Veen's POV
Rizqi nampak penat.
"Sayang, ingat tak hari ni?" tanya dia.
"Kenapa hari ni?" tanyaku.
"Hari nikan lusa yang abang cakapkan tu,"katanya.
"Esok ajalah. Kau dah penat sangat ni," kataku.
"Tak boleh, mesti hari ni juga," katanya.
"Apa dia tu? Something apa tu?" tanyaku.
"Abang cuma nak dating dengan sayang hari ni," katanya.
Aku tertawa.
"Bila-bilakan boleh buat," kataku.
Dia hanya tersenyum.
__________________________________
Veen's POV
Aku melihat diri di hadapan cermin. Cantik gaun putih yang tersarung di tubuhku. Terasa ada tangan yang memeluk dari belakang. Rizqi memegang perutku.
"Baby dah besar sikit," katanya.
Aku nampak dia segak berkemeja putih.
"Perlukah kita pakai macam ni?" tanyaku.
Dia mengangguk.
_________________________________
Veen's POV
Aku memandang sekeliling. Meja makan kami di kelilingi meja makan lain. Aku jadi sengan bila menjadi tumpuan orang.
"Sejak bila kau plan benda ni?" tanyaku.
"Sayang tak suka?" tanya dia.
"Suka," kataku perlahan.
"Sayang dah siap makan" tanya dia.
Aku mengangguk.
"Jom kita ke sana," dia tunjuk ke arah orang yang sedang menari.
Muzik Sonata No.34-Finale dimainkan. Kami berdiri di tengah ramai. Kelopak mawar berguguran. Aku mendongak memandang ke atas.
"Sayang tak alah bunga, kan?" tanya dia dengan risau.
Aku tertawa sambil menggeleng. Aku tersenyum lalu senyuman aku terhenti.
"Ini bukan ucapan perpisahan, kan?" aku menjadi kuatir.
"Kenapa kita perlu berpisah?" tanya dia.
Aku memeluk dia.
"Baby, ibu awak dah jadi makin sensitive ni," bisiknya. "Dulu, sayang hanyalah si nakal yang manja. Sekarang, sayang adalah wife abang dan ibu kepada anak kita. Sayang dan baby adalah harta abang di dunia dan akhirat," katanya lagi.
"Diamlah. Aku dah lawa ni tak nak menangis!" marahku.
Dia memelukku erat. Terdengar ketawa halusnya.
YOU ARE READING
Merah bukan nakal
General Fiction'Perlanggaran di depan pagar sekolah bukanlah satu kesilapan.' Mahveen gadis manja, nakal, degil dan riang. Dia sangat di sayangi oleh Aus. Mereka adalah kawan tapi layanan mereka lebih dari itu. Di mana Aus berada, Mahveen akan kejar tapi... Kerana...