Veen's POV
Aku membawa mangkuk bubur ke depan tv kerana Aus mahu makan di situ. Macam-macamlah kerenah dia ni.
"Makan kasi habis," kataku.
Bersungguh-sungguh dia meniup bubur yang panas. Aku mencapai begku. Aku mengeluarkan sepapan panadol.
"Nanti makan ni," kataku.
Aku melangkah ke tingkat atas. baju kotor Aus aku kumpulkan. Katilnya aku kemas. Eh? kenapa ada gaun merah atas katil dia ni? Nanti, ni baju aku. Dah lama aku cari. Ada pada Aus rupanya. Basuh sekalilah, nak bawa balik.
__________________________________
Veen's POV
"Aus, mesin basuh tak ada," kataku.
Aus memandang aku.
"Nanti aku oder," katanya bersahaja.
Aku lupa, dia kaya. Pakai oder aja. Kalau macam ni, terpaksalah basuh pakai tangan. Nasib baik jugalah hari tu aku tergerak haati nak beli sabun basuh baju.
_______________________________
Veen's POV
Aku melangkah ke Aus. Dia masih makan bubur lagi.
"Tak habis lagi?" tanyaku.
"Aku tambah lagi," katanya sambil memandang TV.
Aku duduk di sebelah dia. Dah tengah hari. Sekejap lagi aku masakkan Aus sup. Angkat baju then lipat. Dah siap semua. Aku balik.
"Kenapa pakai baju aku?" tanya Aus.
"Pinjam sekejap. Baju aku basah masa basuh baju tadi," kataku.
_________________________________
Veen's POV
Aku melipat baju di depan Aus.
"Kenapa kau basuh baju tu?!" marah Aus.
"Tak akan aku basuh baju kotor kau pun, nak marah," kataku.
"Ni! Baju merah ni. Kenapa basuh," marahnya.
"Ni baju aku! Suka hati akulah," marahku semula.
Dia menarik gaun merahku.
"Ni baju favorite aku," katanya.
Aku menarik semula gaun tersebut.
"Kau jangan nak cakap bukan-bukan. Kau lelaki, mana boleh pakai baju macam ni!" marahku.
Kami pun berebutkan satu gaun. Like hello! Gaun tu aku punya okay.
"Aaarrgghh!" aku tergelincir kerana terpijak baju.
Aus menarik aku lalu aku jatuh ke dia.
"Hish! Dalam tu ada anak aku. Elok-eloklah sikit," marahnya.
Aku menjeling dia.
__________________________
Veen's POV
Aus sedang tidur di sofa. Aku melangkah perlahan-lahan ke pintu. Semuanya dah siap, so aku boleh balik dengan tenang. Nasib baik aku datang dengan kereta sendiri.
"Eh?" pintu tak boleh buka.
Aku memandang ke tempat kunci di simpan. Kosong? Ni mesti kerja Aus.
"Aus!!" jeritku.
Aus sengaja tidak bangun.
"Aus, mana kunci?" tanyaku.
Dia berpura tidur. Nasib baik aku dah besar. Kalau aku pelajar sekolah menengah lagi, memang dah lama aku wrestling dia ni.
"Hilang rasanya. Tak payahlah balik," katanya yang masih lagi memejamkan mata.
"Aku nak kerja esok. Cepatlah," kataku.
"Tak payahlah kerja. Berhenti aja. Aku boleh tanggung kau," katanya.
"Banyak cantik. Mana kunci pintu ni? Aus?" tanyaku.
"Apa kata kita tengok movie dulu sementara nak tunggu kunci tu datang?" dia terseyum memandang aku.
Dia ni memang nak kena ugut dulu rasanya.
"Fine, kita tengok movie. Then, ini adalah last aku jumpa kau.."
"Eh? Ini rupanya kunci tu. Hahahaha, tak perasan pula," dia mengeluarkan kunci dari poket seluarnya.
Suck a fake.
YOU ARE READING
Merah bukan nakal
General Fiction'Perlanggaran di depan pagar sekolah bukanlah satu kesilapan.' Mahveen gadis manja, nakal, degil dan riang. Dia sangat di sayangi oleh Aus. Mereka adalah kawan tapi layanan mereka lebih dari itu. Di mana Aus berada, Mahveen akan kejar tapi... Kerana...