Sengal 6

4.7K 149 22
                                    




Veen's POV

Nasib baiklah Aus menipu untuk aku malam tadi. Kalau tak memang habis aku kena amuk dengan mak dan abah malam tadi. Boleh tahan juga alasan Aus. Dia kata, aku selamatkan dia masa dia kena langgar. Padahal, aku jugalah yang langgar dia semalam. Hahahaha!

"Weh! Kau dah siap tak kerja semalam?" tanya Qasih.

"Dah! Siap dengan sempurna," kataku penuh yakin.

"Nak pinjam tau," kata Qasih lalu mengambil kerja rumah semalam di dalam beg aku.

"Aku nak pergi bilik ada paip sekejap," kataku.

"Toilet. Sengallah dia ni," kata Qasih.

Aku terus keluar kelas. Aku nak basuh muka, biar segar sikit.

_________________________

Pergh! Seksi siot muka aku yang kebasahan ni. Aku terus ke luar.

"Aduh!" kataku apabila seseorang melanggar aku.

Aku mendongak dan dia adalah Aus. Tangannya mengenggam kolar baju seorang budak lelaki. Nanti, tangan tu berbalut semalam.

"Lepaslah bodoh!" kata budak lelaki tu pada Aus.

Aus terus menariknya.

"Eh! Aus! Aus!" panggilku.

Dia terus melangkah dengan pantas. Aku mengekornya. Dari jauh aku nampak tiga ke empat orang lelaki sedang mengerumun Aus yang sedang mengenggam kolar baju seorang budak lelaki. Ooo! Nak buli eh! Aku pantang betul bila nampak aktiviti tak semegah macam ni.

"Woi!! Kau buat apa , hah? Seronok tengok budak kena buli?!!!" jeritku.

"Siapa pula perempuan ni?" kata salah seorang dari mereka.

"Aku? Kau tanya aku siapa? Sebelum pelempang aku hinggap dekat muka berdaki kau tu, baik kau masuk kelas. Budak-budak lagi nak tunjuk gangster. Cuba gangster kau orang tu di salurkan ke tempat lain. Ke tempat lebih elok. Datang sekolah semata nak tunjuk hebat buat apa? Dah lah hebat membuli je. Tak boleh dibanggakan langsung. Baik kau orang blah sekarang sebelum betul-betul kena dengan aku!" marahku.

Mereka merenungku tajam. Sebelum mereka berlalu, sempat juga beberapa dari mereka yang meludah. Euw!

"Kali ni aku lepaskan kau," kata Aus.

"Eh! Nanti!! Kau form berapa, huh, budak?" tanyaku.

"2," jawabnya takut-takut.

"Apa perkara bodoh yang kau dah buat sampai kau kena buli macam ni?!" marahku.

"Dia belagak pandai. Conteng kereta cikgu tapi kata budak senior yang buat," jawab Aus.

"Alahai! Puaka betullah budak macam dia ni. Batch bawahan sekarang makin kurang ajar! Tak tahu takut. Kalau dah kena lempang, mengadu dengan mak bapak!" makiku.

"Weh, dah ar," kata Aus.

"Kau blah!!!" jeritku pada budak form 2 tu.

Dia berlari meninggalkan kami.

"Tahu pun budak tu takut," kata Aus.

"Kau!!!" jeritku sambil menunding jari ke Aus.

"Aku?" dia membuat wajah tidak faham.

"Kau dah langgar aku lepas tu blah. Maaf tak ada, apa tak ada. Kau ingat aku tunggul ke?!!" jeritku.

"Jangan jerit," dia mengerut dahi.

"Sakit tahu tak?!!!!" makin kuat aku menjerit.

Dia memandang aku.

"Mana yang sakit?" tanya dia.

Aku menunjuk bahuku.

"Dekat sini," kataku dengan nada menahan tangis.

Aku sengaja mencebik bibir seakan ingin menangis.

"Sakit sangat ke?" tanya dia.

"Hmm," jawabku mengada.

Dia menggosok bahuku.

"Lagi? Mana yang sakit lagi?" tanya dia.

"Sini," aku menunjuk ke dada.

Mataku kerdipkan berulang kali.

"Menipu," kata Aus lalu berlalu pergi.

"Aus! Aus! Tak nak gosok juga ke? Sakit ni?" kataku dengan kuat

______________________

Aus' POV

"Aus! Aus! Tunggulah, kita jalan saing," katanya.

Dia suka menyebut nama aku. Antara dia takut terlupa atau dia memang suka menyebut nama aku. Tapi... Apa nama dia?

"Nama kau siapa?" tanyaku.

"Seksi Sangat binti Seksi," katanya.

Aku merenung dia yang berjalan di sebelahku.

"Malikah Mahveen. Panggil Veen," katanya.

"Mahveen," nama yang unik.

"Eh, cuba sebut lagi Mahveen," pintanya.

"Mahveen," ulangku tanpa curiga.

Matanya seakan bersinar memandang aku.

"Seksi sangat bila kau sebut," katanya.

"Aku seksi?" aku tergelak kecil.

____________________________

Merah bukan nakalWhere stories live. Discover now