Veen's POV
"Last word?"
"Aku dah ingat. Persekitaran, warna, bau, bunyi, method pembunuhan kau. Aku ingat!"
"Then, matilah dengan ingatan kau tu sekali," katanya.
"JANGAN BEGERAK! ANDA DIKEPUNG!"teriak seseorang.
Aku terkejut. Tedengar bunyi tapak kaki menghampiri kami dan yang pastinya tapak kaki tersebut bukan seorang.
"Sayang!!"
Aku pantas menoleh. Aus keluar dari bilik kawalan. Apa yang dah jadi?
"Kau masih hidup Aus.. Ups, ermm... Let start from the beginning. Hi, my REAL name is Qaseh. What is your REAL name?" Qaseh menekankan perkataan 'real'.
Aku memandang Aus dengan juraian air mata. Matanya tepat memandang Qaseh. Wajahnya tidak beriak. Matanya berkelip dan dia mengepal penumbuk. Setiap orang ada tingkah mereka sendiri bila ada sesuatu menganggu di hati atau minda mereka.
"Aus! Aus Hilal! Kalau kau nak, aku boleh bagi sijil lahir dan IC! Lepaskan Mahveen!!" marahnya.
Qaseh tertawa berdekah.
"Kalau kau Aus Hilal, kau dah mati dalam tangan aku," kata Qaseh.
Aku ingatkan aku yang mengawal keadaan. Rupanya aku tak lebih daripada pelakon tambahan yang mencantikkan lagi jalan cerita mereka.
"Erh," aku menahan sakit apabila Qaseh menjerut aku perlahan-lahan.
"Ok! Ok! Aku beritahu! Jangan apa-apakan Mahveen! Nama... Nama aku Rizqi Mikail. Aku bukan Aus Hilal. Aku cuma menyamar jadi dia," kata Aus.
Ini merupakan satu tampar besar buatku. Qaseh ketawa berdekah.
"Kau dengar tak tu? HAHAHAHAH!" Qaseh tertawa mengekek.
Aku bukan rancang untuk terperangkap dalam jerangkap sendiri. Aku mencapai pisau lipat di dalam kasut. Tanpa pengetahuan Qaseh, aku telah pun memotong tali di leher.
"Kau hebat Qaseh. Kau gifted sebab boleh teka banyak benda," Aus cuba bermain kata-kata dengan Qaseh.
Aus nampak akan tindakkan aku jadi dia ingin menarik perhatian Qaseh. Aku memegang tali di leher, berpura masih terikat. Aku membuat isyarat pada anggota polis. Aku mengangguk lalu aku terus berlari ke Aus manakala anggota polis menerpa Qaseh.
"Sayang! Ya Allah! Sayang, sayang okay?" Aus nampak risau.
Aku memeluknya dengan erat. Aku menangis semahunya.
"Aus! Dengar sini. Aku cintakan kau Aus. Bukan sebab nama kau Aus or whatever. Aku cintakan kau! Aku cintakan kau!!" raungku.
_____________________
Rizqi's POV
Aku tersenyum. Aku memeluk dan menerima cinta dia sebagai aku yang sebenar.
YOU ARE READING
Merah bukan nakal
General Fiction'Perlanggaran di depan pagar sekolah bukanlah satu kesilapan.' Mahveen gadis manja, nakal, degil dan riang. Dia sangat di sayangi oleh Aus. Mereka adalah kawan tapi layanan mereka lebih dari itu. Di mana Aus berada, Mahveen akan kejar tapi... Kerana...