Veen's POVAku memandang Aus yang sedang ralit memandu.
"Aus," panggilku.
Dia seakan terkejut.
"Hmm?" balasnya.
"Kenapa muka kau merah?" soalku.
"Nothing," katanya.
Pelik.
"So, esok kau dah nak pergi?" tanyaku.
"Ya," balasnya sepatah.
"Seawal ni?" kataku.
"Lagi awal lebih bagus," katanya.
"Kau tak suka ke jumpa aku?" aku agak terasa.
"Kalau boleh, aku tak nak kau balik. Aku nak kau sentiasa ada dengan aku. Tapi aku kena pergi. Aku nak buktikan dekat kau yang aku akan berjaya. That why lagi awal lebih bagus," terangnya.
Aku hanya diam. Aku tak mampu membalas kata-katanya. Aku tahu, dia jujur dalam setiap bait katanya. Aku tahu, dia suka aku. Aku tahu yang dia tak akan sia-siakan aku tapi... Our relationship can't go far. It better if we just being a friend.
Because.. We'll die if world see us in love.
_____________________________________________
Aus' POV
5.30 pagi. Aku sampai di kediaman Mahveen. Aku lihat dia sedang berdiri di luar rumah dengan pakaian tidur. Belakangnya ada seorang lelaki sedang duduk di kerusi. Nazmi.
"Veen," panggilku dari dalam kereta.
Dia hampir terlelap. Berdiri pun boleh tidur dia ni. Mahveen datang lalu masuk ke tempat sebelah pemandu.
"Aus, sebelum 7.30," kata Nazmi.
"Jangan risau, aku jaga dia," kataku.
Aku menoleh Mahveen. Dia terlelap di sebelah. Aku terus, meneruskan perjalanan. Sebelum aku berangkat pergi ke US, aku nak tatap dulu Mahveen puas-puas. Aku harap, cukuplah bekalan rindu untuk 10 bulan yang akan aku jalani tanpa Mahveen.
"Aus.." panggil Mahveen.
Aku menolehnya. Wajah Mahveen basah dengan air mata. Aku menghentikan kenderaan di tepi jalan. Tanganku menggosok tengkuk. Kali pertama aku nampak dia menangis selain asyik menjerit. What should I do.
"Mahveen, janganlah macam ni," kataku dengan nada lembut.
"Kau kata, kau sayang aku!!!!!!" jeritnya.
Aku terdiam.
"Aku sayang.."
"Kalau macam tu, kenapa kau nak pergi?!! Dekat sini pun boleh belajar business!" bibirnya tercemik.
"Aku tak boleh fokus bila dekat dengan kau," kataku.
"Hah?" dia memandang aku dengan wajah yang hairan.
"Mahveen, kau titik fokus aku sekarang. Everything I do, I'll do it for you," kataku sambil memandang wajahnya.
"That not the point," katanya.
Aku membetulkan duduk menghadapnya.
"That the point," kataku.
Dia menundukkan pandangan. Aku kena beritahu dia sekarang. Sekarang atau tidak selamanya.
"Look at me," kataku lagi.
Aku menyelitkan rambutnya ke belakang telinga lalu menarik lembut pipinya supaya wajahnya menghadapku.
"Aus. No more word from you. You just need to be here. That all," katanya.
Dia menarik tanganku yang berada di pipinya. Aku mengenggam tangannya.
"There is something you need to know. Ingat tak masa sekolah dulu, ada rumors yang cakap aku suka kau? That's the true," kataku.
Mahveen terdiam.
"Dan, mesti kau ingat yang aku pernah cakap yang aku sayang kau. That the true," kataku lagi.
Mahveen masih lagi diam.
"Dan bila aku cakap kau adalah titik fokus aku, that the true," kataku.
Mata Mahveen tepat menikam mataku.
"And when I said, everything I do, I'll do it for you. That the true too," aku mengenggam erat tangannya.
"Aus...."
"Mahveen, aku tolak semua perempuan sebab kau," kiasku.
Mahveen mengetap bibir. Aku mengeluarkan satu kotak kecil berbaldu merah.
'"Aus..."
"Mahveen, ambil ni," aku menghulur kotak tersebut ke tangannya.
Dia ambil.
"Kosong?" katanya setelah membuka kotak tersebut.
"Aku belum mampu beli cincinnya tapi... Tapi ni sebagai cagaran," kataku.
"Maksud kau?" dia mengelap air mata yang tersisa.
"Selama 10 bulan aku pergi, aku nak minta tolong kau jaga mama aku dan tunggu aku balik. Masa tu, aku nak tahu jawapan kau," kataku.
Mahveen hanya terdiam. Tangannya ralit bermain dengan kotak kosong itu.
"Aus.."
"Hmm."
"Aku tak faham," katanya sambil menunjuk kotak di tangan.
Aku memegang kedua-dua pergelangan tangan dia. Secara tidak langsung, matanya terus menatap aku.
"Look, apa kata kita kahwin? 10 bulan akan datang, kau adalah orang pertama yang aku akan cari. Masa tu aku nak tahu jawapan kau," aku berterus terang.
Dia menggigit bibir bawahnya.
__________________________________________
Veen's POV
'Aku tolak semua perempuan sebab kau'
"Haa.." keluhku.
Kau tak tahu apa yang aku alami sebab semua perempuan yang kau tolak tu.
'Apa kata kita kahwin?'
Wajahku terus memerah. Kalau kau nak jawapannya, aku akan cakap... Ya, aku nak kahwin dengan kau. Tapi...
"Nazmi!!!!!" jeritku.
"Woi! Apa?! Kenapa?!"Nazmi muncul dengan wajah yang cemas.
Bibirku tercebik sambil memandang dia. Aku baling sesuatu ke dia dan dia tangkap. Dia memandang aku.
"What should I do?" air mataku berjurai.
"Kau suka dia, setuju ajalah. Apa masalahnya?" kata Nazmi lalu mencampak semula kotak baldu merah itu ke katilku.
Dia datang menghampiri lalu duduk di hujung katil.
"Aku tak boleh sebab bukan aku seorang je yang suka Aus."
"Kau jangan nak jadi gila juga. Dia tu bukan siapa-siapa sampai kau nak bekorban macam ni," marah Nazmi.
"Mi, kesian dia. Dia terseksa. Aku tak nak dia buat bukan-bukan," kataku.
"Aku nak kau setuju. Kalau tak, aku sendiri yang cakap dengan Aus," ugut Nazmi.
"No! Kau tak boleh buat aku macam ni!Ni life aku!!!!!" tangisku.
Nazmi melangkah ke luar.
"Kau gaduh dengan adik lagi?! Nak kena laga kepala budak dua orang ni!" marah emak.
YOU ARE READING
Merah bukan nakal
General Fiction'Perlanggaran di depan pagar sekolah bukanlah satu kesilapan.' Mahveen gadis manja, nakal, degil dan riang. Dia sangat di sayangi oleh Aus. Mereka adalah kawan tapi layanan mereka lebih dari itu. Di mana Aus berada, Mahveen akan kejar tapi... Kerana...