Aus' POV
"Mak Esah, mana budak tadi?" tanyaku.
"Mak Esah pun tak tahu. Mana kamu jumpa budak macam tu. Suka Mak Esah tengok. Petah betul mulut dia. Macam betih jagung. Hahahah!" kata Mak Esah yang sedang membasuh pinggan.
"Itu bukan petah tapi becok. Pening kepala ni dengar dia bercakap," kataku.
"Kamu cakap dengan dia yang kamu ni anak Mak Esah ke?" tanya Mak Esah.
"Tak boleh ke?" soalku.
"Bukan tak boleh tapi kamu kena jaga hati mama kamu," kata Mak Esah.
"Aduh, Mak Esah. Tak ada moodlah cakap macam tu," kataku.
"Sampai bila kamu nak gaduh dengan mama. Mama kandung kamu tu. Mak Esah ni cuma boleh jadi mak angkat je," katanya lagi.
"Kalau dapat mak macam mama, lebih baik tak ada."
"Aus!" jerit seseorang.
Aku pantas menoleh ke belakang. Aku terkejut.
"Kau dah kenapa?!" aku terus bangun dari dudukku.
"Tadi aku nampak duit syiling dalam kolam tepi rumah ni. Lepas tu ada abang tu jalan senget-senget. Lepas tu, kbush!! Dia tolak aku dalam kolam," katanya.
Alamak! Abang aku balik! Jalan senget? Sah dia mabuk. Aku mencapai tangan dia dan kemudian aku bawa dia ke tingkat atas. Ke bilik tidurku.
"Eh! Kaki kau tak elok lagi!" katanya.
"Shh!!!" aku membuat isyarat supaya diam.
Nasib baik dia ikut cakap aku.
"Bilik kau ke ni? Kaukan anak pembantu rumah, mana boleh bilik macam ni," katanya sambil memandang sekeliling.
"Aku anak angkat keluarga ni," kataku.
"Tapi kenapa.."
"Shh! Aku nak kau tukar baju," kataku sambil berlalu ke almari pakaian.
Dia ni kalau tak diberhentikan, memang akan membebel je. Kenapalah perempuan macam ni juga yang langgar aku.
"Abang tadikan, dia dah tolak aku lepas tu dia nak bogel. Sawan agaknya. Dahlah tolak orang. Tak seksi pula tu. Nasib baik aku sempat masuk. Kalau tak habis mata aku," adunya.
Mata yang dia fikir. Dia tak fikir ke kalau abang aku rogol dia. Orang tu dahlah tengah mabuk. Mama mesti tak ada. Dekat mata mama, abang tu perfect. Kalau dia tahu yang anak kesayangan dia tu kaki botol, mesti dia malu.
"Aus," panggil dia.
Terkejut aku kerana dia tiba-tiba sahaja ada di sebelah aku sambil mendongak dan memandang aku.
"Hmm," mataku aku ralit memilih baju.
"Kenapa kau bawa aku ke sini?" tanya dia.
"Aku nak kau tukar baju," kataku.
"Maksudnya, kau nak buat benda seksi dengan aku ke?" tanya dia.
Pantas aku memandang dia. Wajahnya tidak beriak.
"Kotor betul pemikiran kau ni. Asyik seksi ja yang kau fikir. Tak ada benda lain ke? Ni, otak kau ni. Cuba kosongkan dari benda-benda macam tu. Nasib baik ni aku, kalau orang lain, tak tahulah apa nasib kau," marahku sambil menonjol-nonjol dahinya.
Dia membuat wajah merajuk.
"Biarlah!!! Aku memang seksi! Kau je jealous! Tak nak mengaku!!" jeritnya.
"Ni! Mulut kau ni!! Tak boleh senyap sikit ke, huh?!! Bising jelah! Kau pergi duduk sana!!" marahku lagi.
Dia berjalan ke arah kaki katil sambil menghentak kaki dan berpeluk tubuh. Wajahnya nampak tak puas hati. Biarlah yang penting dia senyap. Aku berpusing untuk mengambil baju yang aku rasa sesuai.
"Aaaarrggghhh!!!!!" jeritnya.
Pantas aku menoleh dia. Kemudian aku berlari ke dia dan menekup mulutnya. Perbuatan aku yang menerpa ke dia, membuatkan kami terbaring ke katil. Matanya terbeliak kerana terkejut.
"Sshhh!!! Kau nak mati ke kalau abang aku dengar!!!" marahku.
Dia menolak aku yang berada di atasnya.
"Arr..."
Aku pantas menekup kembali mulutnya. Dia menolak aku tapi aku mengeraskan badan. Tangannya memukul-mukul dadaku. Aku merendahkan tubuh sehingga tanganya tak boleh memukul aku. Dia merengus marah.
Aku memandang dia dan dia memandang aku dengan kemarahan. Dia seorang sahaja yang berani menatap mata aku. Dia sangat berani dan suka melawan apa yang aku cakap.
"Kalau kau jerit lagi, aku ikat mulut kau!Faham?!" ugutku.
Tak adalah aku nak ikat betul-betul.
"Huh!" regusnya.
Aku menegakkan tubuh. Aku melihat dia yang terbaring. Bajunya lencun menampakkan apa yang tak sepatutnya. Wajahnya pula memerah mungkin menahan marah. Perasan dengan renungan aku, dia terus duduk tengak. Aku ingin jatuh ke belakang tapi pantas dia menarik ke dua-dua lenganku. Tangan aku menahan tubuh dari berlanggar dengan tubuhnya. Aku memandangnya yang dihiasi segaris senyuman menggoda. Hujung jari telunjuknya melakar-lakar di dadaku. Naluri lelaki aku bangkit. Aku bingkas bangun.
"Hahahah! Nampak tak yang aku ni sebenarnya seksi," katanya.
"Kau pakai baju ni," kataku lalu mencampakkan sepersalinan ke mukanya.
"Eee! Tak boleh beri molek-molek ke?!" marahnya.
Aku terus berlalu ke pintu.
"Seksi? Body macam nenek tua," kataku lalu dengan pantas aku melangkah keluar.
"Aus Hilal!!!!" jeritnya.
Kasi VOTElah! Kasi naik sikit itu semangat sama saya.
YOU ARE READING
Merah bukan nakal
General Fiction'Perlanggaran di depan pagar sekolah bukanlah satu kesilapan.' Mahveen gadis manja, nakal, degil dan riang. Dia sangat di sayangi oleh Aus. Mereka adalah kawan tapi layanan mereka lebih dari itu. Di mana Aus berada, Mahveen akan kejar tapi... Kerana...