Veen's POV
Aku berdeba-deba menunggu Nazmi memulakan rancangan. Segalanya akan bermula bila....
"Cik Qaseh?" datang seorang pengawai polis.
Okay cun. Aku akan sms Iman sebagai signal.
"Kenapa ni?" tanya Qaseh.
"Kami dapat warrant untuk menangkap cik," kata polis tersebut.
Bagus betul orang upahan Nazmi ni. Pandai dia berlakon.
"Tapi..."
"Ikut kami ke balai," kata polis tersebut.
Dua orang polis samaran menarik Qaseh ke luar. Aku kena cepat.
______________________________
Veen's POV
"Kau yakin ke kau boleh buat benda ni sendiri?" tanya Iman.
"Kalau aku gagal. Cakap dekat suami yang aku sayang dia," kataku selamba.
"Then, wish you luck," katanya.
"Don't sebab aku akan jayakan juga rancangan ni," kataku.
"Veen. Kau ada masa lagi kalau nak bubarkan plan ni," katanya.
"Rasanya kau dah boleh keluar," kataku.
Iman melangkah keluar dari bilik cctv. Aku melihat di satu skrin. Qaseh dah sampai di depan pintu hotel. Dua orang anggota polis tersebut menolak dia masuk lalu pintu di kunci dari luar. Aku menarik mic.
"Selamat datang kawan baikku," kataku.
Bergema suaraku di dalam bangunan hotel. Aku nampak bibirnya menyebut 'Mahveen'.
"Jadi ni semua rancangan kau!!" jeritnya sambil memandang kiri dan kanan, mencari aku.
"Kau ingat lagi tak tempat ni? Tempat kau bunuh Aurora? In case kalau kau lupa, ni aku nak ingatkan. Dekat sinilah nyawa Ora melayang. Entah-entah roh dia ada dekat sini. Biar roh dia makan kau," aku tertawa berdekah.
"Kau ingat aku bodoh! Aku bukan budak-budak nak kau takutkan dengan hantu!"
"Kau tak bodoh Qaseh. Kau gila," kataku dengan nada psycho. "Kalau kau bodoh, macam mana kau boleh rosakkan hidup kami dengan smooth. Right? Kau bunuh Ora pada hari Aus nak confess dekat aku. Kau.. DAJJAL!!" aku mengetap gigi.
Qaseh melangkah ke lif. Nasib baik Iman dah settlekan pasal lif. Lif tu akan berhenti di tingkat 5. Salah satu bilik di tingkat5 adalah tempat Ora mati. Mataku terperasan sesuatu. Bilik cctv ni ada satu pintu yang pelik. Warnanya lain sedikit. Aku bangun lalu melangkah ke pintu tersebut. Agaknya apa yang ada sebalik pintu ni. Warnanya tak adalah terlalu ketara tapi entah kenapa aku rasa nak buka.
"Untuk apa kau bawa aku ke sini!!!" jerit Qaseh.
Aku kembali ke tempat dudukku lalu memerhatikan Qaseh.
"Kalau aku jadi kau, aku tak akan lupa bilik mana yang Ora dibunuh," kataku.
Qaseh melangkah masuk ke bilik Ora mati lalu dia terduduk kerana terkejut.
"HAHAHAH!"gelakku
Kedudukan yang aku susun sama seperti masa Ora mati. Ada tali yang mengantung patung berambut panjang. Qaseh datang ke patung tersebut lalu dia menarik patung itu jatuh. Dia mengambil tali.
"Kau tunggu bila aku dapat kau!!!!" jeritnya.
"Aku tak akan lari. Aku tak pernah lari. Cuma kau yang buang aku. Buang kami. Aku dan Ora," kataku.
YOU ARE READING
Merah bukan nakal
General Fiction'Perlanggaran di depan pagar sekolah bukanlah satu kesilapan.' Mahveen gadis manja, nakal, degil dan riang. Dia sangat di sayangi oleh Aus. Mereka adalah kawan tapi layanan mereka lebih dari itu. Di mana Aus berada, Mahveen akan kejar tapi... Kerana...