aku, dia pakai baju labuh paras bawah lutut dan tak berlengan tapi bertali lebar.

"Tak akan dia dah balik kot?"

Aku yang ambil dia, tak akan dia nak balik sendiri. Kalau dia balik, tak akan nak ditinggalkan bajunya ni. Mungkin dia tengah main tepi kolam. Nantilah aku cari, nak tidur dulu.  Bajuku tanggalkan. Kaki terus melangkah ke katil.

"Comforter ni aku dah kemas tadi," dah berselerak pula ni.

Mesti Mahveen punya kerja ni. Aku terus baring dan berselubung di dalam comforter.

"Argh!!!.." aku pantas menekup mulut.

Mahveen? Puas aku fikir dia dekat mana, rupanya dekat sini! Tubuhnya meringkuk. Bajunya sedikit terangkat ke atas lutut. Mataku terlalu ralit memandang Mahveen. Pujaan aku semenjak dahulu.

Aku tolak semua perempuan sebab si keras kepala ni.

Jariku menyentuh dagunya. Dia bergerak-gerak kerana tidurnya terganggu. Bila fikir semula, apa perasaan dia pada aku? Perasaan dia?

"Love you...." kata Mahveen.

Aku terkedu.

___________________

Merah bukan nakalWhere stories live. Discover now