Sengal 40

3.1K 98 0
                                    




           

Veen's POV

Aku duduk di sebelah Aus yang sedang makan kuaci sambil menonton bulletin. Aku bersandar sambil memandang Aus.

Aus.....

Abang, esok sayang ada misi besar. Sayang nak hapuskan orang yang sedang halang kita bersama. Sayang minta maaf kalau sayang tak mampu penuhi kehendak abang. Sayang minta maaf jika tindakkan selepas ni menyebabkan, menjadi isteri abang telah merosakkan nama abang. Sayang lakukan ni demi anak kita. Atau mungkin.. Demi abang.

"Sayang," panggil Aus.

Aku terkejut.

"Hhm?" aku mengalihkan pandangan ke tv.

"Kalau nak kuaci cakaplah. Janganlah tengok macam tu," katanya.

Aku tergelak. Aus memeluk aku. Aku terkedu.

"Walau apa pun yang terjadi, abang akan jaga sayang. No one can touch my wife," katanya.

"Kenapa cakap macam tu?" tanyaku.

Aus sekadar menggeleng. Aku membiarkannya. Mungkin ini adalah kali terakhir. Jika misi aku gagal, cuma ada dua kemungkinan, aku mati atau dipenjarakan.

"Sayang, lusa sayang buzy tak?" tanya dia.

Lusa? Entahkan aku di lokap atau pun kubur.

"Kenapa?" tanyaku.

"Ada something," katanya.

"Apa tu?" aku memandang dia dengan curiga.

"Rahsia," katanya sambil menyambung makan kuaci.

___________________________

Veen's POV

Perlahan-lahan aku membuka pintu bilik Aus. Dengan bantuan cahaya luar, aku nampak Aus sedang tidur. Aku melangkah masuk. Aku merebahkan tubuh di sebelahnya dengan penuh berhati-hati.

"Sayang," kata Aus sambil mengiring memelukku.

Aku terkejut. Dia belum tidur lagi?

"Aus," aku cuba menjarakan sedikit tubuh kami.

Aku memandang wajah Aus. Dia memejamkan mata.

"Aus," panggilku lagi.

Senyap. Aku mencuit dagunya lalu dia menepis dan ingin mengiring membelakangkan aku. Pantas aku memeluknya. Pipiku sandarkan pada dada Aus yang bidang. Aku tak pernah tahu Aus sesasa ni. Tangan aku membelai rambutnya di tengkuk.

"Abang," kataku perlahan.

Terasa Aus membalas pelukan aku.

__________________________________

Aus' POV

Aku tersenyum dalam belaiannya.

_______________________________

Merah bukan nakalWhere stories live. Discover now