Aus' POV
Sepanjang perjalanan ke rumah aku, minah ni asyik bebel je. Pening betul kepala aku.
"Okay dah sampai," kata driver papa.
"Ni rumah kau ke? Rumah kau ke ni? Aku rasa macam rumah kau. Ke kita nak melawat orang? Dahlah rumah lawa. Kau tak cakap nak pergi rumah orang kaya. Kalau tak aku boleh seksi-seksi," katanya.
Tak habis-habis dengan dia punya seksi. Tak faham betul aku.
"Eh! Aus! Aus! Kalau kau nak culik aku ke sini, aku suka," katanya selamba.
Aku terus keluar kereta. Minah ni lagi cepat. Aku nampak dia menonong ke pintu masuk.
"Aus! Aus! Cepatlah! Lembaplah. Macam siput," katanya.
Aku geram betullah dengan mulut dia ni. Rasa nak buat benda tak elok je.
"Aku lupa kaki kau sakit," katanya.
Dia menghampiri aku lalu memapah aku. Dia ni, tahu tak aku ni siapa?
"Kau tahu tak aku ni siapa?" tanyaku terus.
"Alah, penting ke? Kita berjiran dekat kubur nanti sama ja. Baju sama dan bilik sama," katanya.
Aku terdiam dengan bebelannya.
"Yang penting aku seksi," sambungnya.
Pening kepala aku. Apa entah yang seronok sangat dengan dia punya seksi tu.
"Aus?" tegur mama di depan pintu rumah.
"Mak cik ni mak Aus ke?" tanya dia.
"Bukan, aku anak pembantu rumah ni," kataku tanpa memandang mama.
Aku menarik perempuan ni menuju ke dapur.
"Eh! Nanti! Nanti!" dia melepaskan tangannya yang berada di pinggangku.
"Kenapa?" aku bernada tidak suka kerana aku nampak dia menghampiri mama.
"Belum salam," katanya.
Aku memandangnya. Ada sesuatu pada muka mama. Malas aku nak ambil kisah. Yang perempuan tu pula. Entah-entah, dia salam sebab mama tu kaya.
"Cepatlah," kataku.
Dia kembali mendapatkan aku. Kami menuju ke dapur.
"Mak cik tu wangi," katanya.
Macam-macamlah dia ni.
"Aus! Ya Allah, nak! Apa dah jadi ni?" kata Mak Esah.
"Budak ni langgar Aus, mak," kataku.
"Mak cik! Dia yang diri tengah jalan. Konon-konon macam model. Jalan catwalk. Kan dah kena langgar!" katanya dengan penuh emosi.
Mak Esah tergelak.
"Eh! Belum salam," katanya.
Sangkaan aku tadi salah.
"Baik je budak ni, sopan," puji Mak Esah.
"Saya tak sopan, saya seksi," katanya selamba.
Makin kuat Mak Esah tergelak.
"Tak habis-habis dengan seksi dia," kataku.
"Kau tu je yang rabun," katanya.
"Eh! Orang yang buta pun mesti sependapat dengan aku," kataku semula.
"Dah! Dah! Budak bertuah ni. Jangan gaduh. Jom kita makan," kata Mak Esah.
"Mak cik masak sedap tak?" tanya dia.
"Mestilah," aku yang jawab.
"Habislah, nanti kalau sedap mesti aku minta tambah," dia membuat wajah risau.
"Apa masalahnya?" aku berasa pelik.
"Tambah je. Mak cik suka tengok orang makan masakan mak cik ni," kata Mak Esah.
"Nanti dah tak seksi dah," dia membuat wajah seakan itu adalah masalah besar.
"Macamlah seksi sekarang ni," kataku jengkel.
"Mak cik, marah dia ni," katanya.
"Aus," Mak Esah memandang aku.
"Kenapa Aus pula?" aku berasa tak puas hati.
"Dah! Dah! Duduklah nak, makan dengan Aus," kata Mak Esah.
Dia menarik kerusi di sebelah aku. Aku mengambil pinggan.
"Eh! Aus! Aus!" dia bercakap dengan kuat.
"Aduh! Aku dekat sebelah je ni. Tak payahlah kecoh-kecoh," kataku.
"Sini aku buat. Tangan kaukan sakit," katanya.
Dia mengambil pinggan aku. Nasi disendukkan.
"Wah! Sedapnya lauk. Kau nak yang mana?" tanya dia sambil memandang aku.
Aku hanya tunjuk dan dia yang ambil. Seronoknya kena layan macam raja.
"Amboi! Sukalah tu si Aus tu," kata Mak Esah.
"Apa? Suka apa?" tanya dia sambil memandang aku dan Mak Esah silih berganti.
"Yelah, kamu layan dia makan," kata Mak Esah.
"Mestilah dia suka sebab saya dah jampi. Dan ... Mustahil tak suka, sayakan seksi," katanya.
Suka betul dia dengan perkataan seksi. Aku terus mencapai sudu. Aduhai, susah betullah kalau tangan dah kena balut bagai. Macam mana aku nak buang kulit udang ni?
"Nanti, biar aku buat," katanya.
Dia mengambil udang di pinggan aku lalu di buang kulitnya. Siap di siat kecil. Perbuatan tak seberapanya telah membuatkan aku berasa sesuatu. Sesuatuu.......
VOTE! VOTE! VOTE!
YOU ARE READING
Merah bukan nakal
General Fiction'Perlanggaran di depan pagar sekolah bukanlah satu kesilapan.' Mahveen gadis manja, nakal, degil dan riang. Dia sangat di sayangi oleh Aus. Mereka adalah kawan tapi layanan mereka lebih dari itu. Di mana Aus berada, Mahveen akan kejar tapi... Kerana...