Veen's POV
Muncung Aus bertambah panjang bila aku letak bajuku di bilik lain. Penat jugalah berkemas tadi sebab terpaksa buat kerja berulang-ulang kali. Manakan tidak. Aku simpan baju dalam almari, Aus buang ke luar bilik. Tak cukup dengan tu, dia buat drama tepi jalan. Kata bilik tu berhantu.
Aku nampak Aus sedang duduk di sofa sambil menonton tv. Kakinya diletakkan di atas meja di hadapannya. Aku duduk di sebelahnya dengan gaya yang sama. Aku memandang Aus tetapi dia tidak memandang aku. Merajuk lagilah tu.
"Aus, nak air? Aku buatkan," pujukku.
Dia hanya diam. Aku melambai-lambai tangan di depan wajahnya. Sedikit pun dia tidak berkelip. Tak akanlah dah jadi patung cendana pula. Aku mencapai remote lalu mengalih saluran. Aus mengalih semula saluran tadi. Aku memandang dia, ingatkan dah jadi patung tadi.
"Cerita apa kau tengok ni? Bagi aku tengok movie," kataku.
Aku mengalih saluran, Aus alih semula ke saluran dia tengok tadi. Ha. Ha. You know what? Husband I tengok Powerpuff Girl. Aku merampas semula remote lalu aku alih movie. Remote aku sorokkan di bawah peha. Aus memandang aku. Aku membuat wajah kemenangan.
Aus bangun lalu melangkah ke TV. Alah, nak matikanlah tu. Boleh buka semulalah.
"Aus!!!!" jeritku.
Aus membawa lari extension wayar. Aku mengejarnya sehingga di pintu biliknya.
"HAHAHAHA!!! Lambat!" kataku apabila aku berjaya masuk ke bilik dia.
Aku memandang Aus yang sedang merenung aku. Dia mencampak extension wayar ke atas almari lalu memandang aku tanpa perasaan. Hish! Geramnya, bertambah geram tengok muka dia yang macam tak ada apa yang berlaku.
"Huh!" aku tersenyum sinis.
Aku menarik kerusi di meja solek lalu aku panjat.
"Tengok ni! Aku da..."
Senyuman aku termati bila melihat apa yang sedang Aus buat.
"Tik!" bunyi pintu terkunci.
"Bagi aku kunci tu!!!" aku terus menerpa ke Aus.
Aus jatuhkan kunci lalu sepak ke luar bilik.
"Yey! Kita terkunci dekat dalam," Aus berkata dengan penuh kegembiraan.
Aku pula yang memandang dia tanpa perasaan.
"Bagi aku kunci spare," kataku sambil menghulurkan tangan.
"Nah," katanya sambil meletak kunci kereta di tanganku.
"Ingat lawak ke?" aku memandang dia hambar.
"Hahahahaha. Okay, abang dah gelak," katanya.
Aus duduk di kaki katil.
"Sayang, sini sekejap," katanya sambil menepuk ruang di sebelah dia.
Aku duduk di sebelah dia sambil berpeluk tubuh.
"Hhm?" balasku acuh tak acuh.
Saja nak tunjuk marah.
"Cuba panggil abang ni, abang," pintanya.
"Boleh. Tapi kau kena buka dulu pintu tu," jariku tegak menunjuk ke arah pintu.
Aku tersenyum dan dia menjeling aku sambil menuju ke almari.
__________________________
Veen's POV
Aku berlari ke biliku iaitu berhadapan dengan biliknya. Pantas aku menutup pintu, aku bersandar pada pintu. Abang? Aduhai! Tak pernah aku terfikir nak panggil dia macam tu.
Perlahan-lahan aku membuka pintu. Aku nampak Aus masih setia memandang ke pintu biliku. Aku menjengah ke luar.
"Thanks sebab dah buka pintu.... Sayang," aku mengenyit mata padanya lalu menutup pintu.
_________________________________
Aus' POV
Aku melangkah masuk ke bilik dengan wajah yang memanas.
YOU ARE READING
Merah bukan nakal
General Fiction'Perlanggaran di depan pagar sekolah bukanlah satu kesilapan.' Mahveen gadis manja, nakal, degil dan riang. Dia sangat di sayangi oleh Aus. Mereka adalah kawan tapi layanan mereka lebih dari itu. Di mana Aus berada, Mahveen akan kejar tapi... Kerana...