Veen's POV
Aku menjadi takut apabila melihat keadaan Aus.
"Aus," panggilku.
Aus memandang aku dengan pandangan yang bengis. Aku terundur ke belakang. Lantas dia mengawal riak wajah.
"Sudah! Awak berdua kena gantung sekolah selama dua minggu! Saya tak nampak muka awak berdua!" putus guru disiplin.
"Kenapa tak berhentikan terus," kata lelaki tu dengan sinis.
"Eh! Kalau kau je kena gantung tak apa juga! Sekarang ni..!!!" mulutku ditutup.
Aku memandang Aus. Dia membuat isyarat supaya aku diam sahaja. Nasib baik ada Aus.
"Huh!" dia tersenyum sinis lalu berlalu ke luar.
"Cikgu!" panggilku.
"Awak ni, terperanjat saya," kata guru disiplin.
"Dah terbukti tadi yang siapa entah tu, yang suka cari pasal.."
"Keputusan saya muktamad, adil dan saksama," kata guru disiplin.
"Betul ke cikgu telefon ibu bapa saya?" soal Aus.
"Aus! Anak tak kenang jasa! Macam ni rupanya kau dekat sekolah!" kata seseorang di muka pintu.
Aku pantas menoleh. Mak cik ni. Mak angkat Aus.
"Mak cik.."
"Kau diam!" hamunnya.
Aku terkedu.
"Tak perlu kaitkan kemarahan dekat orang lain," kata Aus.
"Kau jangan nak jadi anak derhaka! Aus!" marahnya.
Eh! Eh! Melebih pula mak cik ni!
"Mak cik, gelaran derhaka hanya dipegang oleh anak kandung. Bukan anak angkat,"aku berkata sehabis lembut.
"Huh?! Kau ingat aku ni mak angkat dia?! Esah tu mak angkat dia! Tak sedar diri betul. Dasar orang gaji!" makinya.
Aku memandang Aus. Bibir Aus seakan ingin berkata sesuatu tetapi aku menggelengkan kepala. Aku tak nak tahu apa-apa.
"Mama, kita bincang hal ni dekat rumah," kata Aus.
"Betul tu puan, tak elok macam ni," kata guru disiplin.
"Encik tu pengajar. Macam mana encik didik anak saya sampai jadi macam ni?!" marah dia.
Dia. Bukan dia tetapi mama Aus.
"Didikkan yang elok bermula dari rumah. Bukan sekolah,"bidas Aus.
"Kau jangan nak melampau Aus!" marah mamanya lagi.
"Aus, ni mama kau?" aku memandang Aus.
"Kau siapa? Kekasih dia? Ya! Aku mama dia. Kenapa? Kau rasa tertipu? Bukan kau je, tapi dah ramai perempuan dia tipu. Anak maid konon," mama Aus berkata sinis.
Aku memandang Aus.
"Aku.."
"Tak apa Aus. Chill. Aku ni jenis yang mudah percayakan orang tapi kalau dah sekali aku.." aku tak sanggup hendak habiskan ayat. " Tak apalah, mungkin kau hanyalah random guy yang aku terlanggar. Mak cik, saya minta maaf terkasar bahasa," kataku.
"Baguslah kalau sedar diri tu salah," katanya.
"Dan mak cik pun kena sedarkan diri dari khayalan. Tak akan ada anak yang indah budinya dan cantik bahasanya jika tidak dididik dari kecil."
"Kau.."
"Dan mak cik kena sedar. Mak cik ada anak seorang manusia. Bukan seekor haiwan. Saya dan semua yang bergelar anak, takut dengan gelaran derhaka. Tapi dah kalau Aus gelar mak cik dapur tu mak dia, bermaksud mak cik gagal membeli jiwa anak mak cik sendiri," kataku.
"Kau jangan nak belagak pandai," marahnya.
"Saya bukan belagak pandai, saya cuma bersuara sebagai seorang anak dan mak cik bersuara sebagai seorang ibu. Bila anak tak dibenarkan bersuara, kemudian tersilap langkah. Pada siapa derhaka akan dijatuhkan? Pada kami sebagai anak! Di situ, mana keadilannya? Macam mana si dewasa yang kononnya matang nak betulkan keadaan? Si Aus ni, syurga dia adalah mak cik dan selamanya macam tu sedangkan saya, akan ada hari syurga saya beralih ke suami. Berat mak cik tanggungjawab seorang anak. Tambahan dia seorang lelaki. Sekali lagi saya minta maaf mak cik. Saya hanya orang luar yang berkata-kata," aku terus berlalu pergi.
___________________________________
Aus' POV
"Veen," panggilku.
Mahveen telah hilang dari pandangan.
"Veen? Malikah Mahveen? Itu diakah?" tanya mama.
Aku hanya memandag ke tepi.
"Jadi, budak banyak cakap tulah yang jadi punca kematian Aurora?"
"Dia tak ada kaitannya pun mama!" aku mula marah.
"Aus, puan. Tolong balik. Jangan bawa hal peribadi ke sini," kata guru disiplin.
____________________________________________
"Huh! Tak sangka mama akan berjumpa dengan pembunuh Aurora," kata mama yang sedang memandu.
"Dia tak ada kaitan dengan kematian Aurora!" marahku.
"Rendahkan suara kamu! Jangan nak jadi kurang ajar!" marah mama.
"Kematian Aurora sebab Aus. Jangan kaitkan Mahveen dalam hal ni,"kataku tegas.
"Sekarang kau nak sebelahkan budak perempuan tu? Elok sangatlah tu Aus! Kau ni degil! Susah nak dengar cakap mama. Kalau kau setuju je nak kahwin dengan Aurora tiga tahun lepas, benda ni tak akan jadi!" marah mama.
"Aus masih bawah umur mama!"
"Mama bukan suruh kau kahwin bawah umur! Mama suruh kau setuju sahaja! Kemudian kita rancang perkahwinan kau! Mama dengan papa beri masa untuk kau bina kerjaya. Dalam tempoh tu, kau boleh ikat pertunangan dengan Aurora," kata mama.
"Dahlah mama! Benda dah lepas!" kataku sambil menahan marah.
"Dah lepas? Kalau kau setuju semua ni tak akan terjadi! Aurora tak akan bunuh diri! Kenapa bukan Mahveen tu je yang mati! Bukan penting pun kalau dia hidup!"
"Mama! Mahveen tak salah dalam hal ni!" marahku.
"Ouh! Sebab budak tu, kau jadi kurang ajar dengan mama?!"
"Kenapa susah sangat mama nak letak kesalahan tu pada Aus?! Macam selalu mama buat?!" tengkingku semula.
"Kalau bukan sebab budak tu, kau dah setuju nak kahwin dengan Aurora!" tengking mama semula.
"Dengan atau tanpa Mahveen, Aus tetap tak nak kahwin dengan Aurora!!" suaraku menjadi kuat.
"Apa kurangnya Aurora?!!" jerit mama.
"DIA PELACUR!!"
"PINNN!!!!!!!!"
"ARGHHHH!!!!"
YOU ARE READING
Merah bukan nakal
General Fiction'Perlanggaran di depan pagar sekolah bukanlah satu kesilapan.' Mahveen gadis manja, nakal, degil dan riang. Dia sangat di sayangi oleh Aus. Mereka adalah kawan tapi layanan mereka lebih dari itu. Di mana Aus berada, Mahveen akan kejar tapi... Kerana...