Veen's POV
Keadaan agak awkward. Mama Aus memandang aku dengan wajah yang kerek. Paling awkward, mana Aus dengan papa dia ni?!!
"Jadi, kau ni Malikah Mahveen?" tanya mama Auss.
Aku hanya mengangguk sambil tertunduk. Tak berani bertentang mata dengannya yang sedang terduduk dikerusi roda.
"Kaulah yang bunuh Aurora," katanya.
Pantas aku memandang dia. Nama Aurora agak terkesan dalam hati aku.
"Siapa Aurora?" tanyaku.
Aku masih ingat kejadian Aus dengan Syamsul bergaduh.
"Kalau kau tak muncul dalam hidup anak aku, mesti dia dah setuju nak kahwin dengan Aurora," katanya dingin.
Aku hanya terdiam. Apa lagi yang aku nak buat? Aku tak kenal siapa Aurora tapi aku kena tuduh sebab dah bunuh dia?
"Walau apa pun yang saya buat. Apa yang terjadi tak akan berubah dan mak cik tetap tak akan maafkan saya. Walaupun... Saya tak ada kaitan dengan apa yang dah jadi," kataku.
"Tak ada kaitan?! Sejak kau muncul, anak aku selalu pilih kau dari aku! Kau ingat kau boleh bahagiakan anak aku? Kau dengar sini. Cuma aku yang boleh bahagiakan anak aku. Kau tu cuma orang luar!" katanya sinis.
Wow! Sentap!
"Tapi kenapa anak puan lebih memilih orang luar untuk kebahagiaan dia?" kataku sinis.
Aku hanya orang luar. Panggilan puan lebih tepat.
"Kau jangan nak melampau! Kau cuma nak harta anak aku!"
"Lebih baik saya mengurat suami puan! Aus tu, belum tentu semua harta akan diwarisinya. Saya tahu puan. Puan letakkan semua kesalahan pada bahu saya sebab saya ni bukan dari golongan berada. Saya ni dari keluarga yang biasa-biasa. Puan beruntung kerana hidup dalam kemajuan. Bercampur dengan golongan yang sentiasa up to date. Tapi.. Kenapa pemikiran puan cliché? Kenapa pemikiran puan terperangkap di era 80an? Bila si miskin macam saya nak berkawan dengan orang kaya, mesti sebab harta. Ya, apa yang puan fikir tu betul tapi tak semua macam tu," kataku sambil bertentang mata dengannya.
"Baguslah kalau kau sedar yang kau orang biasa. Tapi aku tak sangka orang biasa macam kau boleh bunuh Aurora," katanya.
Tak habis dengan Aurora dan aku yang bunuhnya.
"Saya tak kenal dengan siapa-siapa yang bernama Aurora. Kalau betul saya dah bunuh dia, mana buktinya? Mana?!" suaraku makin meninggi.
Cool Mahveen.
"Huh! Kau jangan pandang aku sebelah mata. Bukti apa yang aku tak ada?"
"Dan bukti apa yang puan tak dapat adakan? Betul tak? Sebab puan kaya. Puan kaya tapi puan jangan nak berbangga hanya kerana puan kaya. Janganlah juga keji si miskin seperti saya hanya kerana saya miskin. Dengan wang, puan dapat kecap kejayaan tapi golongan seperti saya? Kami kecap kejayaan untuk dapatkan wang. Dan ya, kita berbeza," aku membalas pandangannya tanpa gentar.
"Veen, mama. Borak pasal apa ni?" Aus muncu tiba-tiba bersama papanya.
"Nothing!" pantas aku menjawab.
__________________________________________
Aus' POV
Aku memandang wajah Mahveen dan dia sedikit pun tidak memandang aku. Aku dan papa dengar segalanya dari dapur. Mahveen tu, dia ingat suara dia perlahan sangat ke?
"Eh! Dah petang ni. Aus, hantar aku balik jom," kata Mahveen.
"Dah nak balik dah ke?" tanya papa.
"A.ah pak cik," kata Mahveen sambil tersenyum.
Dia bangun lalu menyalami mama. Belum sempat Mahveen mencium tangan mama, mama dah tarik tangannya. Aku lihat Mahveen sedang mengawal riak wajahnya.
"Cepat Mahveen," kataku dengan nada agak dingin.
Aku terus berlalu masuk ke dalam kereta. Enjin kereta kuhidupkan. Tak lama kemudian, Mahveen masuk. Aku terus memulakan perjalanan.
"Mama ada cakap something tak best ke?" soalku.
"Kita orang cakap pasal resepi," tipunya.
Aku hanya diam. Aku nampak dia banyak kali menyelitkan rambutnya ke belakang telinga. Tapi aku tak ada pula nampak rambut dia asyik terlerai ke depan. Ni salah satu habit dia kalau ada sesuatu yang dia nak tanya tapi teragak-agak.
"What is it?"
"Siapa Aurora?" Mahveen memandang aku.
Aku terkedu walaupun aku dapat agak bahawa itulah yang akan Mahveen tanya.
"Random girl from nowhere," kataku.
Dari ekor mata, aku nampak Mahveen setia memandang aku. Aku melepaskan nafas berat.
"Aurora tu anak angkat mama dengan papa. Parent Aurora rapat dengan parent aku. So, aku pun mestilah rapat juga dengan dia. Aku just anggap dia ni adik aku. Nothing more and nothing less. One day, Aurora confess dekat aku yang dia suka aku," in the same time aku suka kau. " Aku pun slow talk. Aku cakap.." aku suka girl lain nama Malikah Mahveen. "Aku tak boleh nak terima Aurora lebih dari keluarga angkat,"sebab pintu hati aku memang dah tertutup untuk mana-mana perempuan lepas jumpa kau.
"And then?" Mahveen ingin penjelasan lanjut.
"Then, paling gila. Aurora boleh suruh parent dia meminang aku. Dah sah-sah aku tolak time tu juga. Makin lama Aurora makin desperate. Rupanya dalam perut dia ada baby. Paling aku terkejut. Baby tu Syamsul punya a.k.a kawan baik aku. Aurora ugut aku supaya kahwin dengan dia, kalau tak dia gugurkan baby tu. Aku pun biarkan apa yang dia nak buat. Tak akan aku nak bertanggungjawab dengan benda yang aku tak buat," kataku dengan nada serius.
"Then?" soalnya lagi.
"Then. Satu hari tu, aku dapat call dari hospital. Bila aku sampai hospital, doktor kata baby Aurora tak dapat selamatkan. Lepas tu kantoi dengan semua orang yang dia mengandung. Parent dia memang dah tak boleh terima dia then aku dengar Aurora dah kena buang keluarga. Few month later, kita orang dapat panggilan yang Aurora mati bunuh diri," kataku.
"Masa tu, masa Aurora kena buang keluarga.. Apa kau buat?" soalnya dengan nada yang mengigil.
Masa tu aku tengah sebuk cintakan kau.
"Aku tengah belajar sambil buli orang," kataku diiringi ketawa sendiri.
Aku nampak Mahveen menyeka air mata.
"At least do something," katanya.
Aku jadi hairan.
______________________________________________
please vote
YOU ARE READING
Merah bukan nakal
General Fiction'Perlanggaran di depan pagar sekolah bukanlah satu kesilapan.' Mahveen gadis manja, nakal, degil dan riang. Dia sangat di sayangi oleh Aus. Mereka adalah kawan tapi layanan mereka lebih dari itu. Di mana Aus berada, Mahveen akan kejar tapi... Kerana...